Harga Emas Dunia Dijangka Akan Terus Jatuh Hingga Tahun 2014

gold2

Bank Pelaburan dari Amerika Syarikat, Goldman Sachs Group Inc meramalkan harga emas dunia akan bergerak turun setelah terus naik selama 12 tahun kebelakangan ini. Goldman mengurangkan ramalan harga emas dalam tiga bulan hadapan dari US $ 1,615 per ounce menjadi US $ 1.530 per ounce.
Dipetik dari Business Week, Khamis lalu (11/4/2013) pada akhir tahun ini, Goldman menetapkan ramalan harga emas di paras US $ 1.450 per ounce. Bahkan, pada akhir 2014 ,syarikat ini meramalkan harga emas boleh turun hingga mencapai US $ 1.270 per ounce.

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

gold
“Emas bakal turun 5.8% tahun ini kerana spekulasi dari The Fed (bank pusat AS) yang menunda pemberian stimulus untuk pemulihan ekonomi,” ungkap penganalisis Goldman Sachs Group Inc, Damien Courvalin dan Jeffry Currie dalam laporannya.
Harga emas semalam saja sudah turun 1.75% pada harga US $ 1.558,90 per ounce. Harga emas sempat didagangkan menjunam mencapai titik terendah sejak Jun tahun lalu. Harga emas dijangka didagangkan lebih rendah meskipun data AS menunjukkan adanya kelembapan dalam penambahan jumlah lapangan kerja pada sektor swasta.

Pelabur kewangan dan salah satu orang terkaya di dunia iaitu George Soros menyatakan emas tak lagi menjadi alat pelaburan yang selamat (safe haven), karena harganya yang terus jatuh. “Emas tidak lagi menjadi pelaburan yang selamat (safe haven), terbukti ia tidak selamat lagi. Namun saat ini banyak bank-bank pusat yang terus membeli emas, jadi saya berharap harga emas tidak terus jatuh. Emas saat ini bukan lagi untuk pelaburan jangka panjang, “tutur Soros.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

0 thoughts on “Harga Emas Dunia Dijangka Akan Terus Jatuh Hingga Tahun 2014

  • Bila soros kater tak selamat lagi emas ini mase kiter beli emas…sbb die orang yang suka manipulasi…bile soros kater emas akan naik lebih tinggi lagi…mase tu kiter jual

  • Pengumpul emas & perak says:

    Sampai hujung tahun 2014? Lame kot. InsyaAllah, Allah akan permudahkan laluan rezeki niaga emas aku. Masa ni la masa sesuai nak beli emas.

  • Pengumpul emas & perak says:

    Sampai hujung tahun 2014? Lama tu. Tapi xpa, semoga Allah permudahkan perniagaan emas & perak. Inilah masa yang sesuai nak kumpul emas!!

  • Usah caya sgt ckp si soros zionist tu, ntah2 kat bank dia berkepuk emas. Ingat apa dia dah buat pd kita pd thn1997.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>