Bank HSBC, Deutsche Bank dan Nova Scotia Bank kini didakwa cuba menipu harga pasaran silver dunia.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniMenurut J Scott Nicholson, pelabur yang memfailkan tuntutan saman di Amerika Syarikat, bank-bank tersebut menyalahgunakan kedudukan mereka yang sepatutnya bertindak mengawal paras harga perak dunia tetapi bertindak bertentangan apabila cuba memanipulasi harga perak dunia untuk meraih keuntungan yang tidak sah daripada dagangan.
Ini telah menjejaskan pelabur-pelabur dunia yang lain dalam pelaburan perak yang bernilai kira-kira $5 trilion dollar, ramai pelabur membuat keputusan pelaburan mereka berdasarkan penanda aras yang ditentukan oleh bank-bank berikut tanpa sedar penanda aras tersebut telah dimanipulasikan.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaDengan memfailkan saman itu, Nicholson mendakwa bank-bank tersebut melanggar undang-undang antitrust dan Akta Bursa Komoditi, dan beliau berharap untuk mewakili golongan pelabur yang telah membeli kontrak hadapan perak sejak 1 Januari 2007 “Mereka terlalu berahsia ini menyebabkan pasaran harga perak boleh dimanipulasi “katanya.
“Defendan mempunyai modal yang kukuh dan peranan utama yang membolehkan mereka mengawal harga perak fizikal dan pelaburan perak lainnya dalam pasaran sebelum dihebahkan kepada umum, ini membolehkan mereka meraih keuntungan besar, dan tidak sah.”
Jurucakap Bank of Nova Scotia memberitahu Bloomberg mereka akan mempertahankan diri dalam tuntutan saman tersebut manakala HSBC dan Deutsche Bank belum memberi sebarang komen.
Tuntutan ini adalah yang terbaru dalam beberapa siri saman pelabur komoditi logam terhadap bank. Ketiga-tiga bank sebelum ini telah pun dibawa ke mahkamah lebih awal kerana bertindak diluar undang-undang dalam menetapkan harga emas di pasaran dunia, Barclays Bank telah pun didenda sebanyak £ 26 juta oleh pengawal selia UK pada awal tahun ini selepas salah seorang pelabur mereka didapati cuba untuk menetapkan harga logam emas di pasaran.