SENAWANG – Dua perompak lelaki hanya mengambil masa kira-kira tiga minit bagi melarikan barang kemas bernilai RM20,000 dalam satu kejadian rompakan di sebuah premis di Taman Seremban Jaya, di sini, semalam.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniDalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, dua lelaki berkenaan menaiki sebuah motosikal dan meletakkannya di hadapan premis sebelum melulu masuk ke kedai.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ketika kejadian berlaku, pemilik kedai dan seorang anaknya berada di dalam premis.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Kedua-dua suspek yang memakai topi keledar itu telah bertindak memecahkan cermin pameran barangan kemas dengan senjata tukul besi.
“Selepas mengaut beberapa barang kemas, kedua-dua suspek terus keluar dan melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan di hadapan premis,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, di sini, semalam.
Menurutnya, premis yang dijalankan sebuah keluarga itu tidak mempunyai pengawal keselamatan dan tidak memasang kamera litar tertutup.
“Ketika kejadian, tiada pekerja dan pelanggan berada di dalam premis dan kedua-dua mangsa tidak dicederakan suspek.
“Siasatan sedang dijalankan dan kita akan mengesan suspek yang terlibat,” katanya.
Saiful Azly berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 397 dan 395 Kanun Keseksaan. – SinarHarian