Syarikat public gold telah melancarkan produk jongkong emas terbaru iaitu bungamas sebagai koleksi simpanan dan emas pelaburan bermotifkan ciri tradisional melayu.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniSyarikat Public Gold memperkenalkan produk baru iaitu siri BungaMas. Produk ini merupakan jongkong emas atau gold bar 50 gram berdasarkan motif traditional melayu dengan ketulenan emas 999.9 sesuai untuk simpanan,koleksi,hadiah,mas kawin dan sebagai emas pelaburan.
Produk BungaMas ini telah diukir dengan tulisan Jawi yang anggun di permukaan hadapan jongkong emas. Terdapat juga corak Songket yang unik dicetak di belakang produk ini untuk meningkatkan lagi keistimewaannya. Songket adalah satu tenunan tangan kain, sama ada dalam sutera atau kapas halus yang bercorak dengan benang emas atau perak yang menonjolkan latar belakang kain untuk mewujudkan kesan berkilauan. Ia amat terkenal di Malaysia, Brunei dan Indonesia terutama di kalangan masyarakat Melayu untuk menggambarkan kemewahannya.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaProduk BungaMas paling sesuai untuk diberikan sebagai hadiah sempena ulang tahun perkahwinan, hari jadi serta perayaan-perayaan yang penting. BungaMas juga sesuai diberi kepada orang yang disayangi sebagai tanda penghargaan serta untuk tujuan koleksi emas dan pengawal harta kekayaan di masa hadapan.
Spread atau susut nilai bungamas adalah lebih tinggi sedikit berbanding gold bar 50g biasa kerana seni pembuatan yang halus dan dicipta untuk kecantikan dan dikhususkan sebagai emas koleksi atau hadiah.
Spread harga emas bagi bungamas adalah RM7239-RM6768=RM471 bahagi RM7239=0.065 darab 100 iaitu 6.5%. spread harga emas bungamas 6.5% adalah rendah dan dikategorikan sebagai emas pelaburan.
Harga emas terkini adalah murah dan amat sesuai untuk membeli emas untuk pelaburan dan sekaligus memberikan hadiah untuk yang tersayang di musim perayaan. Adalah lebih baik memberikan hadiah emas yang akan meningkat harganya daripada memberikan hadiah barangan yang turun harganya seperti handset dan sebagainya.