6 faktor utama harga emas naik 2017

Enam faktor utama dalam ekonomi global akan menyokong kenaikan permintaan emas, sekali gus mempengaruhi prestasi harga logam berharga itu pada tahun ini, demikian mengikut Majlis Emas Dunia (WGC).

Harga emas dijangka mendapat sokongan daripada risiko geopolitik, penyusutan mata wang, peningkatan jangkaan inflasi, penilaian pasaran saham yang tinggi, pertumbuhan jangka panjang Asia dan pembukaan pasaran baharu.

Dalam Tinjauan Pasaran Emas 2017, WGC berkata, risiko politik meningkat dengan negara Eropah akan mengadakan pilihan raya utama tahun ini seperti Belanda, Perancis dan Jerman.

Katanya, pada masa sama, Britain juga berunding untuk keluar dari Kesatuan Eropah yang memperlihatkan pound jatuh mendadak berikutan keputusan pungutan suara itu dan terus lemah setiap kali pasaran menjangkakan peningkatan peluang kesan Brexit.

Selain itu, katanya, dasar Presiden Amerika Syarikat (AS) yang baharu, Donald Trump juga dilihat akan mencetuskan ketegangan geopolitik yang mana akan menjejaskan keyakinan dalam pasaran.

“Emas berkesan sebagai pelaburan lindung nilai ketika krisis sistemik, apabila pelabur keluar daripada aset berisiko.

“Berdasarkan rekod, emas mencatatkan prestasi lebih baik berbanding aset kecairan tinggi berkualiti lain ketika krisis dan itu menjadikannya penyedia kecairan cemerlang bagi pilihan terakhir,” katanya.

Dari segi penyusutan mata wang pula, WCG berkata, dasar kewangan dijangka berlawanan antara AS dan negara lain di dunia dengan Rizab Persekutuan AS (FED) dijangka mengetatkan dasar kewangan manakala bank pusat lain mungkin tidak akan berbuat demikian.

Ia berkata, perbezaan antara emas dan mata wang fiat akan memacu permintaan pelaburan emas kerana pelabur berusaha untuk melindungi modal daripada penyusutan mata wang.

Katanya, ketahanan emas juga akan menyokong permintaan bank pusat dengan membeli emas untuk mempelbagaikan rizab asing mereka.

WGC berkata, pelancaran Standard Syariah bagi Emas oleh Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI) pada penghujung tahun lalu dilihat akan membuka ruang baharu bagi dunia Islam terhadap pelaburan emas.

Katanya, standard yang dilancarkan itu akan menyediakan panduan muktamad mengenai produk emas, yang mana berpotensi membenarkan berjuta-juta orang Islam melabur dalam emas.

WGC berkata, pada tahun lalu harga emas mencatatkan prestasi kukuh dengan meningkat hampir 10 peratus dalam denominasi dolar AS.

Harga logam berharga itu juga meningkat lebih lima peratus sejak FED menaikkan kadar faedah pada pertengahan Disember.

INFO

* WGC adalah organisasi pembangunan pasaran bagi industri emas

* Berpangkalan di United Kingdom

* Bertindak sebagai pihak berkuasa global dalam pasaran emas

Harga emas analisis minggu 1 April

Dalam minggu pertama ini harga emas bermula agak baik dengan index bermain sekitar usd1790 pada isnin dan selasa sebelum menjunam lebih 100pts selepas pengumuman QE, US Fed Reserve pada hari rabu. 3 hari terakhir minggu ini indeks emas kelihatan tenat walaupun cuba bangkit beberapa kali namun kelihatan sukar. Pelabur di amerika menyalahkan gabernor bank kerana tidak memberi gambaran sebenar keadaan kewangan negara. Fed Resrve sblm ini mengumumkan tidak akan mengubah interest rate sehingga 2014, tetapi mengambil pendekatan berlainan menyebbkan perubahan aliran tunai dinaikkan.Dalam minggu pertama ini kita dapat melihat betapa pengaruh US Federal Reserve mampu mengubah naik turun harga emas dibantu faktor luaran lain yang turut menjejaskan kenaikan harga emas sepanjang 2012.

Dengan melihat penurunan yang berlaku bagaimanapun, harga emas diramal tidak akan jatuh kurang usd1600, faktor Federal Reserve telah berlalu dan emas hanya jatuh sebanyak 0.7%, berbanding 2011, harga emas masih naik 6%.

Beberapa faktor utama yg perlu diketahui adalah pemboikotan belian emas di india masuk minggu ketiga, kerajaan india sblm ini mengumumkan tax sehingga 4% keatas import emas kedlm negara bagi bg mnghalang aliran tunai bank of india yg smakin mengecil. Sebagai pembeli utama emas dunia, emas kehilangan demand yg cukup besar dan menyebabkan nilainya berkurang.

Protes dari peniaga emas di india kini masuk ke minggu ketiga

Dalam laporan forbes smlm, kelembapan ekonomi eropah bukan lagi faktor utama naik turun harga emas, malah negara bermasalah seperti greece tidak dpt lg dibantu dan perlu dielakkan dari menjerumuskan lebih byk negara serantau dlm konflik yg sama.

Apa yg berlaku sepanjang tahun ini membuktikan harga emas berkadar sonsang dengan kestabilan, apabila ekonomi stabil, tiada konflik, bencana alam harga emas mengalami penurunan. Ini berbeza spjg 2011 apabila gempa bumi di jepun, arab spring, kematian osama, kejatuhan greece mengakibatkan harga emas naik sehingga puncak pada sept11.

Bagaimanapun, mengharapkan kestabilan yg berpanjangan spt ini sukar berlaku, ia hnya reda seketika mmberi laluan utk pemilihan presiden bbrp minggu lg, jika obama tewas, dan presiden baru pro israel mengambil alih, ketegangan pastinya memuncak kmbali.

Faktor bencana alam pula tidak dpt diramal dan sekatan sepenuhnya ekonomi iran masih belum bermula. Buat masa ini peningkatan harga minyak blum terasa, tetapi kami yakin akan naik tidak bbrp lama lagi.

-admin- I have no problem to keep buying gold… I’ll buy steadily n slowly, but not use all da money to buy in a same bowl.. buy pcs by pcs just to test the market. If ada dlm.arrahnu cuba keluarkan, n I’ve 600g, demmm…