Kesan kepada Malaysia jika Greece kehabisan wang

 

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Wang kertas tiada nilai, wang kertas makin banyak dicetak tetapi hakikatnya simpanan emas tiada. Kelompok yang memperkenalkan wang fiat mempunyai agenda tersendiri untuk menindas dunia dengan ada hutang/interest melalui pinjaman tetapi akhirnya sudah kelihatan “senjata sudah makan tuan”. Banyak negara-negara di sekitar Afrika telah menjadi mangsa kegagalan/bangkrap daripada kesan penggunaan wang kertas dan juga inflasi melampau-lampau.

Ekonomi jatuh sekitar tahun 1929 – 1930 antara sebab lainnya kerana disebabkan wang kertas ini dan diakhirnya perang dunia kedua dari tahun 1939 – 1945.

Sebelum ini Kesatuan Eropah telah pun meluluskan pinjaman bernilai US$50 bilion kepada Greece. Sekarang ini sudah habis?

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

Greece Bankrap Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya?

 

Selain daripada masalah salah urus tadbir negara, tipu angka ekonomi, kronisma dan nepostime yang berleluasa, kegagalan negara Greece juga didapati mempunyai bilangan kakitangan awam yang sangat tinggi, ratio antara yang tertinggi di dalam Kesatuan Eropah. Ini yang menyebabkan kos perbelanjaan kerajaan mereka. Dengan ditambah dengan sistem yang tidak efisien telah turut menyumbang kepada kejatuhan cepat ekonomi Greece.

  1. kehabisan tunai yang bakal dialami Greece antara lainnya adalah untuk menampung operasi negara yang besar termasuklah membayar gaji kakitangan awamnya & pencen
  2. disebabkan Greece menggunakan matawang Euro, oleh itu Greece tidak boleh mencetak duitnya sesuka hati. Ini kerana semuanya mesti melalui Bank Pusat Eropah (ECB) mereka

Begitu juga penipuan yang berleluasa di Greece dalam industri farmasi contohnya menambah lagi beban teruk kepada kerajaan Greece bagi membendung kemunduran ekonomi mereka ketika ini.

  • Sudah menjadi adat doktor akan menetapkan ubat yang mahal serta dose yang lebih kepada psakit dan “pelanggannya”
  • Jikalau di negara seperti di greece contohnya, doktor di klinik swasta tidak menjual ubat. Doktor hanya mentapkan ubat yang mana satu yang sesuai untuk pesakitnya dan psakit akan pergi ke farmasi yang disarankan bagi mengambil ubat yang telah ditetapkan
  • Jadi firma farmaseutikal akan memberi komisen kepada doktor yang mengesyorkan ubat keluaran syarikatnya.
  • Lama kelamaan, ia menjadi suatu budaya yang biasa di sana. Implikasinya? Implikasi…..ia kan meninggikan kos ubat di Greece.
  • Siasatan Kesatuan Eropah telah mendapati ia sudah mencapai ke tahap yang cukup kritikal.
  • Akhirnya, walaupun dibersihkan penipuan secara keseluruhan ribuan orang akan kehilangan kerja akibat penurunan mendadak jualan ubat mereka
  • Selama ini di sana, pemintaan ubat tinggi hanyalah penipuan semata

Jika negara Greece keluar daripada Kesatuan Eropah akan memberikan risiko yang cukup besar kepada negara Eropah lainyang akan terdesak untuk turut keluar sama.

“Tiada Keyakinan = Malapetaka”

Kegawatan Ekonomi Greece Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya?

Ditambah pula isu sekarang ini Itali, sebuah negara yang memilki hutang bertrilion dollar dan Sepanyol yang merupakan pemegang ekonomi terbesar selepas Jerman dan Perancis di mana Sepanyol yang kaar pengangurannya sudah mencapai ke paras 22% (kadar pengangguran golongan muda melebihi 50%) dan juga malapetaka terhadap ekonomi Sepanyol antara lainnya disebabkan dalam tempoh 10 tahun nilai hartanah naik melambung tinggi.

  • Sebagaimana diungkapkan kapitalis seperti REDHA (Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia) mengatakan  kenaikan nilai hartanah itu bagus dan bawa kemakmuran ekonomi di sesebuah negara.
  • Jika itulah penanda ukur yang diimpakan kapitalis seperti REDHA ini, alamatnya nasib Malaysia untuk menuju cepat seperti apa yang dialami oleh negara seperti Sepanyol ketika ini bukan asing lagi

Sekarang ini Eurozone teruk sebab masalah Euro di mana semasa pengasasan matawang Euro tu sendiri. Bayangkan kami berikan contoh mudah sebegini rupa di mana katakanlah kita juga berkongsi matawang dengan negara Asean yang lain :

  1. Katakan hari esok Malaysia, Thailand, Brunei & Singapore setuju kongsi matawang, kita panggilnya sebagai Aseandollar. Katakan RM1 = A$1. Singapore pulak, SGD1 = A$2.40.
  2. Gaji sorang kerani di Malaysia RM800 contohnya. Jadi gaji baru A$800. Di Singapore pula, gaji SGD800, sekarang A$1,920.
  3. Oleh sebab di bawah rejim matawang yang sama, maka kuasa membeli kat Singapore lebih tinggi. Harga barang pula hampir pasti meningkat sebab kos bahan mentah meningkat. Subsidi yang dahulunya boleh digunakan untuk mengawal harga sekarang menjadi susah hendak dilaksanakan.
  4. Apa yang Dr. Mahathir lakukan semasa tahun 1997 tidak dapat buat sudah di mana Dr Mahathir  laksanakan tambatan matawang. Tetapi jikalau Malaysia contohnya berkongsi matawang, kita tidak boleh menambat matawang.
  5. Bank Negara nak buat kawalan fiskal pun tak boleh menjadi sebab dah kuasa sudah kat Bank Pusat Asean
  6. Ini semua antara dilema yang dialami oleh negara seperti Greece ketika ini kerana sudah tiada banyak pilihan dan alternatif untuk menyelematkan negara mereka daripada “hancur”

Jadi, apa risikonya?

  1. Di pentas ekonomi dunia,  kedudukan Sepanyol dan Itali dari segi GDP
  2. Hilangnya keyakinan atas matawang Euro = Implikasi yang belum boleh digapai

Persoalannya sekarang ini, adakah Malaysia akan menerima tempias jika Greece keluar daripada Kesatuan Eropah?

  • Jawapannya setakat ini bagi kami sebab kalau Greece keluar dari Euro, Euro akan hancur.
  • Greece akan selamat untuk sementara. Tetapi……implikasinya jika Euro jatuh, ‘kekuatan’ ekonomi Eropah akan tumbang, dan Eropah secara kolektif adalah zon ekonomi kedua terbesar di dunia, selepas Amerika Syarikat
  • Akibat tumbangnya ekonomi Eropah, perdagangan sedunia akan menerima kesan dengan pesanan barangan pengguna dijangka merosot dengan teruk. Zon ekonomi ketiga terbesar sedunia, Latin Amerika, dan zon-zon lain seperti Russia, Asia Tengah dan Asia Timur masih belum berupaya menggantikan Eropah, sebab pembahagian kekayaan di zon-zon ini teramat tidak seimbang, dari 5 – 20% penduduk di situ menguasai 70 – 90% kekayaan.
  • Keadaan ini diburukkan dengan matawang Euro merupakan matawang kedua terbesar di seluruh dunia, dan digunakan di hampir seluruh Eropah.
  • Sekiranya Greece bertindak keluar dari Euro, negara-negara seperti Ireland, Sepanyol, Portugal dan Itali mungkin teruja membuat tindakan yang sama. Sekiranya langkah ini diambil, nilai matawang Euro hari ini akan menyusut secara mendadak sebab akan menjadi tidak bernilai.
  • Pendukung utama Euro seperti Perancis, Jerman dan Belgium akan menghadapi masalah memegang matawang yang dinilaikan begitu tinggi, tetapi semakin hari semakin menjadi seperti matawang pokok pisang masa Jepun dahulu, dan kalau diikutkan dalam bahasa ekonomi, duit fiat.
  • Duit fiat membawa makna sesuatu matawang yang diberi nilai oleh kerajaan, tetapi jika nilai ini ditarik balik oleh kerajaan hanyalah berupa sekeping kertas tidak berharga.

Greece Keluar Euro Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya?

 

Walaubagaimanapun, bagi kami apa yang patut dibuat bukannya menghalang Greece keluar dari Euro, tetapi menghalang spekulator sedunia daripada terus menerus bermain matawang dan komoditi utama sedunia. Tetapi, tahukah anda bahawa semasa krisis 1997, kita telah menuduh spekulator matawang sebagai parasit sedunia? Dan pada hari ini, ramai rakyat Malaysia turut bermain jual beli matawang asing tanpa teringatkan beban kepada negara semasa 1997?

Di Eurozone, pembahagian kekayaan agak seimbang, disebabkan kerajaan mereka yang kebanyakannya mengamalkan sistem kebajikan sosial. Oleh itu, sekiranya Eurozone menghadapi masalah matawang maka kesannya hampir semua merasa kejatuhan dalam keupayaan membeli mereka. Manakala di zon ekonomi lain, pembahagiannya lebih tidak setara. Dari serendah 20% rakyat mengawal hampir 80% sehingga seteruk-teruknya 5% rakyat menguasai 95% kekayaan.

Bagi sebuah zon ekonomi menggantikan Eurozone secara efektif, setiap produk yang sepatutnya dibeli oleh Eurozone perlu dibeli oleh penduduk dalam zon ekonomi lain.

  • Bayangkan kilang A menghasilkan 100 buah TV untuk dijual kepada Eurozone.
  • Sekarang Eurozone tak boleh beli. Jadi 100 buah TV ni kena jual kat, katakan Zon BRIC (Brazil, Rusia, India dan China). Pembahagian kekayaan di situ sudah mencapai tahap ekstrim, iaitu 5% kuasai 95% kekayaan.
  • Katakan kilang A jual kat Brazil. Sekiranya bilangan penduduk Eurozone sama dengan Brazil, maka saiz pasaran kini merosot daripada hampir 100 orang kepada 5 orang sahaja. 5 orang yang kuasai 95% kekayaan ini takkan bertindak membeli 100 buah TV semata-mata kerana mereka mempunyai wang.
  • Senario yang sama, tetapi sekarang kilang A yang sama kena buat 100 buah TV untuk Eurozone dan 100 lagi untuk BRIC.
  • Keadaan menjadi semakin serius kerana daripada tidak dapat menjual 100 buah TV, sekarang kilang A tidak boleh menjual 195 buah TV.
  • Apabila kilang A menghadapi keadaan ini, maka dia akan kurangkan pembelian bahan mentah dan mungkin sehingga tahap memecat pekerjanya.
  • Masalah yang Malaysia bakal hadapi bukan kilang A, tetapi pembekal kepada kilang A dan pekerja kilang A.

Nampak kesan rantaiannya di situ? Dan, jika sebuah negara seperti ……

  1. Greece dengan sikap “pemalasnya”
  2. Itali dengan rasuah dan kronismenya
  3. Sepanyol terkenal dengan nilai hartanah yang melambung tinggi sehingga pada kadar yang membabankan dan tidak munasabah

Oleh itu, sesebuah negara yang mempunyai ketiga-tiga ciri seperti di atas jika masih tidak mahu mengambil sikap untuk berubah daripada sekarang secara total, alamatnya beban dan riskonya akan dipulangkan kepada rakyatnya untuk menganggungnya.

source: beritasemasa.com

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>