KUALA LUMPUR 25 April – Kajian Sentimen Pelabur Global Franklin Templeton mendapati pelabur Malaysia agak positif tentang pelaburan tempatan, dengan 86 peratus menyatakan keyakinan mencapai sasaran kewangan mereka.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniDalam satu kenyataan hari ini, Franklin Templeton berkata, berdasarkan kajian global tahunan yang dijalankan awal tahun ini, pelabur Malaysia menjangka kadar pulangan pelaburan pada 11.5 peratus pada 2013, satu peningkatan daripada jangkaan 2012 iaitu 8.5 peratus.
“Pelabur Malaysia yakin mendapat kadar pulangan yang lebih tinggi sepanjang 10 tahun akan datang pada anggaran 19.5 peratus,” tambahnya.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaKetua Negara Malaysia Franklin Templeton Investments, Sandeep Singh berkata, keyakinan pelabur Malaysia sejajar dengan sentimen pelabur serantau.
“Kami percaya jangkaan positif pelabur Asia adalah kerana beberapa ekonomi Asia menunjukkan asas ekonomi yang kukuh dan prospek pertumbuhan jangka panjang yang kukuh,” katanya.
Sandeep Singh berkata, kajian tahun ini juga menunjukkan kesedaran yang kukuh di kalangan pelabur Malaysia mengenai penerokaan pelbagai peluang pendapatan tetap dan menjangka fenomena ini akan berterusan.
Sementara itu, kajian itu mendapati lebih 50 peratus responden beranggapan unit amanah mematuhi syariah akan mengatasi prestasi dana amanah konvensional.
“Bagi yang memilih dana mematuhi syariah, 17 peratus menyebut pelaburan beretika sebagai sebab pemilihan mereka, sementara 15 peratus memilih instrumen syariah kerana kategori itu dianggap rendah pendedahan risiko,” kata Sandeep.
Tiga kelas aset terpilih utama oleh pelabur Malaysia dari segi jangkaan keuntungan pada 2013 dan sepanjang 10 tahun akan datang adalah harta, logam berharga (emas/perak) dan saham. — BERNAMA