Pelaburan Emas adalah salah satu alternatif pelaburan terbaik. Namun begitu, ada juga yang terpedaya dengan skim pelaburan emas yang bercirikan skim cepat kaya.
Pelaburan emas bukan bermaksud beli saham emas. Pelaburan emas adalah dengan membeli emas fizikal
Emas merupakan satu komoditi yang unik dan paling berharga di dunia serta diterima di semua negara di dunia. Dan dari trend kenaikan emas sebanyak 250% dalam tempoh 5 tahun menunjukkan emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang amat-amat menguntungkan. Ini dibuktikan oleh pakar dalam bidang saham dan pelaburan di Malaysia.
Emas merupakan pelaburan sebenar dalam islam. Emas dan perak telah digunakan sebagai matawang sejak 6000 tahun dulu lagi ketika zaman Mesir purba.
Ramai yang tahu akan nilai emas dan perak namun mereka hanya gunakan emas dan perak sebagai barang perhiasan semata-mata. Sedangkan rahsia kekayaan ada pada emas dan perak dan mampu membawa mereka kepada kebebasan kewangan.
Emas dan perak amat bernilai selama-lamanya. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW. Hadis Riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal;Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah SAW telah bersabda, ” Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar & dirham (untuk digunakan)”
Emas dan Perak digunakan untuk tujuan perdagangan. Maka tidak timbul kemerosotan nilainya malah ianya semakin meningkat Semasa di zaman Rasullullah SAW harga seekor kambing adalah 1 dinar namun kini harga seekor kambing masih lagi 1 dinar. Namun nilai 1 dinar dalam nilai matawang kertas berubah-ubah malah semakin meningkat.
Kalau Tahun 2002, nilai 1 dinar bersamaan RM140. Pada Tahun 2005, nilai 1 dinar bersamaan RM242. Pada Tahun 2008, 1 dinar bersamaan dengan RM418. Pada tahun 2010, 1 dinar bersamaan dengan RM587. Pada Tahun ini 2011, 1 dinar sudah naik ke paras RM820.
Hakikatnya emas dan perak adalah aset yang terbaik untuk dimiliki. Dengan hanya menyimpan pun dah beri pulangan yang amat lumayan. Tetapi jika simpan duit nilainya semakin susut.
Emas merupakan salah satu komoditi bernilai yang diiktiraf di seluruh pelusuk dunia. Harga semasa emas ditentukan oleh bekalan dan permintaan dunia. Kegunaannya sama da sebagai mata wang, perhiasan, mahu pun sebagai koleksi simpanan, telah digunakan sejak zaman pemerintahan Firau di Mesir sehingga sekarang.
Emas adalah satu instrumen yang boleh menilai INFLASI. Saya tak perlu terangkan lebih lanjut tentang inflasi, tetapi secara ringkasnya, anda pasti faham kenapa nilai RM100 pada tahun 2001 adalah tidak sama lagi pada tahun 2011. Nilainya makin mengecut dek kerana inflasi. Tetapi tidak bagi EMAS.
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan