Peluru Tidak Dapat Tembusi Emas

Loket emas dipakai seorang konstabel polis menyelamatkan tubuhnya daripada ditembusi peluru akibat tembakan sepucuk pistol yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh rakan setugas ketika mengosongkan senjata berkenaan di Balai Polis Luyang, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam, Richie Belo Asing, 25, bernasib baik apabila peluru yang menuju tepat ke dadanya mengenai loket emas dipakainya lalu melantun ke arah lain.

Difahamkan, lantunan peluru berkenaan kemudian mengenai rusuk kiri mangsa dan terselamat daripada maut.

Sumber berkata, ketika kejadian, rakan mangsa, seorang anggota polis berpangkat koperal berusia 35 tahun mengosongkan pistol jenis Revolver .38 untuk memulakan tugas bersama mangsa di Pondok Polis Hospital Queen Elizabeth (HQE) II, namun secara tidak sengaja senjata api itu meletup.

[Image: xpix_gal1,qharianmetro.pagespeed.ic.iAFwdG4Jio.webp]
KEADAAN mangsa yang dirawat di HQE II Kota Kinabalu. Gambar kecil, kenderaan forensik di luar lokasi selepas kejadian.

Menurutnya, beberapa anggota polis yang terkejut mendengar bunyi letupan di bahagian senjata belakang balai berkenaan, kemudian meninjau lalu melihat mangsa rebah.

Buruh emas kanak-kanak melayu di Filipina (Gambar)

Kenaikan harga emas yang tinggi didunia,  permintaan emas yang naik setiap hari dan upah yang sangat berbaloi menarik ramai penggali emas kembali ke lombong. Di Filipina, Photojournalist Larry C Price, berjaya mencuri gambar buruh haram kanak-kanak semuda 4 tahun diupah untuk menggali emas oleh pihak tidak bertanggungjawab.  Lombong terpencil yang diduduki etnik melayu filipina mempunyai sejarah emas sejak zaman penjajahan Sepanyol kembali dibuka secara haram sejak 2010.

Kanak-kanak ini diberikan tukul, dulang dan pahat dan diminta turun kedalam terowong-terowong sempit dicelah lombong untuk mengeluarkan emas. Mereka kemudiannya perlu membawa guni seberat 50paun diisi dengan tanah dan batu yang berisi emas dan dibawa ke kawasan air cetek terdekat untuk mendulang. Kanak-kanak ini dibayar bergantung kepada emas yang dijumpai setiap hari, menurut Price, upah yang diberikan sekitar 40peso atau 1 Dollar/Setiap hari bersamaan RM3.40 sehari.

Saya mahu kesekolah, tetapi keluarga tidak mampu menampung yuran pengajian, jadi tidak ada apa yang boleh saya lakukan selain mencari kerja, lagipun upah disini pun lumayan. cerita salah seorang buruh kanak-kanak disini apabila ditanya.

 

 

 

 

 

 

 

All photos © Larry C. Price/Redux