KUALA LUMPUR 30 Jan. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 1 Mac depan bagi pengurusan kes saman sembilan pelabur terhadap Genneva Malaysia Sdn. Bhd. (Genneva) dan empat pengarahnya melibatkan wang pelaburan lebih RM2 juta.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniPesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera turut mengarahkan mereka menyediakan ikatan dokumen, fakta-fakta yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Pada 21 Disember tahun lalu, pelabur-pelabur berkenaan yang antaranya merupakan suri rumah dan arkitek menyaman syarikat tersebut.
Saman itu difailkan berasaskan dakwaan syarikat pelaburan emas itu melalui pengarah-pengarahnya membuat representasi palsu apabila menyatakan skim yang ditawarkan berasaskan syariah.
Semua pelabur sehubungan itu menuntut syarikat terbabit dan pengarahnya memulangkan kembali wang pelaburan melebihi RM2 juta. -utusan
