Tips – Teknik Averaging Emas

Salam semua… kali ini saya nak bagi tips kepada anda untuk membuat satu teknik yang dinamakan AVERAGING EMAS…. teknik ni memang senang digunakan dan sememangnya di pakai oleh otai otai emas.Teknik yang paling mudah, menggunakan simple matematik saje.

Pada ketika harga murah inilah peluang kita dapat membeli emas secara murah dan banyak. Saya juga telah membeli pada ketika harga tinggi, jadi pada ketika harga murah ini, saya membeli lagi bagi memuratakan harga modal saya.

Konsep mudah tetapi memerlukan ilmu

sebagai contoh :

katakan anda membeli sekeping 1 dinar pada ketika harga RM700. dan ketika sekarang harga 1 dinar telah menjadi RM 550. jadi jika anda membeli 1 dinar lagi pada harga sekarang, bermakna anda sudah pun memuratakan modal asal anda

contoh pengiraan
( RM700 + RM550 ) / 2
= RM 625 (average)

modal anda sekarang adalah RM 625sahaja.

Jadi jika pada ketika harga rendah anda beli lagi banyak, maka anda juga boleh mengurangkan modal ketika membeli pada harga tinggi.

Kepada pembaca diluar sana yang ada emas fizikal tetapi tak tahu nak buat apa. boleh la tanya saya. saya akan share cara bagaimana nak dapat cash dan beli lagi pada ketika harga emas tengah murah ini.InsyaAllah saya akan cuba membantu anda.

Setiap kejadian ada hikmah disebaliknya. yang penting bersyukur dan sabar. harap anda semua juga menjana keuntungan.

: emasfaiz.blogspot.com

Tips – Teknik Pajak & Untung

TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu
2. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank.
3. Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu.
4. Kira keuntungan.

TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL KEMUDIAN PAJAK, KEMUDIAN BELI EMAS FIZIKAL LAGI.
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (dapat 65% pinjaman)
2. Beli lagi emas fizikal dengan duit 65% tersebut.
3. Pajak semula emas fizikal tersebut dan dapat lagi 65% pinjaman
4. Beli lagi emas fizikal dengan 65% pinjaman tersebut. Boleh ulang-ulang proses nie.
No problem kalau modal anda besar.
5. Bila harga emas naik, jual emas fizikal tersebut pada harga tinggi.
6. Tebus balik semua emas yang dipajak kat Ar-Rahnu.
7. Kira keuntungan anda.

: emasfaiz.blogspot.com

Apakah Mutu Barang Kemas Anda?

Emas boleh dimanipulasi oleh tukang emas dengan apa cara pun yang di ingini bergantung kepada kepakaran dan kemahirannya. Emas boleh dibentuk dengan berbagai bentuk, ia tidak mudah patah walaupun sebesar helaian rambut. Tahukah anda? satu auns emas boleh ditempa menjadi lembaran tipis ultra seluas sepuluh kaki persegi. Sifat emas tulen tidak terjejas atau sebam dengan elemen lain, tetapi tidak seperti logam-logam lain yang boleh menghasilkan residu dan berpindah ke kulit pemakainya sebagai daki atau kotoran. Biasanya ia menjadi masaalah bagi orang yang mempunyai alergi atau alahan logam yang digabungkan dengan emas, tetapi perlu difahami bahawa emas itu sendiri sebenarnya tidak mendatangkan masalah.

Apakah Mutu Perhiasan Emas Anda?

Adakah cincin di jari anda ditandakan 916, 950, 14K atau 18K? Untuk pengetahuan anda nombor menunjukan peratus kandungan emas tulen dan K mewakili karat, 1 karat bersamaan 200 mg, Semakin tinggi nombor karat, bermakna semakin tinggi kandungan emas dalam perhiasan emas anda seperti dibawah.

Standard Emas Malaysia

999 – 24K
950 – 23K
916 – 22K
875 – 21K
835 – 20K
750 – 18K
585 – 14K
375 – 9K

Emas di Malaysia lebih popular seperti bawah

1) Emas 10 atau 999 – 24K – 99.9% kandungan emas
2) Emas 950 – 23K – 95.4% kandungan emas
3) Emas 916 – 22K – 91.6% kandungan emas

* 24k gold, adalah emas tulen.
* 18K gold, mengandungi 18 bahagian emas dan 6 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 75% emas.
* 14k gold, mengandungi 14 bahagian emas dan 10 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 58,3% emas.
* 12k gold, mengandungi 12 bahagian emas dan 12 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 50% emas.
* 10K gold, mengandungi 10 bahagian emas dan 14 bahagian daripada satu atau lebih tambahan logam, sehingga 41.7% emas. (10K emas karat adalah kandungan minimum yang boleh disebut “emas” di Amerika Syarikat).

Tanda Mutu bagi Negara Eropah

Perhiasan emas Eropah ditandakan dengan nombor-nombor yang menunjukkan peratusan kandungan emas mereka, seperti dibawah:
* 18K gold, ditandakan 750 untuk menunjukkan 75% emas
* 14K gold, ditandakan 585 untuk menunjukkan 58.5% emas
* 10K gold, ditandakan 417 untuk menunjukkan 41.7% emas

Tanda-tanda lain pada Perhiasan Emas ?

Selain dari tanda karat pada perhiasan emas anda, ia juga perlu disertai dengan tanda atau cop dagangan untuk mengenal pasti pembuatnya. Tanda negara asal barangan mungkin juga akan disertakan.

Di kebanyakan negara di dunia undang-undang menghendaki setiap barang kemas secara jelas dicop dengan simbol karat. Ia sering dikawal melalui sistem “Hallmarking” yang berasal dari London di “Goldsmiths’ Hall” mulai abad ke 14. Hari ini “Hallmarking” adalah diwajibkan di Belanda, Mesir, Britain, Peranchis dan Bahrain. Jika tiada undang-undang yang mengawalnya, pengilang akan sewenang-wenangnya mengecop sendiri barang kemas mengikut cop tanda perusahaan mereka termasuk karat dan ketulenan.

Hallmark ialah satu tanda atau beberapa siri tanda dicetak pada logam berharga seperti platinum, emas, perak dan di sesetengah negara, palladium.
Hallmark sering disalah ertikan dengan perkataan trademark. Hallmark ialah satu tanda rasmi yang mengesahkan ketulenan sesuatu logam, trademark pula adalah pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan dan membuat sesuatu produk.
Common Control Mark atau CCM yang biasa dilihat pada emas, perak & platinum.

Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain?

Emas tulen tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dipakai sehari-hari kerana lembut, ia perlu dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Menambahkan tembaga menghasilkan warna mawar atau merah muda.

Emas diguna Sebagai Salutan (Coating)
Berbagai kaedah mekanikal digunakan untuk menerapkan lapisan emas kepada logam selain emas supaya sesuatu barang kemas itu menjadi jauh lebih murah. Semakin tebal lapisan emas disalutkan, bemakna semakin tahan lama dan sukar logam di dalamnya terdedah disebabkan hakisan.

Kandungan Emas Dalam Barang Kemas
Kebanyakan barang-barang kemas baru telah ditanda yang menunjukkan berapa banyak dan apa jenis emas digunakan untuk salutan. Contoh yang ditulis 1/20 12k GF bermaksud bahawa perhiasan tersebut 1/20 berdasarkan berat emas 12k.

Emas diguna Sebagai Saduran (Plating)
Saduran emas adalah proses yang menggunakan kaedah elektrolisis. Lapisan emas pada barang kemas yang menggunakan kaedah saduran biasanya lebih nipis berbanding dengan emas dalam bentuk emas salutan, mungkin anda pernah terdengar istilah-istilah seperti mencuci emas atau mengilatkan barang kemas secara percuma setahun sekali apabila membeli barangan kemas mereka, ini menggambarkan lapisan emas yang disadurkan sangat tipis dan tidak bermanfaat atau tahan lama dan perlu di sadur semula.

Jadi, Apa yang Harus Anda Beli?
Emas tumpat (Solid gold) adalah tahan lama, ia merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau alahan. Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah yang mempunyai kandungan emas, seperti emas 18K atau 22k. Emas tumpat senantiasa mempunyai nilai samaada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun ianya tetap bergantung kepada kemampuan kewangan anda.

www.facebook.com/azrulsyahrizan.abrahman?hc_location=stream

Tips Mencuci Barang Kemas Sendiri

Barang Kemas

  • Rendam barang kemas dalam air suam selama satu jam. Lepas tu guna berus gigi yang da buruk tu tp makesure berus gigi tu lembut tau (pastikan berus gigi kat kedai rm2)..hihihi Bubuh ubat gigi ckit..korg cuci jela keliling barang kemas tu.Pastu bilas dan rendam semula dengan air selama sejam. Pastu kuakan sejatkan atas kain kering.

  • Rendam barang-barang kemas dalam air asam jawa selama 4 jam, then keluarkan basuh ngan air biasa je. Keringkan dengan kain yang bersih.(hhaaa ni korg akn fikir lama kn..So nk buat bnda ni, korg ley buat pepagi pastu korg g la buat kje umah..Confirm jap je korg rasa)

  • Rendamkan teh cina dan biarkan semalaman..Kemudian barulah rendam barang kemas tersebut..dalam sejam korg bersihkan mcm biasa..tp lagi lama lagi bagus..
  • Campurkan air asam jawa dan limau nipis, kemudian rendamkan barang kemas tersebut.,

Barang Silver

  • Barang silver ni korg still boleh nk follow cara kt atas tu..Tapi ade 1 tambahan barang silver ni lagi senang nk cuci.
  • Campurkan perahan limau nipis dan garam dalam semangkuk air kemudian anda boleh mencuci barangan perak tu terus..Bila da cuci korg akan nmpak mata korg silau sebab berkilat 🙂

  • Nk lagi senang terus tanggalkan je gelang or cincin korg tu pastu g bilik air smbil nk mndi tu korg kne berus gigi kn..Tapi yang ni korg amik la berus gigi yg da buruk pastu bubuh gak ubt gigi cuci je silver tu..Terus berkilat..Jimat RM5 ringgit..$$$$

Ok Selamat mencuba ya…

oopssechafiq886.blogspot.com/2012/10/mencuci-barangan-emas-dan-perak.html?zx=8bed66f1359b88ae

Beberapa Fakta Tentang Emas

  1. PERKATAAN” GOLD” BERASAL DARI PERKATAAN LAMA BAHASA INGGERIS”GEOLU”BERMAKSUD KUNING.
  2. SEKITAR 161.000 TAN EMAS YANGN TELAH DI LOMBONG OLEH MANUSIA.
  3. TERDAPAT JUMLAH ANGGARAN 10 BILION TAN EMAS DI LAUTAN DUNIA,ITU ADALAH 25 TAN EMAS BAGI SETIAP KILOMETER PADU DI LAUT.
  4. MATA WANG KEBANYAKKAN EKONOMI BARAT ADALAH MENGGUNAKAN STANDARD EMAS SEHINGGA TAHUN 1961.
  5. SWITZERLAND ADALAH NEGARA TERAKHIR WHOSECURRENCY TERIKAT KEPADA EMAS.40% FRANC SWITZERLAND TELAH DISOKONG OLEH EMAS SEHINGGA SWITZERLAND MENYERTAI IMF PADA TAHUN 1999.
  6. DUIT SYILING EMAS PALING MAHAL DI DUNIA IALAH 1933 DOUBLE EAGLE,YANG DIJUAL DI SOTHEBY DI NEW YORK PADA TAHUN 2002 UNTUK $7,59 JUTA.
  7. ELVIS PRESLEY MEMILIKI TIGA KERETA YANG DI KELUARKAN OLEH SYARIKAT MOTOR STUTZ,DI MANA TIAP-TIPA BAHAGIAN YANG BIASANYA KROM TELAH DI TUKAR KEPADA EMAS.
  8. EMAS YANG TULIN TIDAK MENYEBABKAN KEGATALAN KULIT.
  9. SESETENGAH PESAKIT ARTRITIS REUMATOID MENERIMA SUNTIKAN CECAIR EMAS UNTUK MELEGAKAN KESAKITAN.
  10. DUA PERTIGA EMAS DUNIA DATANGNYA DARI AFRIKA SELATAN.
  11. INDIA MERUPAKAN PENGGUNA TERBESAR DI DUNIA EMAS PADA HARI INI.
  12. PENYELIA TOPI KELEDAR ANGKASAWAN DISALUT DALAM SATU LAPISAN YANG SANGAT NIPIS,TELUS EMAS (0,000002 INCI) YANG MENGURANGKAN SILAU DAN HABA DARIPADA CAHAYA MATAHARI.
  13. NUMBER ATOM UNTUK EMAS ADALAH (79)
  14. EMAS DI GUNAKAN SEBAGAI LOGAM UNTUK MATA WANG DAN IA ADALAH SIMBOL KEMEWAHAN DAN SIMPANAN KAKAYAAN INDIVIDU.
  15. PADA TAHUN 2008,CHINA TELAH MEMINTAS AFRIKA SELATAN SEBAGAI PENGELUAR TERBESAR EMAS DI DUNIA.INI KALI PERTAMA BERLAKU SEJAK AFRIKA SELATAN MULA MENGELUARKAN EMAS PADA TAHUN 1905.
  16. EMAS DI GUNAKAN SECARA MELUAS DI SELURUH DUNIA SEBAGAI TAMBATAN MATA WANG.AMAUN EMAS YANG DISIMPAN BANK NEGARA SAMA JUMLAH DENGAN NILAI WANG KERTAS YANG DI CETAK UNTUK DIGUNAKAN DALAM URUSAN SEHARIAN.
  17. TAMADUN MELAYU SRIVIJAYA&MAJAPAHIT MENGGUNAKAN EMAS SEBAGAI MATA WANG UNTUK PERDAGANGAN MARITIM.
  18. NABI SULAIMAN DAN EMPAYAR AGUNGNYA MENGHIASI ISTANA & KERAJAAN NYA DENGAN EMAS.

cassagold.com/artikel3.html

Susutnya Nilai Tunai Setiap Tahun Berbanding Emas

Saya pasti anda semua sedar bahawa jika kita bandingkan tempoh 10 tahun yang lepas dan masa kini sangat berbeza dari segi kemampuan membeli. Dahulu, dengan RM200 troli pasaraya itu akan penuh setiap kali kita pergi berbelanja pada hujung bulan. Kini, RM200 tidak lagi dapat kita belanjakan untuk mendapat barang yang sama banyak. Mengapa?

Pelbagai fakta kita cuba kaitkan seperti, kos buruh meningkat, kos bahan mentah meningkat, kos pembuatan meningkat dan sebagainya. Sebenarnya, perkataan yang paling tepat untuk menjelaskan semua ini adalah INFLASI.

Inflasi menyebabkan kuasa beli kita terhadap tunai yang kita miliki berkurangan dari masa ke semasa. Inflasi menyebabkan kita terpaksa menambah tunai kita lebih banyak lagi untuk sesuatu barang yang sama tahun demi tahun.

Jadi, sekiranya anda menyimpan wang di dalam bank selama 1 tahun dan mendapat pulangan katakan 8% setahun, jangan terlalu gembira. Ini kerana itu merupakan pendapatan kasar anda. Dapatkan laporan kadar inflasi negara dahulu untuk tahun tersebut, barulah anda tolakkan dengan apa yang anda terima.

Ini berbeza sama sekali jika dibandingkan dengan menyimpan emas. Emas bersifat pengekal nilai dan tidak akan mengurangkan kuasa beli anda berdasarkan apa yang anda simpan. Saya berharap posting ini dapat memberi gambaran kepada anda tentang sifat emas yang mengekalkan nilai & juga memberi kefahaman bahawa simpanan tunai perlu mendapat pulangan yang tinggi kerana anda belum menolak nilai susutnya kuasa beli yang berlaku.

serambiemas.com/berita/susutnya-nilai-tunai-setiap-tahun-berbanding-emas/

Fahami Konsep Memiliki Emas Dengan Pinjaman Ar-Rahnu

Pernahkah anda terfikir bahawa membeli emas adalah sama ertinya seperti anda membeli sebuah rumah atau tanah atau apa-apa aset yang lain. Kita sering terlupa bahawa emas juga merupakan aset. Oleh kerana kita hanya memandang emas sebagai barang perhiasan maka pihak yang mendapat keuntungan selalunya golongan yang terlibat di dalam perniagaan emas. Namun begitu, kini saya percaya ramai yang semakin sedar akan perkara ini.

Cuba kita buat penelitian terhadap aset lain seperti rumah dan tanah. Apakah hasil yang kita perolehi dari memilikinya? Kita akan mengaitkan rumah dan tanah petempatan dan juga aset yang mampu memberi kenaikkan nilai selepas tempoh tertentu. Kini gantikan rumah dan tanah kepada emas. Sama bukan?

Ada pihak yang akan mengatakan bahawa rumah atau tanah boleh dibeli melalui pinjaman. Emas tidak. Di sinilah sebenarnya kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakkan orang. Mereka terlupa bahawa konsep Ar Rahnu hampir sama dengan konsep membeli rumah atau tanah. Saya akan cuba jelaskan dengan cara yang termudah untuk difahami. Saya akan bahagikan kepada beberapa proses.

Pertama = Proses Membeli.
Membeli rumah atau tanah, tidak perlu bayar harga penuh rumah tersebut. Hanya membayarbayaran pendahuluan (lebih dikenali sebagai duit muka). Proses pertama adalah antara anda dan pemaju atau pemilik tanah.

Kedua = Pinjaman Dari Bank
Proses kedua ini melibatkan pihak ketiga iaitu bank memberi anda pinjaman untuk menjelaskan bagi pihak anda, baki bayaran yang masih anda berhutang dengan pemaju atau pemilik tanah.

Ketiga = Bayaran Semula
Anda kini berhutang dengan pihak bank. Ini kerana pihak bank telah membayar hutang anda dengan pemaju atau pemilik tanah. Bank akan menetapkan bayaran bulanan pinjaman beserta kadar faedah (konvensional) atau kadar keuntungan (perbankan Islam) yang mesti dibayar setiap bulan.

Keempat = Memiliki Sepenuhnya Atau Menjual
Anda memiliki pilihan di sini. Sama ada anda ingin membayar hingga selesai pinjaman tersebut dan menjualnya, atau anda melihat kadar kenaikkan rumah atau tanah tersebut. Sekiranya harganya naik tinggi anda mungkin menjualnya lebih awal sekiranya hutang anda dengan bank dapat dibayar penuh dan mendapat lebihan tunai tambahan daripada jualan tersebut (membuat keuntungan).

Sebenarnya konsep ini juga boleh dipraktikkan dengan menggunakan kemudahan kredit yang ditawarkan Ar Rahnu. Proses yang sama sahaja dari proses pertama hinggalah proses keempat.

Malah terdapat beberapa kelebihan lain lagi yang terdapat pada emas. Saya akan nyatakan kelebihannya di bawah ini;

1. Pembelian emas boleh dimulakan secara kecil-kecilan dengan konsep ini. Ia bermodalkan serendah RM1000 dan selebihnya berdasarkan kemampuan anda. Sekiranya tanah atau rumah pasti lebih.

2. Sistem Bayaran Semula Ar Rahnnu, tidak mewajibkan anda membayar pokok pinjaman setiap bulan. Apa yang wajib adalah bayaran upah simpan setelah 6 bulan ia di bawah simpanan bank.

3. Faedah dari kenaikkan harga boleh diambil bila-bila masa sekiranya berlaku kenaikkan harga (bahagian ini saya rasa perlu penjelasan lebih mendalam, tetapi tiada apa yang terselindung).

4. Tiada “locking period”, di mana anda boleh membayar penuh pada bila-bila masa (sekiranya membeli tanah atau rumah, walau anda selesaikan segala pinjaman awal di dalam tempoh “locking period”, anda tetap akan dikenakan penalti).

5. Tiada dokumentasi untuk menyemak kemampuan anda membayar semula pinjaman. Anda hanya perlu bawa kad pengenalan. Tidak seperti membeli tanah atau rumah. Pinjaman untuk emas memberikan anda kelayakan membeli 100% selagi anda tidak diisytiharkan muflis.

Memandangkan sudah ada kemudahan kredit sebegini, mengapa anda perlu tunggu lebih lama lagi. Harga emas dijangkakan akan meningkat jauh lebih tinggi lagi sepanjang tempoh 2 tahun akan datang. Untuk anda membeli aset lain, modal yang anda perlukan jauh lebih tinggi. Anda boleh bertindak sekarang untuk berjimat atau bertangguh dan membayar harga yang lebih tinggi lagi di masa akan datang.

http://serambiemas.com/berita/memahami-konsep-memiliki-emas-dengan-pinjaman-ar-rahnu/

Tips dan Info Emas & Perak

TIPS DAN INFO EMAS & PERAK
SEBAGAI PANDUAN KITA:-

Sedikit perkongsian asas berkenaan Garis Panduan Pelaburan Emas dan Perak :

Pelaburan = Duit / Wang / Aset yang di belanjakan dengan mengharapkan pulangan keuntungan
Emas / Perak = emas fizikal pada harga emas semasa.. BUKAN SAHAM, BUKAN SHARE, BUKAN LOT.

Harga Emas Semasa : ada 3 jenis harga :

1 : Spot price : reference kitco.com – kira mcm harga bahan mentah – terbaik la kalau boleh dpt fizikal pada harga ni.

2 : Company price : seperti GSR, Gcp dan publicgold. ada 2 harga, yakni Harga Customer dan Harga Dealer.

Jika yang tertera pada website tu biasanya Harga Customer.

3: Kedai Emas price : cth : pohkong, tomei, habibjewels dan kedai2 emas fizikal yg sepertinya. harganya akan lebih mahal sedikit dr 1 & 2 kerana faktor2 peruncitan dan kos upah design yg agak tinggi tetapi berbaloi la dgn design nya yg cantik kan.

Contoh 1 : sekiranya anda berminat utk beli / membuat pelaburan rantai tangan emas 10 gram pada purity 999

recommendation 1 : sekiranya anda beli rantai tangan 10 gram 999 utk pakai sbg perhiasan. maka perlukan design yang cantik. jadi beli la kat kedai emas terdekat seperti poh kong atau habib jewels atau yg berkaitan. ( sudah pasti harganya lebih tinggi dr beli di company seperti GSR. Gcp, dan public )

recommendation 2 : sekiranya anda beli rantai tangan 10 gram 999 utk pelaburan : maka seeloknya membeli dari company seperti GSR. gcp, atau public. kerana harganya agak jauh lebih murah. lebih2 lagi jika anda sebagai dealer.

jika anda terdesak nak guna duit pun rantai tangan yang dibeli dari company ni pun boleh di simpan / pajak dan ia DITERIMA di ar rahnu samada bank rakyat , agro bank atau yapeim pada harga yang lebih tinggi( anda dpt duit ) dari kedai emas biasa.

Bagi Pelaburan Emas : seperti yg kita semua sedia maklum, bukan anda beli hari ni kemudian esok dah nak jual dan nak mengharapkan keuntungan berganda seperti skim cepat kaya tu. Konsep simpan nya adalah seperti anda simpan ASB. dalam setahun ke atas baru nmpak hasilnya yg lebih memberangsangkan.

kasgoldsilver.wordpress.com

Emas & Perak Sebagai Aset Kekayaan

Hadith Nabi Muhammad S.A.W: Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullah S.A.W bersabda : Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal dan boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Emas Dan Perak. (Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)

SIMPANLAH EMAS DAN PERAK UNTUK MELINDUNGI ASET DAN KEKAYAAN ANDA DARI INFLASI ~ EMAS DAN PERAK JUGA ADALAH INSTRUMENT PELABURAN JANGKA PANJANG YANG STABIL DAN TIDAK PERNAH MENGECEWAKAN PEMILIKNYA.

FAKTA : Simpan Wang Rugi, tetapi Simpan Emas & Perak UNTUNG

RUGI menyimpan wang kerana.

  • Keuntungan setakat 4-9% dalam setahun jika disimpan atau dilaburkan
  • Hanya pihak bank yang beli matawang
  • Ekonomi merudum, nilai matawang turut jatuh teruk
  • Hari demi hari nilai matawang semakin murah
  • Sifatnya yang mudah dicetak dan menyebabkan inflasi
  • Wang dalam bentuk kertas ataupun syiling boleh dimusnahkan dan tidak lagi boleh digunakan
  • Matawang ringgit Malaysia hanya boleh digunakan di negara kita dan tidak di negara lain.

UNTUNG menyimpan EMAS dan PERAK kerana..

  • Simpan emas boleh untung dengan kenaikan 30%-40% setahun manakala simpan perak boleh untung sehingga 100% setahun
  • Terdapat banyak pihak yang bersedia untuk membeli emas & perak jadi tak rugi anda menyimpannya
  • Ekonomi merudum, harga kekal atau menjadi lebih tinggi
  • Sebaliknya emas & perak semakin lama semakin mahal nilainya
  • Emas & perak sukar untuk diciplak dan sangat berpotensi meningkatkan ekonomi
  • Emas & perak walaupun dilentur, dicairkan, nilainya masih mahal dan boleh digunakan
  • Emas & perak diakui di seluruh dunia

KENAPA MENYIMPAN EMAS DAN PERAK?
Emas dan perak adalah salah satu alternatif untuk anda mengekalkan aset dan melindungi kekayaan anda. Ini kerana emas dan perak menawarkan nilai yang selamat dan mudah untuk diperdagangkan. Emas dan perak juga bertindak sebagai menyimpan nilai kerana ia memenuhi fungi seperti wang. Ianya mudah dialihkan dan mudah dibahagikan. Ianya logam yang sukar dimusnahkan dan tidak boleh dicipta daripada bahan lain dan kekal berharga walau dalam keadaan apa sekalipun. Ia juga mudah dikenali dan diterima sebagai satu medium pembayaran/pertukaran barangan.

FAEDAH DARIPADA MENYIMPANAN EMAS DAN PERAK
1. Untuk mendapatkan pulangan yang lebih tinggi dengan kenaikan emas harian
2. Perbezaan harga yang kecil di antara harga jualan dan harga belian (sekitar 4-8%).
3. Harga ditawarkan di dalam kemampuan setiap orang bagi pembeliaan awal dan seterusnya mengikut harga semasa.
4. Emas adalah pelindung nilai terbaik daripada kesan inflasi.
5. Sebagai alternatif kepada portfolio simpanan emas dan perak dengan harga murah berbanding barang perhiasan yang telah dikenakan kos tambahan dan upah.

Celik Emas VS Buta Emas

Celik Emas

1.Mula sedar tentang emas-lalu membuat research mengenainya sama ada melalui forum-forum di internet,blog-blog,laman sosial atau bahan-bahan bacaan bercetak

2.Perasaan ingin tahu yang sangat kuat dan merasakan aura emas.

3.Merasa tidak sabar untuk memiliki emas,dan apabila memiliki emas,akan timbul perasaan teruja yang mendorong penyimpan emas untuk menceritakan tentang emas kepada orang lain pula

4.Timbul kesedaran mengenai helah wang kertas dan berusaha untuk mencari lebih maklumat mengenainya.

5.Menyedari akan hakikat bahawa wang yang sebenar ialah dinar dan dirham,namun untuk mengaplikasikannya sekaligus amatlah payah.Maka usaha untuk menggunakannya secara kecil-kecilan dalam komuniti kecil amatlah sesuai di peringkat awal ini.

6.Mengambil langkah memperkenalkan emas dan perak terlebih dahulu dan menggalakkan orang lain menyimpan emas sebagai aset yang unggul,kalis inflasi dan mengelakkan dari menyimpan wang kertas yang susut nilai.Simpanan wang kertas hanyalah untuk keperluan seharian dan sebagai medium pertukaran on the spot.

7.Sedar wang kertas penuh dengan riba,dan berusaha untuk mengurangkannya kerana untuk membuang 100% belum dapat lagi dilaksanakan.Maka dengan simpanan emas dan seterusnya penggunaan dinar dan dirham dapat mengelakkan dari riba secara terus menerus.
” Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah SWT (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala yang menyusahkannya)”

8.Bertindak menjadi peniaga emas untuk memudahkan usaha untuk memperkenalkan emas kepada lebih ramai orang.Ini juga dapat meningkatkan ekonomi orang Islam dari seorang umat kepada seorang umat yang lain.
Sabda Nabi SAW
“Peniaga yang benar dan jujur lagi beramanah,Allah SWT akan menempatkan mereka bersama para Nabi,Sidiqqin, dan para Shuhada”
-Riwayat At Tarmizi

Kategori Peminat Emas
1.Menjadikan emas hanya untuk mencari keuntungan melalui jual beli semata-mata-tidak menyebarkan ilmu emas
2.Menyampaikan info tentang emas dan menyimpan emas tapi tidak mampu mengedarkan emas kerana bukan pengedar emas
3.Menyimpan emas dan mengedarkan emas sambil menyampaikan info tentang simpanan emas
4.Menyimpan emas untuk dirinya dan keluarganya sendiri-dan tidak menyebarkannya.Baginya memadai untuk dirinya sendiri.Alangkah bagusnya jika golongan ini buang rasa mementingkan diri sendiri dan kasihan kepada golongan yang buta emas lalu menyampaikan kebenaran…

Buta Emas

1.Tidak tahu apa -apa tentang emas.Tidak ada sesiapa yang menyampaikan tentang kepentingan emas,rahsia wang kertas dan sebab untuk mereka menyimpan emas.

2.Pernah dengar dan baca tentang emas-tetapi tidak meneruskan usaha untuk menggali lebih info tentang emas.Akhirnya buta emas

3.Seseorang telah menyampaikan tentang emas kepada golongan ini,namun mereka berada di zon selesa menyimpan wang kertas dan langsung tidak membuka hati untuk mengetahuinya lebih lanjut.Kesilapan golongan ini ialah kerana merasakan yang penyampai hanya ingin menjual barang dan tak mahu terlibat.Tak kurang yang takut jika ini adalah skim dan bimbang tertipu.

4.Menjual emas tetapi dia sendiri tidak menyimpan emas-hanya untuk keuntungan semata-mata.Sayang kerana si buta emas hanya pandai menjual namun diri sendiri tidak menyimpan.Yang membeli emas dengan golongan seperti ini juga jadi penyimpan emas yang tidak tahu apa-apa.Dan diajar untuk ‘buy low,sell high (konsep pelaburan).Emas adalah simpanan dalam erti kata yang sebenar dan bukanlah pelaburan semata-mata.Namun menjadikannya pelaburan tak salah,tapi ada caranya.

5.Langsung tidak tahu mengenai dinar dan dirham.Kalau tahu atau pernah dengar sekalipun,mereka tak tahu apa fungsinya yang sebenar.Mereka tidak tahu ia adalah untuk tujuan muamalat (jual dan beli)

6.Tidak kisah dengan riba ,tidak faham,tidak berusaha ambil tahu dan mengendahkan larangan yang jelas disampaikan melalui khutbah terakhir Rasulullah SAW.

Kesimpulannya,masyarakat harus celik emas dan tugas menyebarkan tentang kebaikan menyimpan emas adalah tanggungjawab sosial dan menyebarkan tentang penggunaan matawang Islam Dinar dan Dirham pula tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Janganlah kita malu menjadi penyimpan emas mahupun peniaga emas kerana apa yang kita lakukan adalah jihad. Jihad dalam menentang riba dan monopoli oleh kapitalisme.

www.jutawangold.com