Sasaran harga emas semasa 30 Mac melepasi USD1708

Salam buat mantee dan pelayar blog Pendita Emas yang dihormati,
Malam ini baru ada kelapangan masa untuk membuat posting setelah seharian bersama anak-anak murid PE mengikuti Kursus Kepimpinan Pengawas di Bandar Penawar. Penat tetapi berbaloi walaupun pergerakan aktiviti bermula jam 7.00pagi dan berakhir jam 7.00 malam, apa yang penting pemimpin-pemimpin cilik ini mendapat input berguna untuk melaksanakan tugasan yang terbaik.
Berbalik kepada matlamat posting mahu membicarakan harga emas yang akan datang, rakan-rakan selalu ternanti-nantikan akan posting Pendita. Terutama tentang harga emas masa depan dalam seminggu. So bila Pendita dan bersuara tentang harga emas dalam posting PE, masing-masing akan dapat satu semangat baru bahawa harga emas pasti positif.
Sentimen Bullish Mengatasi Bearish
Kita mulakan dengan sentimen harga emas minggu depan. Mengikut pelabur forex, sentimen harga emas berada dalam keadaan bullish yang kekal mengatasi bearish iaitu 66% berbanding 34%.
Bullish tetap berlaku, walau bagaimanapun kejatuhan harga sudah pasti. Ia berdasarkan kepada pivot point yang menyaksikan bahawa harga sokongan yang ketiga menghampiri paras harga USD1600 berdasarkan kepada trading sehari penuh.
Walau bagaimanapun ini hanya jangkaan sahaja disebabkan faktor fundamental harian mempengaruhi pergerakan harga emas samada melonjak atau menyentap. Mengikut jadual mingguan terdapat beberapa peristiwa penting yang akan mempengaruhi tingkahlaku harga emas semasa.
Jika minggu lepas, isu-isu seluruh dunia mempengaruhi penurunan harga emas secara kerap disebabkan oleh kenaikan dolar dan kelemahan EURO, namun diakhir minggu harga emas melonjak kepada USD20/aun. Peristiwa penting yang mempengaruhi Kesihatan harga emas disebabkan perkara berikut:
Fundamental yang membantu kekurangan harga emas adalah:
Punca kenaikan harga emas pada 19 hingga 23 Mac 2012:
1. Data jualan rumah yang rendah di US dalam bulan Februari sebanyak 1.6% kepada 313,000 menjatuhkan nilai dolar.
2. Jaminan kadar faedah yang rendah sehingga 2014 atas kelembaban ekonomi US memaksa FED membisukan diri terhadap kaedah-kaedah pelonggaran lain berkaitan dasar moniteri US.
3. Penjualan saham dan dolar berterusan ke pasaran menjadi kebimbangan FED bagi menyelamatkan aset bank-bank
4. Pembelian harga emas pada paras rendah oleh pelabur memastikan harga emas melantun pada hari Jumaat
5. Ada ura-ura pengepaman semula dolar dalam pasaran dunia untuk pusingan ketiga bagi menyelamatkan bank-bank bakal melonjakkan harga emas dunia.
Punca Kejatuhan harga emas pada 19 hingga 23 Mac 2012
1. Protes kedai emas di India Utara dan India Timur atas kenaikan 4% Duti Kastam ke atas import komoditi emas menyebabkan 50% kedai emas di India menutup operasi sehingga Jumaat (23 Mac 2012)
2. Kelembaban ekonomi di China dan Industri Jerman mendorong penurunan harga bahan api telah mengheret kejatuhan harga emas.
3. Kebimbingan di Eropah, hutang Itali, Sepanyol yang semakin meninggi menimbulkan tentangan masyarakat dan mogok ke atas langkah berjimat cermat. Portugal juga menghadapi tindakan mogok 24 jam oleh tenaga buruhnya atas langkah berjimat cermat yang dikenakan.
4. Pembetulan harga selepas harga MA 200 hari menghampiri USD1675/aun pada 14 Mac 2012.
5. Jangkaan harga emas jangka panjang dibawah paras sokongan USD1512/aun bakal memberi kerugian besar telah menjauhkan pelabur dari pasaran.
6. Penguncupan sektor pengilangan Jerman dan Perancis dan zon Euro sepanjang bulan Mac menjejaskan kenaikan harga emas.
7. Maklumat terkini di USA, FED menyatakan tiada pelonggaran moniteri US dikeluarkan.
8. Bank-bank pusat diseluruh dunia telah menyimpan banyak emas.
Sumber : Ringkasan dari Forexpros
Sasaran Harga Emas Pada 26 Mac hingga 30 Mac 2012


Harga emas akan Malatop sehingga jam 8.00 malam, Rabu, 28 Mac 2012 tetapi akan merudum semula pada lewat malam Rabu berkenaan.

Target PENDITA terhadap harga emas minggu depan 26 Mac-30 Mac 2012

HARGA BONUS : USD1708 -RABU
HARGA TERTINGGI : USD1700 – SELASA
HARGA PERTENGAHAN : USD1690 ISNIN
HARGA RENDAH:USD1679 – ISNIN
HARGA LANTAI : USD1580 (RABU/KHAMIS)

Jadual ekonomi semasa di Asia dan Eropah dan US yang akan an mempengaruhi harga emas menaik adalah seperti berikut:

Walau bagaimanapun sila stop trading sebelum ucapan Ben Bernaki berkumandang untuk mengelakkan diri kita mengalami nasib yang sama 2 minggu lepas.

Kesimpulannya:

Pergerakan harga emas pada hujung bulan Mac 2012 memberi impak kepada harga emas. Laporan kelemahan data ekonomi US sangat dan ucapan Ben Bernaki merupakan pencetus utama naik dan turun harga emas berbanding USD.

Analisis: Harga Emas Minggu Pertama Mac 2012

Harga Emas Minggu Pertama Mac 2012!!!

Secara amnya minggu depan harga emas dijangka akan meningkat, seperti yang hasil survey yang dijalankan di KITCO.

63.6% mengatakan harga naik minggu depan.
27.3% kata turun.
9.1% harga tidak berubah.

Adakan ini akan memberi apa-apa makna kepada kita?

Mari kita buat analisis sendiri berdasarkan carta yang kita ada….

Berdasarkan graf jelas menunjukan bullish trend apabila Piercing Line pattern telah terbentuk pada H4. Patul lah mereka diatas mengatakan yang harga emas akan naik minggu ini….walaumacamana sekali pun kenaikan ini bukanlah satu kenaikan yang besar kerana saya menjangkakan akan berlaku sideway atau dengan kata lain  harga emas hanya akan berlegar sekitar 1700 – 1750 / oz.

link: http://emas9.blogspot.com/2012/03/analisis-pasaran-harga-emas-minggu.html