Sebuah kapal yang membawa 9 krew dan 700 ton batuan emas dilaporkan hilang dalam satu kejadian ribut di Lautan Pasifik di pesisir pantai Russia. Kapal yang diberi nama “The Amurskoe” menghantar isyarat kecemasan pada hari ahad lepas ketika belayar dari Bandar Neran menghala ke Pulau Feklistov dikawasan perairan Okhost.
Kapal tersebut disewa oleh syarikat perlombongan emas Polymetal membawa kira-kira 700 ton batuan emas dari tempat perlombongan ke kawasan lain untuk diproses. Batuan emas adalah bahan mineral yang dikorek dari lombong dan mengandungi logam berharga.
Jurucakap Polymetal yang mengesahkan kehilangan jejak kapal tersebut berkata mereka belum mengenalpasti nilai sebenar kargo yang dibawa dan laluan yang digunakan bukanlah kali pertama kerana sebelum ini kapal yang sama turut berulang kali melalui laluan laut tersebut serta tidak pernah berlaku kejadian yang diingini sebelum ini.
SKIM PELABURAN EMAS jual Gold Bar pada 25% lebih tinggi dari spot price.
Katakan RM 215/gm.
Katakan dia beli 100 gm maka Harga ialah Rm 21,500.Hibbah yang di janjikan ialah 2% sebulan.
Nampak memberansangkan 24 % setahun. Sebulan 2 % dapatlah Rm 430.
Setahun Rm 5,160.Maka berbondong bondonglah orang pergi bank buat pinjaman peribadi yang faedahnya antara 4-8 % setahun.
Namun mereka lupa banyak syarikat tempatan yang jual Emas Fizikal @ Gold Bar seperti GCP, Sri Ayu, Kelantan Gold, Public Gold , GSR dan lain-lain tak termasuk Pamp Suisse yang dibawa dari luar. Bank pun ada jual seperti UOB.
Sebagai contoh harga semasa Public Gold 100 gm yg setelah ditolak komisen 2 % ialah RM16,850
Jauh tak perbezaan RM 21,500 – 16,850 = RM 4,650 ( Dekat Facebook boleh dapat lagi murah – Rantai Tangan 999 di jual pada RM16,300 – RM16,500 )Itu belum lagi jikakalau beli barangan kemas yg boleh di manupulasi dalam sistem arrahnu.
Jadi pembeli tak payah dapat hibah pun dah untung serta merta Rm 4,650.
Maka persoalan macamana mereka boleh bayar hibbah 2 % sebulan tanpa ada perniagaan???
jawapannya, ANDA SENDIRI YANG MEMBAYAR HIBAH ANDA SENDIRI.Ia amat sesuai untuk mereka yang tidak tahu tempat membeli emas yang lebih murah. Pamp Suisse jauh lebih murah dan diakui sedunia. Carilah ilmu. Gunalah Pakcik Google pun boleh dapat tahu harga Gold Bar yang sesuai dengan pasaran semasa.
Kalau nak cerita bab hukum hakam halal haram memang dia orang tolak ke tepi, walaupun sudah ada e Fatwa Jakim yang khusus. Jadi saya cerita dari sudut ilmu hisab untung rugi saja lah.
IPOH 17 April – Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penipuan melibatkan barangan emas tiruan di daerah ini dengan tertangkapnya tiga suspek dalam serbuan berasingan sejak 2 hingga 8 April lalu. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, kesemua suspek berusia antara 55 dan 70 tahun ditahan hasil laporan seorang mangsa yang juga pemilik kedai emas dekat sini, pada 2 April lalu.
Katanya, pemilik kedai emas itu mendakwa didatangi seorang suspek yang menawarkan surat gadai emas menerusi Skim Ar-Rahnu dari sebuah bank tempatan. “Pengadu bersama suspek ke bank berkenaan untuk menebus barang kemas berupa tujuh biji loket emas bernilai RM32,394.24. “Selepas barangan itu diserahkan kepada pengadu dan pemeriksaan dibuat dengan memotong salah satu daripada loket, pengadu menyedari bahawa ia merupakan emas tiruan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd. Shukri berkata, modus operandi sindiket terbabit adalah dengan menggadaikan emas tiruan di bawah Skim Ar-Rahnu dan apabila tamat tempoh gadaian emas tersebut, ia akan dijual kepada pembeli lain. Katanya, siasatan awal mendapati, dua daripada suspek merupakan bekas pekerja bank tersebut manakala seorang lagi penganggur. “Hasil tangkapan itu, polis merampas 15 utas rantai tangan dan 15 utas rantai leher yang disyaki tiruan seberat dua kilogram yang dianggarkan bernilai RM360,000,” kata beliau.
Menurutnya, daripada semakan yang dibuat, salah seorang suspek mempunyai rekod jenayah iaitu memalsukan dokumen pada 1985 dan 1986. “Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati sekiranya ada individu yang menawarkan barang kemas untuk dijual kerana disyaki sebagai barangan tiruan. “Justeru itu, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan tersebut diminta menyalurkan maklumat kepada polis,” katanya.
Tetikus atau lebih dikenali dengan nama mouse menjadi salah satu gajet wajib bagi setiap pemilik komputer. Ia digunakan untuk memberikan arahan dalam sistem seperti membuka fail, menyimpan fail dan sebagainya. Pada masa yang sama juga, terdapat syarikat yang mencipta mouse secara kreatif.Mouse tersebut dinilai paling mahal di dunia kerana mempunyai emas dan rekaan yang menarik.
Kami perasan ada 4 trending topic berkenaan emas di Laman sosial Negaraku daripada 13 yang tersenarai, kami tumpang berbangga melihat trending topic emas turut menjadi perbualan dan carian blogger. Laman negaraku dibina oleh noktah hitam atau nama manja “Edie” pada tahun 2007, domain asal web negaraku adalah negaraku.net, tetapi siang tidak selalu ke petang, hujan juga ditengah hari, ada ketika zaman spammer berleluasa, populasi negaraku jatuh seketika, tetapi kini negaraku kembali dengan domain negaraku.my. Negaraku menjadi topik panas pada era Namawee, yang terkenal dengan lagu negarakuku nya, ops bukan kami bermaksud politik, just untuk memarketing laman negaraku.my kepada blogger-blogger tanah air. (despite banyak juga post politik panas disitu)
Mengikut pengalaman kami yang terbaru, sebenarnya kami nak declare, kami yang mempopularkan post tentang rantai leher emas PM, oleh kerana enjin carian kami mencari keyword emas setiap saat, kami terperasan 1 blog/video yang tidak ramai visitor dan kami postkan di negaraku, selang 2-5 jam kemudian, niche tersebut menjadi bualan hot, nampak tak bagaimana entry negaraku boleh berkembang sehingga seluruh Malaysia tahu. Jadi keyword hackor, marketer, content analysis, semua cabang penulis profesional, amateur, girls-hot-hot dijemput menjajah laman web negaraku.my. link : negaraku.my
Public gold telah memperkenalkan cara untuk mendapatkan harga emas melalui SMS, bagi pelanggan Public Gold / Agent atau pengguna biasa yang berminat untuk mendapatkan gold bar public, boleh mengikuti arahan berikut, tapi ini untuk produk public gold sahaja, jika anda berminat untuk mengetahui harga emas semasa boleh layari laman web www.hrg.ms atau facebook.com/hargaemas
1) Type PG GOLDPRICE and send to 36828 to check the gold price
2) Type PG SILVERPRICE and send to 36828 to check the silver price
3) Type PG DINARPRICE and send to 36828 to check the dinar price
4) Type PG JEWELPRICE and send to 36828 to check the jewellery price(for both D and I series)
(RM0.30 will be charged for every successful request)
The command can be in capital letters or small letters.
Alhamdulilah, harga emas naik kembali hari ini, jika ditanya pendapat kami harga emas hari ini naik agak laju, bermula jam 9 pagi harga emas dah start dengan index 6200 (hari isnin 6175), dan pagi ini telah mencecah 6245 (usd1660), kerap kali hari ini kami mengubah index emas, biasanya x kerap, cuma sedikit je terkilan kerana ada pembeli yang bijak lock harga semalam (rugi juga sbnrnya, tp apa bleh buat, adat berniaga)..Kenaikan kali ini sememangnya faktor india, demand emas meningkat dan harga yang slma ini perlahan menjadi laju, kali terakhir kami rasa laju begini pada september 2011 (yup masa harga paling tinggi pernah dicecah). Selain faktor india, esok pasaran-pasaran saham eropah akan dibuka slps cuti easter dan dijangka harga emas akan mantain dlm keadaan seperti ni sehingga hujung minggu.
Forbes menyebut emas kini matawang utama nombor 4 dunia selepas dollar, euro dan yen, wow, maksudnya satu dunia kini menumpu kepada emas, bukan kami dan anda sahaja. Despite harga emas jatuh minggu lepas, beberapa pengambil alihan lombong emas antara syarikat gergasi berlaku (pls google), bg kami ini signal syarkat perlombongan sendiri yakin untuk meningkatkan pengeluaran emas mereka.
saya menulis 24 april, why? im not talking about bersih seriously, kerana pada 24 april, di india, mereka akan meraikan golden day, iaitu akhsaya tritiya festival, I dont know much bout dat festival, but notice they said ‘golden’, yeah, definitely mean gold rite.. Ada beberapa pendapat sepanjang minggu ini sehingga 24 April permintaan untuk emas tidak akan berkurang, dijangka harga akan terus meningkat
Sebelum itu kami ada terbaca satu blog, wujud persoalan, kenapa baru sekarang kerajaan india cuba menaikkan tax, ada jawapan mengatakan mereka mahu mngambil advantage sempena perayaan ini, maybe pengganut hindu ramai yang membeli emas sebelum 24 april. Jadi kerajaan cuba mengambil keuntungan, oh! very smart minister.. does we have one?
selain itu kesan yang mungkin berlaku, bermula esok permintaan emas dlm pasaran tempatan akan meningkat, pembeli, pelabur biasanya akan teransang untuk mmbeli ketika keadaan harga naik sekarang. Jadi kami jangkakan akan ada banyak permintaan dan jualan esok dan seterusnya.
Satu lagi kami perasan ada peningkatan carian berkenaan ‘hibah emas’, mungkin ramai yang sedang mencari apakah maksud hibah emas (kami ada terangkan dlm entry sblm post ini). Hargaemas tidak akan terlibat dlm jualan berbentuk sedemikian, kami tidak kata ia salah atau betul, cuma mengambil pendekatan lebih konservatif untuk melihat perkembangan pelaburan hibah dan for sure if mana2 syarikat ingin mndapat supply dan bantuan kami sedia bekerjasama.
shahrul, hargaemas
0122301015, www.twitter.com/emasmalaysia
do sms or tweet me, rarely answer call cause focus on screen (forex), sorry!
Dalam minggu pertama ini harga emas bermula agak baik dengan index bermain sekitar usd1790 pada isnin dan selasa sebelum menjunam lebih 100pts selepas pengumuman QE, US Fed Reserve pada hari rabu. 3 hari terakhir minggu ini indeks emas kelihatan tenat walaupun cuba bangkit beberapa kali namun kelihatan sukar. Pelabur di amerika menyalahkan gabernor bank kerana tidak memberi gambaran sebenar keadaan kewangan negara. Fed Resrve sblm ini mengumumkan tidak akan mengubah interest rate sehingga 2014, tetapi mengambil pendekatan berlainan menyebbkan perubahan aliran tunai dinaikkan.Dalam minggu pertama ini kita dapat melihat betapa pengaruh US Federal Reserve mampu mengubah naik turun harga emas dibantu faktor luaran lain yang turut menjejaskan kenaikan harga emas sepanjang 2012.
Dengan melihat penurunan yang berlaku bagaimanapun, harga emas diramal tidak akan jatuh kurang usd1600, faktor Federal Reserve telah berlalu dan emas hanya jatuh sebanyak 0.7%, berbanding 2011, harga emas masih naik 6%.
Beberapa faktor utama yg perlu diketahui adalah pemboikotan belian emas di india masuk minggu ketiga, kerajaan india sblm ini mengumumkan tax sehingga 4% keatas import emas kedlm negara bagi bg mnghalang aliran tunai bank of india yg smakin mengecil. Sebagai pembeli utama emas dunia, emas kehilangan demand yg cukup besar dan menyebabkan nilainya berkurang.
Protes dari peniaga emas di india kini masuk ke minggu ketiga
Dalam laporan forbes smlm, kelembapan ekonomi eropah bukan lagi faktor utama naik turun harga emas, malah negara bermasalah seperti greece tidak dpt lg dibantu dan perlu dielakkan dari menjerumuskan lebih byk negara serantau dlm konflik yg sama.
Apa yg berlaku sepanjang tahun ini membuktikan harga emas berkadar sonsang dengan kestabilan, apabila ekonomi stabil, tiada konflik, bencana alam harga emas mengalami penurunan. Ini berbeza spjg 2011 apabila gempa bumi di jepun, arab spring, kematian osama, kejatuhan greece mengakibatkan harga emas naik sehingga puncak pada sept11.
Bagaimanapun, mengharapkan kestabilan yg berpanjangan spt ini sukar berlaku, ia hnya reda seketika mmberi laluan utk pemilihan presiden bbrp minggu lg, jika obama tewas, dan presiden baru pro israel mengambil alih, ketegangan pastinya memuncak kmbali.
Faktor bencana alam pula tidak dpt diramal dan sekatan sepenuhnya ekonomi iran masih belum bermula. Buat masa ini peningkatan harga minyak blum terasa, tetapi kami yakin akan naik tidak bbrp lama lagi.
-admin- I have no problem to keep buying gold… I’ll buy steadily n slowly, but not use all da money to buy in a same bowl.. buy pcs by pcs just to test the market. If ada dlm.arrahnu cuba keluarkan, n I’ve 600g, demmm…
Siapa yang tak kenal dengan watak Kapten Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean yang dilakonkan oleh pelakon terkenal iaitu Johnny Depp. Terkini, sebuah patung emas watak Kapten Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean itu dijual pada harga AS$435,000 iaitu bersamaan RM1.3 juta di Tokyo.
Ia dijual di sebuah pusat beli-belah di sini sempena ulang tahun kelahiran ke-110 tahun Walt Disney yang merupakan pengasas bersama The Walt Disney Company. Patung emas itu seberat 1,800 gram itu dan tinggi 26 sentimeter.
Mungkin bagi idea kepada syarikat2 pengeluar emas untuk membina emas lebih berbagai bukan hanya stick pada syiling, coin, gold bar yang biasa2..
KUALA LUMPUR 3 Feb. – Harga emas dunia dijangka meningkat mencecah AS$1,975 (RM5,925) seaun pada suku keempat tahun ini berikutan sentimen yang positif, kata Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank, Steve Brice hari ini.
Harga emas ditutup pada AS$$1,756.80 (RM5,268) seaun hari ini.
Beliau berkata, kenaikan itu didorong oleh beberapa faktor termasuk paras hutang yang tinggi di Amerika Syarikat, bekalannya yang terhad dan peningkatan permintaan daripada China dan India.
Brice berkata, emas merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia menawarkan kepelbagaian selain memberi pulangan yang menguntungkan.
Malah iklim ekonomi yang tidak menentu ketika ini, turut menekan harga komoditi itu untuk melonjak berikutan permintaan yang tinggi, kata beliau lagi.
Brice berkata demikian ketika taklimat media tentang Tinjauan Masa Hadapan Suku Pertama 2012 Standard Chartered di sini hari ini.
Beliau menjelaskan permintaan yang tinggi juga datang dari negara-negara seperti India dan China tetapi juga bank-bank pusat yang ingin meningkatkan simpanan emas sebagai pelindung inflasi.
Menurut Brice, bekalan yang terhad di sebalik permintaan yang semakin bertambah turut mendorong peningkatan harga emas menjelang hujung tahun ini.
Sementara itu, beliau juga meramalkan Ringgit mengukuh sehingga RM3.00 berbanding AS$1 sekiranya Amerika Syarikat melaksanakan pakej rangsangan ekonomi yang ketiga (third qualitative easing) pada separuh kedua tahun ini.
Katanya, sekiranya pakej rangsangan tersebut dilaksanakan ia bakal mendorong pembelian risiko (risk buying) oleh pelabur seperti mana yang telah berlaku semasa pakej-pakej terdahulu dilaksanakan.
Brice juga menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas pada suku pertama dan 25 mata asas lagi pada suku kedua tahun ini bagi terus merangsang pertumbuhan domestik.