Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Oleh kerana inflasi begitu jelas mengikis pulangan pelaburan dalam jangka masa waktu panjang, adalah mustahak bagi setiap orang memikirkan cara bagi ‘melawan’ semula inflasi itu.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniSalah satu cara paling praktikal atau mudah dengan mengekang kesan inflasi adalah dengan cara menambat wang kertas kita pada sesuatu yang tidak jatuh nilainya.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaEmas mempunyai kapasiti atau keupayaan terbaik bagi tujuan itu.
Dikatakan pada zaman Rasulullah SAW, harga seekor kambing adalah satu dinar. Selepas 1,400 tahun iaitu pada hari ini harga seekor kambing masih tetap sama iaitu satu dinar.
1 Dinar merupakan pilihan ramai muda-mudi sekarang ini
Disebabkan itu, adalah salah jika kita anggap 1 Dinar = 1 Ringgit.
Memang benar pada suatu masa dulu dengan RM1.00 nilainya mampu membeli sebuah basikal. Akan tetapi hari ini dengan RM1.00 air tin pun tak lepas..
Hakikatnya wang kertas berlainan sekali sifatnya dengan dinar. Wang kertas nilainya semakin menyusut, manakala dinar nilainya kekal.. Sekiranya dibandingkan nilai dinar emas satu dekad dulu dengan nilai sekarang (dengan kambing sebagai bandingan) kita dapati nilainya tidak berubah!
Berdasarkan analogi itu, adalah satu tindakan yang pintar bagi kita menjadikan emas sebagai tambatan bagi melindungi nilai simpanan kita.
Sikit-sikit simpan, lama-lama jadi tabiat mudah menyimpan =) Tak cuba tak tahu…
Sebelum membaca artikel yang lain berikutnya, beberapa perkara tambahan perlu anda fahami terlebih dahulu:
- Tempoh ataupun jangka waktu pelaburan. Pelaburan emas lebih sesuai dilakukan dalam tempoh panjang.
- Pelaburan emas fizikal yang sah tidak melibatkan pembayaran dividen bonus ataupun sebarang insentif (hibah etc)
- Pelaburan emas juga tiada sempadan had umur. Sesiapa saja boleh melabur termasuklah kanak-kanak.
Tips:
Harga 1 Dinar
- Tahun 2009 – RM450
- Tahun 2010 – RM550
- Tahun 2011 – RM650
- Tahun 2012 – RM750
Kita lihat betapa hebat kuasa emas sebagai pelindung nilai..
Pada tahun 2009, jika kita menukarkan wang kertas sebanyak RM100,000 ke dalam bentuk dinar kita akan mempunyai 222 keping Dinar.
- Tahun 2009 – RM100,000
- Tahun 2010 – RM122,100
- Tahun 2011 – RM144,300
- Tahun 2012 – RM166,500
Hebat bukan? Kalau kita masih simpan dalam bentuk wang kertas – amaunnya tetap RM100,000. Tapi jika kita tukarkan wang kertas ke dalam bentuk emas nilainya bertambah kepada RM166,500!
Pesanan Azizi Ali, tetapkan matlamat “at the edge of fantasy, but in the realms of reality!”