kedai emas harga emas beli emas jual emas

Kedai Emas Jelebu – Jual Beli Emas Harga Tinggi Pajak Gadai

Khidmat jual beli emas terbaik di Jelebu

  1. Membeli emas lama rosak patah scrap.
  2. Membeli surat pajak gadai dan ar rahnu.
  3. Menjual emas bajet murah lelong.
  4. Menguji ketulenan emas jongkong, barang kemas, gold bar, coin.
  5. Menjual alatan tukang emas dan kedai

Cara jual emas di Jelebu & sekitar

  • Hubungi kedai emas Jelebu di wasap atau call +60122864232 (Sharul)
  • Nyatakan hajat dan kenalkan diri lebih afdhal
  • Jumpa dan kami uji ketulenan emas
  • Resit dibuka dan bayaran dibuat tunai/transfer
  • Akad

Klik untuk jual emas lama rosak patah


kedai emas Jelebu, jual beli emas harga emas pajak gadai

Jual surat kedai pajak gadai & Ar-rahnu di Jelebu atau sekitar

  • Hubungi kedai emas Jelebu di wasap atau call +60122864232 (Sharul)
  • Nyatakan hajat dan kenalkan diri lebih afdhal
  • Snap gambar surat dan hantar melalui wasap
  • Kami hantar quotation harga untuk belian
  • Jumpa di kedai pajak, kami tebus keluar barang
  • Ketulenan emas diuji dan baki bayaran dibuat
  • Akad

Klik untuk jual surat kedai pajak / ar rahnu


kedai emas murah Jelebu lelong bajet dropship harga emas

Cara beli emas bajet, murah di Kedai Emas Jelebu

  • Hubungi kedai emas Jelebu di wasap atau call +60122864232 (Sharul)
  • Nyatakan hajat dan kenalkan diri lebih afdhal
  • Nyatakan bajet dan jenis item dicari jika ada
  • Kami hantar gambar koleksi terkini di web
  • Hantar tempahan atau COD berdekatan
  • Bayaran secara tunai ataupun bank transfer
  • Akad

Klik untuk tempah barang kemas bajet

“SERVIS & PERKHIDMATAN RAKAN NIAGA HRGMS BERADA HAMPIR DI SELURUH MALAYSIA, HUBUNGI +60122864232 (Sharul)”
lombong emas di pekan titi kuala klawang jelebu

Terowong Emas di Jelebu Bukan Dongeng

lombong emas di pekan titi kuala klawang jelebu

JELEBU: Kerja menarah bukit di belakang pasar awam pekan Titi di Kuala Klawang, di sini, sejak awal tahun ini membawa penemuan empat terowong di situ yang menurut penduduk, dianggap sebagai kisah dongeng sebelum ini kerana lokasi sebenarnya tidak pernah diketahui dengan terperinci.

Sejak puluhan tahun lalu, kisah terowong berkenaan hanya diceritakan generasi tua di pekan didiami kira-kira 20,000 penduduk itu, namun tiada pihak tampil untuk melakukan kajian.

Tinjauan mendapati empat terowong itu terletak berasingan dengan setiap satu dibina kemas dengan dinding dibuat daripada batu dan boleh dimasuki secara berdiri oleh orang dewasa.

Beberapa penduduk yang ditemui mendakwa terowong itu mungkin dibuat pencari emas berdasarkan kewujudan beberapa lombong sekitar kawasan itu dan menolak ia mempunyai kaitan dengan kegiatan pengganas komunis Penoreh getah, Siow Yoke Kim, 54, berkata generasi tua di pekan itu pernah bercerita mengenai terowong untuk mencari emas, namun tidak menyatakan lokasinya sehingga awal tahun ini, ada pihak menarah bukit di belakang pasar.

“Kami terkejut kerana terowong yang diceritakan itu terletak di belakang pasar yang penduduk kunjungi setiap hari.

“Saya percaya terowong itu dibuat pencari emas, malah jalan utama pekan ini dinamakan ‘Kim Loong’ atau naga emas dalam dialek Hakka,” katanya ketika ditemui, semalam.

Peniaga, Lee Ah Chai, 51, pula mengaku pernah memasuki terowong itu, tetapi mendapati lubang itu terlalu panjang.

“Saya tidak masuk terlalu dalam kerana bimbang terowong runtuh. Pihak berkaitan terutama pengkaji sejarah wajar melakukan kajian terperinci bagi memastikan sejarah sebenar terowong itu sama ada digali oleh pelombong emas atau mempunyai kaitan dengan aktiviti komunis,” katanya yang menolak kemungkinan terowong itu digali pengganas komunis.