Ketulan Emas Lama Di Melaka

malacca-portMELAKA – Bukan sesuatu yang mustahil sekiranya harta karun termasuk ketulan emas masih berada di Pulau Nangka, di sini seperti mana diperkatakan ketika ini.

Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep), Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmin berkata, semasa Portugis menawan Melaka pada 1511, harta-harta Sultan Melaka ketika itu dipercayai disembunyikan di pulau-pulau kerana bimbang istana mereka ditawan.

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

harta-karun-di-pulau-nangka

Beliau berkata, kebanyakan harta berkenaan merupakan hasil cukai yang dikenakan terhadap pedagang luar negara memandangkan Melaka memang diketahui sebagai pelabuhan perdagangan terhebat di Asia Tenggara pada abad ke-15.
“Dalam satu masa, sebanyak 2,000 kapal berlabuh di Melaka iaitu dari Tanjung Tuan sehingga ke Muar.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

Syiling Emas yang digunakan ketika zaman penaklukan portugis di Melaka
Syiling Emas yang digunakan ketika zaman penaklukan portugis di Melaka

“Jadi, Sultan Melaka merupakan sultan paling kaya antara sultan-sultan di Nusantara. Cukai yang dikenakan biasanya emas berbentuk ketulan atau jongkong. Harta itu disimpan dalam perbendaharaan iaitu memang ada satu rumah khas menyimpan harta benda seperti pinggan mangkuk, cerek yang diperbuat dari emas.

Afonso_de_Albuquerque_(with_Santiago_cloak)

“Bagaimanapun, semasa tahun 1511 Melaka diserang Portugis, harta-harta itu dipercayai disembunyikan di pulau kerana ditakuti istana mereka diserang dan ditawan,” katanya di Bukit Baru, semalam.

Mohd Jamil juga percaya harta berkenaan bukan saja tersimpan di Pulau Nangka, malah di Pulau Besar dan Bukit St Paul yang dipercayai mencecah trilion ringgit. Berdasarkan sejarah, katanya, Melaka memang menjadi lokasi persinggahan pedagang khususnya dari Arab, Parsi, India dan China, selain negara barat seperti Portugis, Belanda, Inggeris dan Sepanyol.

Malah, rujukan buku Shipwrecks & Sunken Treasure In Southeast Asia turut merekodkan sebanyak 34 daripada 450 kapal karam di perairan Selat Melaka.

“Antaranya, Kapal Flor De La Mar dikatakan membawa pelbagai barangan berharga dan harta yang cukup melimpah ruah dianggarkan berbilion pound karam di bahagian utara Sumatera pada 1511,” katanya.

Sementara itu, katanya, dakwaan wujudnya harta karun di Pulau Nangka sebenarnya sudah tersebar sejak 1997 dan pulau berkenaan diwartakan menjadi milik Perbadanan Muzium Melaka (Perzim).

Beliau yang menjadi Pengurus Besar Perzim ketika itu berkata, pulau itu dibeli daripada seorang wanita dan usaha pencarian harta karun sudah dilakukan sejak 1990-an lagi.

“Bagaimanapun, pulau ini menjadi kawasan larangan dan dilarang menceroboh iaitu hanya syarikat yang dibenarkan Perzim boleh memasukinya,” katanya.

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>