Public gold memperkenalkan produk baru untuk pelaburan silver, iaitu untuk syiling perak 10 dirham, tiada lagi produk seperti dirham dikeluarkan oleh pesaing T&T, berkenaan dengan pelaburan silver, kami jelas tidak begitu fokus kepada silver walaupun ia berharga, tetapi apa yang hendak dibuat dengan menyimpan 10 ketul perak di rumah, demand mungkin tinggi pada masa sekarang, tetapi masalah akan wujud sekiranya syarikat pembekal bertukar dan tidak lagi membeli perak, dimana hendak jual, bukan kerja mudah untuk mencari mereka yang membeli perak pada setiap masa, perak juga tidak boleh dipajak. walaupun dulu ada beberapa pihak sedang berusaha untuk membuka kedai pajak silver, tetapi cerita itu dah lama dan sudah lapuk. Jutawan terkenal Warren Buffet pernah membuka pusat pelaburan silver tetapi berakhir selepas 8 tahun (1997 -2005)
Perak atau silver adalah salah satu logam berharga, nisbah antara perak dan emas sejak dahulu dikira dengan 12 atau 15 dirham bersamaan 1 dinar, dahulu silver digunakan untuk membeli barang-barang yang kecil yang kurang bernilai contohnya seperti beras, gandum, ubat dan etc, ia digunakan sebagai minor matawang untuk emas. Sejak penggunaan wang kertas, ratio silver jatuh mendadak, kini nisbah antara silver berbanding emas dikira 47 dirham bersamaan 1 dinar.
Bagaimanapun despite semua perkara diatas, kami melihat masa depan silver sangat cerah, oleh kerana lebih 40% dari penggunaan silver adalah untuk pembuatan elektronik, ( silver adalah logam yang mempunyai kerintangan terendah berbanding logam2 industri yang lain), jadi jika teknologi sekarang terus berkembang, harga silver akan meningkat berganda-ganda untuk mengejar ratio lama dengan emas. Contoh cerita: Warren Buffet pada 1997 mungkin melihat penggunaan teknologi bakal berkembang pada 1997, dan membeli sehingga 4000 metric tan, tetapi ketika itu teknologi tidak sepantas sekarang dan berlaku kejatuhan ekonomi dunia , beliau mungkin nampak lebih awal dari kita tetapi waktu yang dipilih tidak kena.
Harga silver naik meletup bermula 2005 dan pada 2007 iaitu ketika Iphone diperkenalkan kepada dunia, harga silver meningkat berganda-ganda, pada 2008 harga di silver naik 3 kali ganda dari usd7/onz kepada usd22/onz dalam tempoh masa 3 tahun sahaja. Disebabkan itu tempat pelaburan silver paling popular (ETF fund) disebut iShares. Kini apabila teknologi mobile, komputer, elektronik berkembang setiap saat harga silver sudah mencecah usd49/onz pada 2011.
Jadi selain dari masalah diatas, kami melihat selain dari pelaburan yang selamat seperti emas, pelabur boleh mencuba pelaburan perak. Walaupun volatilitinya tinggi, tetapi keuntungannya berganda berbanding emas. In term of ur life security, silver lebih selamat berbanding emas. Not a big deal to make ur house wall with silver, no one will steal it in the mean time.