SYARIKAT barangan kemas Habib Jewels Sdn Bhd (Habib) mencapai 90 peratus daripada jumlah sasaran jualan tahun ini di sebalik perkembangan industri barang kemas yang dilihat agak mencabar dan kompetitif tahun ini.
Pengarah Urusan Habib Datuk Meer Sadik Habib juga berkata, Malaysia kini menjadi antara lokasi pilihan untuk membeli barangan kemas.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini“Selain jualan dalam negara, kami juga banyak mengeksport barang kemas ke luar negara,” katanya ketika ditemui di Majlis Pembukaan Bilik Pameran Habib di pusat membeli-belah The Curve di Damansara, semalam.
Meer Sadik berkata, ianya adalah bilik pameran Habib yang ke-31 dan satu-satunya bilik pameran premium yang menawarkan kesemua produk Habib.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Sebelum ini kami memang ada bilik pameran di The Curve tetapi kami memutuskan untuk menukar ke lokasi baru ini supaya lebih strategik.
“Kami juga akan membuka beberapa bilik pameran Habib tahun hadapan di lokasi yang masih belum ada rangkaian Habib seperti Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya.