Beberapa kenderaan mewah bersalut emas menyelusuri lebuhraya ibu kota London disangkakan penduduk setempat milik orang kaya dari Arab Saudi tetapi sebenarnya Kereta itu sengaja dibiarkan parking ditepi jalan dan disaman sebagai suatu teknik marketing pemiliknya yang juga rakyat Malaysia (hasil dari penilitian kami, financewatch365 adalah satu bentuk scam binary, patutlah kaya )
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniMenurut laporan media antarabangsa, empat kenderaan berkeanaan: Rolls-Royce Phantom Coupe, Lamborghini Aventador SV, Mercedes jeep enam tayar dan Bentley Flying Spur – kesemuanya disaluti emas – disangkakan milik bilionaire Arab Saudi dikenali sebagai Bin Abdullah.
Lapor media tersebut, kesemua kenderaan tersebut dipandu secara merbahaya oleh pelancong dari Timur Tengah itu.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaBukan sahaja laporan tabloid tempatan itu meleset, malah kenderaan dikatakan milik pemuda dari Arab itu juga tidak benar ekoran ianya adalah milik usahawan berjaya berasal dari Malaysia, Alex Choon.
Alex yang berasal dari Kuala Lumpur menubuhkan syarikat Financewatch365 membina kejayaannya dalam industri perdagangan Binary Options.
Menurut laporan Mstar, Alex menempa kejayaan dari hasil titik peluhnya sendiri dan bukannya mewarisi kekayaan daripada keluarganya.
Dan hasil kejayaannya ditunjukkan dalam bentuk koleksi kenderaan pelbagai.
Alex dikatakan membeli kenderaan mewah hampir setiap bulan dan kesemua kenderaannya disaluti emas tulen.
Rolls Royce bernilai RM2.5 juta sementara Mercedes enam roda, Lamborghini dan Bentleynya masing-masing berharga RM1.7 juta, RM1.5 juta dan RM1.6 juta.
Alex pernah dilihat memandu kenderaan berkenaan di Kuala Lumpur dan ianya sepadan dengan koleksi kenderaan miliknya di London.
Menurut Mstar, ketika di Kuala Lumpur, Alex dilihat sedang mengisi minyak disalah sebuah stesen minyak dan kelihatan seorang model wanita berada di tempat duduk kerusi penumpang kenderaan mewahnya.