Dinar Kelantan Rugi 0.02 Juta Diaudit, 1MDB 42,000 Juta?

dinar-kelantan

Audit Negara dalam laporan siri keduanya melaporkan KGT, pengeluar dinar kelantan rugi sebanyak RM0.02juta ataupun RM20,000 pada tahun 2012, tetapi tiada laporan berkenaan 1MDB  yang rugi hampir RM42,000 juta dilaporkan malah audit pun mungkin belum pun bermula, seperti kata pepatah Kuman Di Seberang Laut Nampak, Gajah Di Hadapan Mata Tak Nampak.

Skandal KGT ini pernah dilaporkan dimedia massa sebelum ini kononnya seorang Exco negeri terlibat dalam skandal melibatkan kerugian berjuta-juta dialami negeri kelantan , tetapi selepas diaudit kerugian sebenarnya 0.02 juta je iaitu RM20 ribu je pada tahun 2012 dan pada 2013 hampir semua syarikat pengeluar emas mengalami kerugian kerana kejatuhan harga emas yang drastik seperti graf dibawah.gold_5_year_g_x_MYR-16-6-2015

Laporan dari bernama seperti dibawah:

KOTA BHARU – Perolehan dinar dan dirham tanpa perjanjian dan penyerahan dinar dan dirham yang dibuat sebelum bayaran diterima adalah antara kelemahan dalam pengurusan aktiviti dan kewangan syarikat Kelantan Gold Trade Sdn Bhd (KGT), demikian menurut Laporan Ketua Audit Negara 2014 Siri 2.

Kelemahan lain yang dikesan dalam anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu ialah aktiviti pembelian balik tanpa prosedur dan kawalan, dinar dan dirham tiada sijil ketulenan dan agen pemasaran tidak menandatangani serta mematuhi syarat perjanjian.

p125 husam putrajaya dinar emas

Pengurusan stok dinar dan dirham yang kurang memuaskan, tiada surat lantikan bagi ketua pegawai eksekutif, penasihat, pengarah dan pengarah eksekutif syarikat, dan aset tidak dimanfaatkan bagi menjana pendapatan kepada syarikat juga merupakan antara kelemahan yang dikesan, demikian menurut laporan itu yang dibentangkan di Dewan Rakyat, hari ini.

Laporan itu menyebut prestasi kewangan kurang memuaskan kerana syarikat tersebut mengalami kerugian bersih berjumlah RM0.02 juta pada 2012 dan RM0.63 juta pada 2013.

Pengauditan yang dijalankan pada Ogos hingga Oktober 2014 itu mendapati tadbir urus korporat KGT memuaskan namun ada beberapa kelemahan dalam pengurusan aktiviti dan pengurusan kewangan.

Pihak audit telah mengesyorkan KGT mengambil beberapa langkah mengatasi kelemahan itu termasuk melaksanakan kajian semula terhadap penggunaan dinar dan dirham sebagai mata wang Syariah di Kelantan khususnya dan di Malaysia amnya bagi memastikan objektif penubuhan KGT tercapai.

pameran emas negeri kelantan

Pameran Al-Quran, Emas & Perak di Muzium Kelantan

Sepanjang 1 Mei hingga 31 Ogos, Muzium negeri Kelantan akan mengadakan pameran Al-Quran, Emas dan perak, sesuai sebagai salah satu acara cuti sekolah akan datang jika anda ingin melawat negeri pantai timur. Antara item yang menarik adakah Al-Quran yang bersadur emas dan perak berusia lebih 600 tahun dari Dinasti Ming serta pameran emas-emas kelantan dan perak yang kami confirm semua orang tahu dengan keindahan dan keaslian negeri che siti wan kembang ini. berikut adalah info dari Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan. (facebook). Tiket yang disediakan adalah RM5.00 untuk dewasa, RM3.00 untuk kanak2 dan RM2.00 untuk mereka yang beruniform.

 

pameran emas negeri kelantan

 

PAMERAN AL QURAN EMAS & PERAK : KHAZANAH ISLAM DARI CHINA akan berlangsung dari 1 Mei 2012 sehingga 31 Ogos 2012 bertempat di Galeri Muzium Negeri, Kelantan. Anda semua dijemput hadir untuk menyaksikan keindahan Al-Quran bersadur EMAS dan PERAK berusia lebih 600 tahun dari Dinasti Ming.
Harga Tiket :
Dewasa : RM5.00
Kanak-kanak: RM3.00
Pelajar Sekolah Beruniform : RM2.00

Kedai emas semakin lengang

KOTA BHARU – Kenaikan harga emas menyebabkan para peniaga emas di sini berdepan dengan keperitan ekoran jumlah pelanggan semakin berkurangan sejak awal tahun ini.

Tinjauan Kosmo! petang semalam mendapati kebanyakan kedai emas yang beroperasi di bandar ini lengang dan kurang dikunjungi pelanggan.

Seorang penjual emas, Normalina Ahmad, 38, memberitahu, keadaan kini sangat jauh berbeza berbanding 10 tahun lalu apabila kedai emas menjadi tumpuan ramai.

“Satu ketika dulu, 20 pelanggan datang membeli barang kemas setiap hari. Sekarang ini cuma tiga hingga empat pelanggan sehari dan kami lebih banyak duduk termenung di kedai.

“Ia bukan sahaja kerana harga emas naik, tapi juga disebabkan kaum wanita takut memakai barang kemas kerana bimbang diragut,” katanya di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini.

Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.

Seorang lagi peniaga kedai emas, Nani Ali, 36, berkata, walaupun harga emas naik namun ia tidak memberi keuntungan kepada peniaga komoditi itu.

“Apabila harga naik, orang tak mahu datang beli. Kebanyakan peniaga emas pening kepala dan kalau keadaan ini berterusan, mungkin ada yang terpaksa tutup kedai,” katanya.