Harga emas menurun sepanjang April 2014

gold_30_day_g_myr-22-4-2015-grey

 

 

ALERT: Harga emas sedang menjunam dibawah paras 5300 hari ini atau dibawah paras 140/g 999.9 sejak semalam. Indeks emas sepanjang minggu ini berada dibawah paras USD1200/onz bermakna harga emas sekarang rendah dan sedang menurun lagi.

Untuk rekod, sepanjang 2015 harga emas 999 paling tinggi mencecah RM150.35/g (akhir Jan15) dan terendah 135/g (Pertengahan Mac15) berbanding tahun 2014 paling tinggi RM145/g (Mac14) paling rendah 122/g (Nov14)

Ingin Jual beli emas hubungi kami www.hargaemas.com.my (isikan maklumat anda untuk maklumat emas terkini)

Update: 20-4-2015

ALERT: Selamat pagi dan Salam Sejahtera, harga emas drop minggu ini, harga emas 999 jatuh dibawah paras 140/g kali pertama bulan ini, indeks emas pagi ini RM5285/tael turut jatuh bawah paras 5300 kali pertama

Gold Price-21-4-2015

Update: 16-4-2015

ALERT: kenaikan harga emas cuma mampu bertahan 2 jam sahaja di Hong Kong apabila indeks jatuh secara drastiknya beberapa minit td, kejatuhan paling teruk dalam masa 2 jam, (-RM1.45/gram) .. harga emas kembali pada harga semalam… ingatkan panas sampai ke petang…rupanya hujan pukul 10 pg

pagi 16-april-2015
pagi 16-april-2015

 

gold_1d_g_l_MYR-16-4-15-jatuhhh
Jam 10 16-April-2015

 

gold_1d_g_l_MYR-16-4-15-jatuhhh-gram
Jam 12 16-April-2015

Update: 14-April-2015

ALERT: Dalam masa 1 jam tadi harga emas terpelanting jatuh ke paras USD1190/onz dari USD1201/onz (buffer zone), sejak 2-3 minggu lepas lagi wujud desas desus pakar ramalan harga emas menjangkakan jika emas turun rendah dari buffer zone, harga akan menjadi semakin mengucup.. indeks 5370 (jatuh RM1.32/g dlm masa 1 jam).. emas 999.9 RM142.04/g

gold_1d_g_l_MYR-14-4-15-down

Harga emas naik, kira nilai emas hari ini disini

Graf Kenaikan harga emas hari ini 14-4-2014

Harga emas naik sedikit minggu, selepas ditutup pada minggu lepas hanya sekitar 5200, pagi ini harga emas telah rancak naik ke paras 5240, kira-kira naik hampir RM1.06/gram, kenaikan ini berpunca dari kelembapan pasaran saham ekuiti yang berterusan dan pelabur mula kembali kepada emas,pada tahun 2013, ramai pelabur keluar dari pelaburan emas terutamanya ETF dan beralih kepada ekuiti sektor tech (netbook, internet, handphone)

Minggu ini dijangka reverse-step akan diambil oleh ramai pelabur berikutan dengan kelembapan pasaran dan juga wujud sentimen tegang berikutan krisis ukraine dan sekatan pelaburan jutawan eropah timur di pasaran saham global. Jika sekatan pelabur-pelabur russia berlaku seperti amaran dikeluarkan US, besar kemungkinan pelabur Russia akan beralih kepada pasaran yang lebih selamat dan terbuka tanpa kawalan USD seperti emas dan ini merupakan titik tolak yang baik untuk harga emas melambung.

harga emas sepanjang 6 bulan 2014

Sepanjang tahun 2014, harga emas beralun seperti ombak dimana pada Januari, harga emas naik sebelum jatuh sedikit pada hujung bulan manakala pada Februari harga emas melambung tinggi hingga pertengahan Mac mencatat rekod tertinggi indeks emas untuk tahun 2014 (RM5520/tael) sebelum jatuh tepat pada 31 Mac 2014. Untuk bulan April harga emas kembali steady untuk melonjak lagi. Tiada indicator yang jelas untuk menjangka harga emas jatuh kerana wujud ketidakstabilan & krisis di beberapa lokasi seluruh dunia, manakala lombong-lombong emas sudah mengecilkan operasi mereka pada pertengahan tahun lepas menjadikan jumlah emas di pasaran adalah terhad.

Untuk mengetahui nilai terkini emas anda di pasaran (harga lebur), boleh ke Kalkulator Harga Emas Terpakai di Laman web Hargaemas (isikan pada kalkulator emas dibawah)