Harga emas dijangka naik USD1,300/onz Atau RM150/gram

Gold--621x414

KUALA LUMPUR – Harga emas dijangka naik kepada AS$1,300 (RM4,883) seauns daripada AS$1,170 (RM4,395) sekarang menjelang separuh kedua tahun ini.

Pengurus GFMS Precious Metals Demand Asia, Cameron Alexander berkata, harga logam berharga itu turun naik pada julat yang kecil untuk beberapa ketika dan akan menyaksikan trend menurun dalam masa terdekat di antara AS$1,125-ASS$1,130 (RM4,226- RM4,245) seauns.

“Tetapi menjelang separuh kedua tahun ini, ada kemungkinan harga akan bergerak lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Prestasi Harga Logam Berharga Emas dan Persidangan Prestasi Harga Pasaran Kewangan di sini, hari ini.

Alexander berkata, peningkatan harga logam kuning itu akan dipacu oleh perdebatan mengenai kedudukan hutang Greece dan krisis politik di Eropah Timur.

Menurutnya, permintaan terhadap emas sebagai aset selamat dan di pasaran sedang muncul seperti India dan China, iatu pembeli terbesar, akan meningkatkan harga logam berkenaan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan Tomei Consolidated Bhd., Datuk Ng Yih Pyng berkata, kesan cukai barang dan perkhidmatan ke atas harga emas fizikal di negara ini hanya untuk jangka pendek. – Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_22.htm#ixzz3dEm5aaz6
Hakcipta terpelihara

Ulasan Hargaemas: Kali terakhir harga emas 999.9 mencecah indeks USD1300/onz adalah pada pertengahan Januari 2015 (5 bulan selepas  Ogos 2014) Ketika itu di Swiss rakyat mereka mengundi untuk menentukan samada bank pusat Swiss perlu membeli balik dan meningkatkan simpanan emas negara, tetapi keputusan majoriti rakyat swiss menolak usul tersebut menyebabkan harga emas jatuh kembali.

Graf 1 tahun terakhir harga emas mencecah USD1300/onz pada pertengahan Januari 2015

gold_1_year_o_usd-16-6-2015

 

Pada pertengahan Januari, harga emas di Malaysia menyamai RM150/gram ++

gold_1_year_g_myr-16-6-2015

 

*harga yang dipaparkan adalah harga emas 999.9 bar untuk industri, harga ini tidak sama dengan emas yang telah diproses dalam bentuk barang kemas dan sebagainya

Pemilik kedai emas cedera ditembak

KUALA LUMPUR – Pemilik kedai emas Abdul Razak Jewellers di Jalan Lebuh Ampang di sini cedera parah terkena tembakan ketika cuba menghalang percubaan merompak kedainya hari ini.

Abdul Rasul Abd Razak, 58, cedera di bahagian perut dan bahu akibat terkena dua das tembakan dilepaskan seorang daripada empat suspek yang cuba merompak kedainya dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu.

Menghuraikan insiden itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata ketika kejadian, empat pekerja sedang bersiap-siap untuk memulakan operasi sebelum dua lelaki bertopi keledar penuh dan berjaket hitam meluru masuk premis berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di lokasi kejadian, Khairi berkata seorang daripada suspek bertindak melompat masuk ke ruang kerja pekerja manakala seorang lagi berdiri di ruang pelanggan.

Mangsa yang keluar dari pejabatnya untuk cuba menghalang tindakan penjenayah tersebut telah bergelut dengan dua suspek itu.

Ketika pergelutan itu, dua lagi rakan penyamun yang ketika itu berada di luar kedai dan bersedia dengan motosikal meluru masuk ke kedai dan melepaskan beberapa das tembakan, lalu mengenai bahu dan perut mangsa.

“Akibat panik, kesemua suspek melarikan diri dengan dua motosikal tanpa sempat melarikan apa-apa,” katanya, sambil menambah tiga kelongsong peluru dan satu serpihan slug ditemui di lokasi kejadian dan polis percaya suspek bersenjatakan dua pucuk pistol.

Katanya telah mengambil keterangan beberapa saksi termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di luar kedai itu. – Bernama