Saudagar Emas Didik Bakal Pelabur Di Bandar Kecil Mengenai Niaga Hadapan Emas


KUALA LUMPUR (Bernama) — Persatuan Saudagar Emas dan Permata Malaysia akan mengadakan siri jelajah dan mengendalikan seminar sebagai usaha untuk mendidik pelabur berpotensi di bandar-bandar kecil dalam perdagangan niaga hadapan emas.

Presidennya Datuk Ng Yih Pyng berkata minat terhadap perdagangan niaga hadapan emas dalam kalangan pelabur awam adalah tinggi tetapi “masih suatu yang baharu kepada mereka di luar bandar-bandar. ”

“Terdapat ramai orang di luar sana, orang-orang yang sangat berminat dalam dagangan niaga hadapan emas (di Bursa Malaysia) tetapi sudah tentu, mereka tidak biasa dengan perdagangan jenis ini,” katanya kepada Bernama di luar acara majlis pelancaran kontrak hadapan emas Bursa Malaysia Derivatif pada Khamis.

Ng berkata orang ramai biasa dengan perdagangan emas fizikal tetapi tidak biasa dengan perdagangan di atas kertas.

Pasaran niaga hadapan emas, kontrak niaga hadapan emas bersaiz kecil dalam mata wang ringgit adalah kontrak penyelesaian tunai, tanpa emas fizikal.

“Kami sudah memulakan siri jelajah penerangan untuk menarik mereka berdagang emas melalui kontrak niaga hadapan. Mendidik orang ramai termasuk anggota kami tentang kontrak ini dan memastikan mereka memahami tentang perdagangan tersebut akan mengambil masa,” katanya.

Persatuan itu juga akan mengadakan seminar untuk anggotanya yang seramai 1,600 mengenai tawaran baharu oleh pengendali bursa saham tempatan itu, kata Ng.

Beliau berkata pengenalan kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif merupakan langkah yang positif untuk industri.

Beliau berkata ia akan membolehkan peserta pasaran melindung nilai pegangan emas mereka terutamanya dalam pasaran yang tidak menentu.

“Ia juga memperkenalkan platform tambahan dan dikawal selia dengan baik untuk pelabur mempunyai pegangan dalam emas,” katanya.

Kontrak niaga hadapan logam berharga yang pertama di Malaysia itu akan memulakan perdagangan di Bursa Malaysia pada 7 Okt ini.

Kontrak dalam denominasi ringgit itu akan didagangkan dalam saiz kontrak kecil 100 gram, membolehkan pelabur berdagang dalam kuantiti yang kecil dengan itu mampu untuk dilabur.
Denominasi ringgit akan meminimumkan risiko yang dikaitkan dengan keadaan turun naik mata wang asing, dengan itu menyediakan kemudahan dan fleksibiliti untuk berdagang emas di Bursa Malaysia.

— BERNAMA

Tips Mencuci Barang Kemas Di Rumah

Ianya sangat mudah untuk memastikan barang kemas anda berkilat sama seperti pada hari pertama anda membelinya. Dengan jadual harian yang sibuk, sudah semestinya kita jarang mempunyai masa untuk pergi ke kedai semata-mata hendak mencuci emas.

Jangan risau, sekarang anda boleh membersihkan barang kemas anda di rumah hanya dengan bahan-bahan seperti antasid, kerajang aluminium dan cuka. Teruskan membaca untuk mengetahui betapa senangnya untuk mengilatkan barang kemas anda seperti baru.

Ammonia
Berlian merupakan kawan baik setiap wanita, namun tidak apabila ia kotor! Rendam perhiasan berlian anda dalam larutan 1 cawan air suam dan 1/4 cawan ammonia selama kira-kira 15 minit, kemudian gunakan berus gigi lembut untuk menggosok baki-baki kotoran, terutamanya di celah-celah dan di bawah berlian.

Cuka putih
Mencuci emas dan barang perhiasan batu permata tidak akan menjadi lebih mudah tanpa cuka putih. Hanya letakkan barang kemas anda ke dalam bekas berisi cuka putih dan biarkannya selama 10 hingga 15 minit. Kemudian, keluarkan dan gosok dengan menggunakan berus gigi lembut jika perlu.

Antasid
Kuasa fizzing yang berfungsi untuk melegakan perut anda juga sebenarnya boleh membersihkan barang kemas anda. Titiskan dua tablet antasid ke dalam segelas air suam, kemudian letakkan barang-barang kemas anda ke dalamnya. Biarkannya selama dua minit dalam keadaan berbuih, kemudian keluarkan dan bilas dengan air suam.

Kerajang aluminium
Gunakan kerajang aluminium untuk membersihkan perhiasan perak anda yang kotor. Sediakan satu dulang dengan sekeping kerajang aluminium yang direnyukkan dan letakkan barang-barang kemas anda di atasnya. Taburkan soda penaik ke atas barang kemas tersebut, kemudian tuangkan air panas. Hasilnya, kotoran daripada perhiasan perak akan dipindahkan ke kerajang aluminium. Oleh itu, anda perlu memastikan semua permukaan perhiasan perak bersentuhan. Kemudian, bilas dengan air suam.

Sabun dan air
Untuk bahan perhiasan yang lembut seperti mutiara, anda lebih memerlukan sabun dan air sebagai cara terbaik untuk mencucinya. Bersihkan mutiara anda dengan mencelupnya beberapa saat ke dalam larutan 2 cawan air suam dan beberapa titik pencuci yang lembut. Kemudian, lap setiap butir mutiara dengan kain kapas yang lembut dan kering. Manakala, barang perhiasan seperti batu ‘turquoise’ tidak memerlukan sabun untuk bersih. Hanya celup berus gigi yang berusnya lembut ke dalam air suam dan gunakannya untuk menggosok batu ‘turquiose’. Selepas itu, keringkannya dengan kain yang bersih dan dedahkannya dengan udara kering selama beberapa jam sebelum simpan.

Peringatan: Kaedah menggunakan bahan kimia atau pencuci yang kasar tidak digalakkan untuk mutiara sebaliknya, gunakan sabun dan air sahaja.

Lelaki Seludup Janin Panggang Bersalut Emas

 

 

 

Pelik ,  Lelaki Seludup Janin Panggang Bersalut  Emas | Seorang lelaki warganegara British, Hok Kuen Chow ditahan pihak berkuasa Thailand baru-baru ini kerana cuba menyeludup enam janin yang telah dipanggang dan bersalut emas ke Taiwan . Lelaki  yang dilahirkan di Hong Kong  ini mengaku kepada pihak polis, dia memang berniat untuk menjual janin-janin ini ke Taiwan. 

Hok Kuen Chow dilaporkan telah membeli janin ini dengan harga US $ 6.500 dari “agen” yang tidak disebut namanya. Dan dia dijangka akan menjualnya kembali di Taiwan dengan harga lebih tinggi iaitu enam kali ganda.

Menurut laporan dari pihak polis, para pelanggan Hok Kuen Chow di Taiwan menggunakan janin-janin ini untuk sebuah ritual ilmu hitam yang di percayai boleh membawa keuntungan besar dalam perniagaan

Bank Rakyat Bakal Menambah Kedai Pajak Islam

BANK RAKYAT  merancang untuk menambah kedai pajak gadai Islam Ar Rahnu Exchange di seluruh negara, menurut Pengarah Urusannya, Datuk Mustafha Abd Razak.

“Sepanjang tahun ini, 11 kedai Ar Rahnu telah dibuka di seluruh negara dan jumlah itu dijangka akan bertambah dengan pembukaan tujuh lagi cawangan pada masa akan datang.

“Tujuh yang dimaksudkan adalah di Semenyih (Selangor), Sungai Udang (Melaka), Masai (Johor), Sitiawan (Perak), Bandar Tasik Titiwangsa (Kuala Lumpur), Satok (Sarawak) dan Jeli (Kelantan),” katanya.

Selain itu, beliau memberitahu Bank Rakyat menyasarkan seramai 1,500 pelanggan akan mendapatkan khidmat di kedai Ar Rahnu yang baru dibuka di Benut, Pontian.

“Pembukaan cawangan baru di Benut ini memberi kemudahan kepada penduduknya kerana tidak perlu lagi bergerak sejauh 23 kilometer ke Bandar Pontian.

“Premis ini juga turut menempatkan mesin deposit dan pengeluaran wang untuk kegunaan orang ramai bagi melaksanakan urusan perbankan seperti pembayaran bil, pemindahan wang, dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, selain dapat menawarkan skim pajak yang selaras dengan kehendak agama, kaunter-kaunter Ar Rahnu juga dapat dijadikan sebagai satu mekanisme untuk program mikro kredit disediakan kerajaan.

“Sebagai sebuah entiti di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kami komited untuk mengukuhkan sektor koperasi.

“Ini kerana Bank Rakyat yang ditubuhkan pada tahun 1954 merupakan koperasi Islam terbesar di negara ini dengan aset berjumlah RM82.7 bilion sehingga Mac 2013,” katanya.

Habib perkenal koleksi Harimau Malaya

                                        Habib perkenal koleksi Harimau Malaya
Datuk Meer Habib (kiri) bersama duta koleksi Harimau Merdeka, pemain bola sepak kebangsaan Amri Yahyah (dua, kanan) semasa pelancaran koleksi itu di Kuala Lumpur, semalam. – FOTO: MUHAMMAD ZULFADHLI AHMAD ZAKI

HABIB Jewels Sdn Bhd (Habib) yakin mencapai sasaran jualan lebih RM400,000 menjelang hujung tahun menerusi koleksi terbarunya yang diilhamkan oleh Harimau Malaya sempena sambutan Hari Merdeka.

Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Habib berkata, melihat kepada maklum balas pelanggan, beliau optimis lebih RM100,000 jualan akan dapat dicapai dalam tempoh tiga hari.

“Pemilihan menggunakan harimau adalah sebagai inspirasi dan sebagai cara berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang bekerja keras jadikan negara ini contoh kepada ekonomi membangun di seluruh dunia.

“Kami juga yakin semangat harimau akan bawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi pada masa depan,” katanya selepas melancarkan koleksi itu di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, koleksi terbaru itu diperbuat daripada batu permata Tiger’s Eye dari Afrika Selatan yang memancarkan warna coklat kemerahan dengan garisan halus yang menyerupai belang atau jalur pada badan harimau.

Setakat ini koleksi Harimau Malaya yang direka khusus untuk lelaki menawarkan 20 rekaan menarik terdiri daripada cincin dan butang baju Melayu dari harga serendah RM500 dan lebih banyak rekaan baru akan diperkenalkan dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, Habib akan membuka cawangan baru di Seremban sebelum hujung tahun dengan pelaburan lebih RM5 juta dan memperuntuk lebih RM25 juta untuk membuka tiga hingga empat cawangan baru di negeri yang belum diterokai seperti Pahang, Kelantan dan Perlis.

Sumber : Sinar Harian

Penjagaan Emas

Apabila kita meneliti barangan kemas, tentu perkara pertama yang menarik perhatian adalah kilauannya yang bersinar-sinar di bawah cahaya lampu hingga menonjolkan corak dan rekaan menawan.

Selain dijadikan perhiasan diri khususnya ke majlis atau sambutan perayaan, barangan kemas juga satu pelaburan dan harta berharga yang boleh diwariskan kepada anak dan cucu.

Apapun, kilauan emas boleh pudar jika tiada jagaan khusus. Justeru, berikut panduan dalam penjagaan emas supaya ia sentiasa tampil menawan.

Tidak mendedahkan barangan emas kepada bahan kimia dan berasid.

Ada pelbagai bahan kimia yang boleh merosakkan kilauan emas di sekeliling rumah antaranya bahan peluntur dan klorin.

Bahan kimia ini boleh melemahkan struktur emas serta merosakkan permukaannya, selain menyebabkan barangan kemas terputus jika didedahkan dalam jangka panjang.

Sekiranya mahu berenang di kolam renang yang penuh dengan kandungan klorin, barangan emas perlu dibuka dan disimpan di tempat lebih selamat dan sesuai.

Ketika membersihkan rumah, turut digalakkan membuka barangan emas kerana bahan kimia untuk mencuci pakaian, lantai atau perabot rumah boleh merosakkan emas. Anda juga boleh memakai sarung tangan ketika kerja membersih untuk melindungi barangan emas seperti cincin dan gelang.

Pastikan semburan minyak wangi tidak terkena barangan kemas.

Biarpun minyak wangi tidak merosakkan pakaian atau kulit, ia boleh memudarkan warna emas kerana sifatnya yang beralkohol. Justeru, jangan memakai barangan kemas ketika menyembur minyak wangi atau cuba tumpukan semburan ke bahagian kulit dan elakkan ia mengalir dan terkena barangan emas sama ada pada leher, lengan atau telinga.

Mencuci barangan kemas secara konsisten

Barangan kemas perlu sentiasa dicuci selalu bagi memastikan kotoran termasuk sel kulit mati tidak ­melekat padanya. Hantar ­barangan emas ke kedai emas atau dilakukan sendiri.

Sekiranya mahu ia kelihatan berkilauan seperti baru, proses menggilap juga boleh dilakukan dengan menghantarnya ke kedai emas. Namun perlu diketahui, proses menggilap ini sedikit sebanyak mempengaruhi berat emas kerana permukaannya dikikis sedikit.

Membuka emas ketika hendak mandi

Jangan memakai barangan kemas ketika mandi kerana produk mandian seperti sabun badan, pencuci muka, syampu ataupun pelembap rambut mungkin mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan warna emas ­menjadi sedikit pudar ­apabila sering didedahkan kepada bahan kimia.

Lebih baik menanggalkan barangan perhiasan itu dan hanya dipakai semula selepas semburan minyak wangi.

Menyediakan kotak simpanan yang sesuai

Barangan emas juga perlu disimpan dengan baik di dalam bekas yang sesuai supaya tidak terdedah kepada persekitaran yang melunturkan kilauannya.

Kotak barangan kemas yang sempurna mempunyai bahagian dalaman yang dibalut dengan kain untuk mengelak barangan emas daripada tercalar.

Anda juga perlu memastikan ketika disimpan, barangan emas tidak terbelit atau berada terlalu hampir sehingga boleh bergeser antara satu sama lain.

Memeriksa keadaan barangan kemas secara konsisten

Keadaan barangan kemas perlu sentiasa diperiksa terutama pada bahagian cangkuknya yang boleh rosak jika emas dibuka dan dipakai berulang kali.

Sekiranya cangkuk sudah lemah, barangan ­kemas boleh tercicir tanpa disedari terutama apabila sibuk melakukan urusan.

sumber : www.hmetro.com.my

PUBLIC GOLD Lancar Produk Baru

Syarikat public gold telah melancarkan produk jongkong emas terbaru iaitu bungamas sebagai koleksi simpanan dan emas pelaburan bermotifkan ciri tradisional melayu.

Syarikat Public Gold memperkenalkan produk baru iaitu siri BungaMas. Produk ini merupakan jongkong emas atau gold bar 50 gram berdasarkan motif traditional melayu dengan ketulenan emas 999.9 sesuai untuk simpanan,koleksi,hadiah,mas kawin dan sebagai emas pelaburan.

Produk BungaMas ini telah diukir dengan tulisan Jawi yang anggun di permukaan hadapan jongkong emas. Terdapat juga corak Songket yang unik dicetak di belakang produk ini untuk meningkatkan lagi keistimewaannya. Songket adalah satu tenunan tangan kain, sama ada dalam sutera atau kapas halus yang bercorak dengan benang emas atau perak yang menonjolkan latar belakang kain untuk mewujudkan kesan berkilauan. Ia amat terkenal di Malaysia, Brunei dan Indonesia terutama di kalangan masyarakat Melayu untuk menggambarkan kemewahannya.

Produk BungaMas paling sesuai untuk diberikan sebagai hadiah sempena ulang tahun perkahwinan, hari jadi serta perayaan-perayaan yang penting. BungaMas juga sesuai diberi kepada orang yang disayangi sebagai tanda penghargaan serta untuk tujuan koleksi emas dan pengawal harta kekayaan di masa hadapan.

Spread atau susut nilai bungamas adalah lebih tinggi sedikit berbanding gold bar 50g biasa kerana seni pembuatan yang halus dan dicipta untuk kecantikan dan dikhususkan sebagai emas koleksi atau hadiah.

Spread harga emas bagi bungamas adalah RM7239-RM6768=RM471 bahagi RM7239=0.065 darab 100 iaitu 6.5%. spread harga emas bungamas 6.5% adalah rendah dan dikategorikan sebagai emas pelaburan.

Harga emas terkini adalah murah dan amat sesuai untuk membeli emas untuk pelaburan dan sekaligus memberikan hadiah untuk yang tersayang di musim perayaan. Adalah lebih baik memberikan hadiah emas yang akan meningkat harganya daripada memberikan hadiah barangan yang turun harganya seperti handset dan sebagainya.

Tips – Teknik Averaging Emas

Salam semua… kali ini saya nak bagi tips kepada anda untuk membuat satu teknik yang dinamakan AVERAGING EMAS…. teknik ni memang senang digunakan dan sememangnya di pakai oleh otai otai emas.Teknik yang paling mudah, menggunakan simple matematik saje.

Pada ketika harga murah inilah peluang kita dapat membeli emas secara murah dan banyak. Saya juga telah membeli pada ketika harga tinggi, jadi pada ketika harga murah ini, saya membeli lagi bagi memuratakan harga modal saya.

Konsep mudah tetapi memerlukan ilmu

sebagai contoh :

katakan anda membeli sekeping 1 dinar pada ketika harga RM700. dan ketika sekarang harga 1 dinar telah menjadi RM 550. jadi jika anda membeli 1 dinar lagi pada harga sekarang, bermakna anda sudah pun memuratakan modal asal anda

contoh pengiraan
( RM700 + RM550 ) / 2
= RM 625 (average)

modal anda sekarang adalah RM 625sahaja.

Jadi jika pada ketika harga rendah anda beli lagi banyak, maka anda juga boleh mengurangkan modal ketika membeli pada harga tinggi.

Kepada pembaca diluar sana yang ada emas fizikal tetapi tak tahu nak buat apa. boleh la tanya saya. saya akan share cara bagaimana nak dapat cash dan beli lagi pada ketika harga emas tengah murah ini.InsyaAllah saya akan cuba membantu anda.

Setiap kejadian ada hikmah disebaliknya. yang penting bersyukur dan sabar. harap anda semua juga menjana keuntungan.

: emasfaiz.blogspot.com

Karavan Bersalut Emas

KENDERAAN mewah EleMMent Palazzo yang disalut emas.

Dubai: Di negara yang terkenal dengan kemewahan rakyatnya berbelanja, rumah bergerak atau karavan bukanlah sesuatu yang diminati.

Bagaimanapun, penduduk Dubai mungkin perlu berfikir lebih daripada sekali apabila melihat sebuah kenderaan yang boleh dijadikan rumah bergerak ini.

Kenderaan sepanjang 12 meter ini dilengkapi pelbagai keistimewaan, termasuk kemasan emas pada badannya.

Ia dijangka dijual pada harga RM8.4 juta seunit dan bakal menjalar di jalan raya Dubai tidak lama lagi. Pengeluarnya, Marchi Mobile, mengesahkan kenderaan dikenali sebagai EleMMent Palazzo itu sedang disiapkan sebelum diperkenalkan di Dubai.

Ketua Pengurus Jenama Marchi Mobile, Juliane Rönisch berkata, sejumlah pengguna dari Dubai menunjukkan minat mendapatkan kenderaan syarikat Jerman – Austria itu. “Ketika ini kami mengeluarkan antara lima hingga 10 unit EleMMent Palazzo setahun dan ia dihantar ke seluruh dunia,” katanya. Juliane berkata, kenderaan tempahan khas itu boleh mencecah harga lebih mahal jika kemasannya ditambah dengan emas. Bagi syarikat itu, katanya, model komersial kenderaan itu boleh diperoleh dengan harga minimum RM3.2 juta. “Untuk model lebih mewah, harganya ialah dua juta euro (RM8.4 juta) setiap satu,” katanya. Bagaimanapun, ketika ini model Marchi Mobile itu tidak dipamerkan di Dubai.

Kata Juliane, mereka juga tidak bercadang membuka cawangan tetap di Emiriah Arab Bersatu atau mana-mana negara Teluk.

RUANG pemandu dalam kenderaan EleMMent Palazzo.

“Tetapi ketetapan itu mungkin boleh berubah,” katanya. Sementara itu, kenyataan syarikat Marchi Mobile menyebut, siri mode EleMMent itu bukan sekadar kenderaan konsep, sebaliknya sedia dihasilkan dalam unit terhad. EleMMent Palazzo boleh dilengkapi pelbagai ciri kemewahan, seperti bumbung terbuka, bumbung telus cahaya dan tangga. – Agensi

: www.hmetro.com.my