Kota Bharu: Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam hari dan denda RM3,000 di Mahkamah Majistret di sini, semalam, kerana mencuri seutas rantai emas bernilai RM900 di dalam sebuah kedai emas minggu lalu.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniMajistret Nik Habri Muhamad yang menjatuhkan hukuman itu selepas Nor Aini Mohd Yusoff, 21, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan, memerintahkan hukuman penjara bermula dari tarikh Nor Aini ditangkap pada 25 April 2013 dan dia boleh dikenakan tambahan hukuman penjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda.
Sebelum itu, Nik Habri turut menasihatkan tertuduh supaya mengambil pengajaran terhadap kesalahan dilakukankannya.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Saya tahu kamu bukan penjenayah tegar dan kejadian jenayah ini berlaku apabila kamu mempunyai peluang berbuat demikian.
“Kesalahan ini menyebabkan kamu rugi kerana perlu membayar denda melebihi nilai barang kemas itu selain memalukan suami dan anak. Saya harap kamu insaf,” katanya.
Mengikut pertuduhan, Nor Aini didakwa mencuri seutas rantai leher emas milik Kedai Emas Seri Ayu di Jalan Temenggong di sini pada jam 11.15 pagi, 25 April 2013. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Terdahulu, tertuduh dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana dia sudah insaf dengan kesalahannya.
“Saya tidak bekerja manakala suami hanya bekerja sebagai seorang buruh dan mempunyai seorang anak yang masih kecil.
“Selepas direman beberapa hari saya sudah insaf dan berjanji tidak mengulangi kesalahan sama,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamed memohon tertuduh dijatuhi hukuman setimpal untuk memberi pengajaran kepada tertuduh dan teladan kepada orang ramai. -hmetro