merompak emas kaya

Rompakan emas terbesar dalam sejarah manusia

Infographicjounal, mengeluarkan satu sumber gambar berinfo berkenaan rompakan-rompakan emas terbesar dalam sejarah manusia, dalam sumber inforgrafik dibawah, senarai rompakan disusun bentuk timeline, kos dan berapa nilai emas yang dapat dilarikan perompak dan kebanyakan kes tergantung tanpa ada penyelesaian, mesti ini kerja pakar seperti didalam movie #italianjob opkos.

rompakan emas terbesar dalam sejarah

Meja fussball diperbuat dari emas

Di Itali , Cristallino Gold Football Table dijual kepada mereka yang kaya dan sudah lupa asal usul. Meja yang diperbuat dari kaca kristal, aluminium, nickel dan emas tulin ini pastinya dibuat untuk golongan yang kaya tapi tak tahu nak buat apa dengan duit. Hanya sebanyak 50 unit meja foosball mewah ini akan dijual. Harga tidak diberitahu lagi tetapi apa yang pasti hanya mampu anda miliki jika anda menabung sejak kecil seperti Ibu 1Malaysia Dr Datin Paduka Rosmah Cerdas





Kuil Sikh dibina dari emas di India

Harmandir Sahib (atau hari Mandir) terletak di Amritsar bukan hanya terkenal kepada pengganut Sikh tetapi juga menjadi destinasi utama pelancong kerana kecantikan ciptaan struktunya. Sebelum ini ia dikenali sebagai Kuil Emas tetapi kemudiaannya ditukar nama secara rasmi kepada Hargmandir Sahib pada Mac 2005

Ia berada ditengah-tangah tasik yang luas yang sebelum ini merupakan hutan belukar. Kuil ini dibina oleh Guru Ram Das, guru keempat pengganut Sikh pada tahun 1574, pada tanah yang dihadiahkan oleh Akbar, Raja Empayar Mughal. Kuil ini akhirnya siap ketika zaman Guru Arjen pewarisnya. Kuil ini bagaimanapun pernah musnah pada kurun ke 18 apabila berlaku konflik diantara pengganut sikh dan empayar Mughal di Afghanistan. Bagaimanapun dibina kembali oleh Raja Ram Singh pada kurun ke 19
golden temple at night

 

golden temple

Apa yang unik berkenaan kuil ini kerana ia menggabungkan struktur binaan Islam, Hindu dan Eropah kerana semasa pembinaannya kuasa empayar di India sentiasa bertukar tangan.

golden temple 2

 

 

at night

 

entrances

ornate entrance

 

details

 

interior

10 Mouse termahal di dunia berlapis emas

Tetikus atau lebih dikenali dengan nama mouse menjadi salah satu gajet wajib bagi setiap pemilik komputer. Ia digunakan untuk memberikan arahan dalam sistem seperti membuka fail, menyimpan fail dan sebagainya. Pada masa yang sama juga, terdapat syarikat yang mencipta mouse secara kreatif.Mouse tersebut dinilai paling mahal di dunia kerana mempunyai emas dan rekaan yang menarik.

15 Senjata emas milik Saddam Hussein

Foto – foto dibawah adalah senjata emas milik Saddam Hussein, gambar2 senjata ini sebenarnya telah lama beredar didalam forum dan group discussion, Bagaimanapun senjata-senjata emas ini, hanya menjadi bahan pameran untuk sebuah muzium di Australia. Mempunyai senjata-senjata emas sudah menjadi seperti tradisi kepada pemerintah arab, bukan sahaja Saddam, malah Gadaffi dan Seko2 iaitu dua pemimpin nasionalist arab juga memiliki kemewahan yang melampau-lampau selepas berkuasa, dan akhirnya semua mereka yang lupa diri meninggal dalam keadaan yang cukup tragis.

Senapang emas diatas adalah milik Saddam Hussein yang dirampas dari pengawal peribadi Saddam dalam satu siri serangan tentera pengganas barat, ia kini dipamerkan di Muzium Australis selepas mereka terlibat sama dalam serangan ganas keatas Iraq pada 2001. Senjata ini dijumpai oleh Skuadron udara US unit 101 yang beroperasi di Kirkuk, utara Baghdad

 

















Kematian diraja Thailand berkilauan emas

Negara Thailand bersedih isnin lalu dengan upacara pengebumian diraja ekoran kemangkatan Mendiang Puteri Bejaratna Rajasuda yang meninggal pada Julai 2011. Beribu penduduk Thailand memberi penghormatan terakhir dengan membanjiri jalan raya Bangkok dan  200 tentera melakukan lintas lalu diraja membawa jasad mendiang yang diletakkan didalam keranda emas  untuk dimakamkan. Keluarga dan kerabat-kerabat diraja termasuk ketua menteri, orang kenamaan dan para duta turun berhimpun memberi penghormatan. Raja Bhumipol Adulyadej dan permaisuri turut hadir sambil menyalakan lilin dan bertafakur di makam diraja. Baginda raja merupakan sepupu kepada puteri Bejaratna dikatakan beredar ke Siriraj Hospital kerana masih dalam keadaan gering sejak 2009 lalu.

Puteri Bejaratana, iaitu anak tunggal Raja Thailand terdahulu, mangkat pada usia 85 tahun akibat keracunan darah sejak tahun lalu, jasad baginda sebelum itu disimpan di Balai Diraja Dusit Maha Prasat di tengah-tengah bandaraya Bangkok untuk menerima penghormatan dari rakyat Thailand.

Berikut adalah suasana ketika pengebumian diraja yang penuh berkilauan dengan emas.

 

Spoiler:

Source : http://www.unikaneh.com/2012/04/upacara-kematian-termegah-di-thailand.html#ixzz1rfVlVboP

15 cara untuk mengisi tabung emas anda

Semua orang suka menyimpan duit, lebih-lebih lagi jika ia sebenarnya sangat mudah, kami share kan 15 cara yang disuggestkan oleh Infographic, 15 cara mudah untuk kekalkan emas didalam poket. Cara-cara yang dicadangkan mereka agak kelakar walaupun memang betul cara tersebut dapat menjimatkan wang seperti tutup langganan kabel tv (astro) dan tgk tv di internet sahaja, mampukah?. Cuba anda lihat dan nilaikan (click untuk besarkan)

cara simpan duit dan emas
click untuk besarkan

Dinar emas terbesar di Dunia

Jika anda tidak pernah melihat syiling emas terbesar didunia, meh kami tunjuk, dibawah ini adalah saiz dinar/syiling terbesar didunia, cuba tengok betul2 gambar dibawah, agak2 muat tak nak letak dinar ni dalam poket? ini bukan syiling zaman purba, mcm mana org zaman dulu nak meniaga jika kena bawak dinar besar mcm ni..

Syiling emas seberat 1000kg dengan kualiti 999, bernilai pada hari ini RM178,000 utk 1 kg

 

 

Syiling atau dinar emas yang terbesar didunia seperti gambar diatas dihasilkan oleh Australia Perth Mint pada Novermber 2011. Mempunyai berat 1012 kg dan kualiti emas 999.9. luas permukaan 80 cm persegi, ketebalan 12 cm dan memerlukan masa selama 18 bulan untuk disiapkan dinar emas ini dan diukir gambar kanggaro di atasnya., sebelah sisi yang lain diletakkan gambar Ratu Elizabeth.

Menurut CEO Perth Mint, Ed Harbuz, mereka mencipta dinar sebesar ini sebagai promosi bagi pelanggan mendapat gambaran jelas design syiling terbaru yang akan dikeluarkan mereka, opkos bukan dengan saiz sebegini , saiz syiling emas Perth Mint yang sebenar jauh lebih kecil dan mempunyai beberapa variasi berat, gurau beliau. Setiap syiling emas yang dikeluarkan syarikat Australia Perth Mint akan dijamin mutu dan ketulenan oleh negara Australia.

Selangkah masuk ke suite termahal didunia

Pada hari ini, pengunjung hanya perlu menyediakan USD2000 atau RM6000 untuk bermalam di bilik diraja Burj Al-Arab Suite, suatu jumlah yang boleh dikatakan munasabah kan, tetapi adakah anda tahu ketika hotel ini dibuka dan sebelum dunia mengalami kemelesetan ekonomi, untuk bermalam disini pengunjung perlu membayar sehingga USD27,000 atau RM81,000 ringgit. perghhh, ok apakah anda dapat dengan membayar jumlah sebegitu untuk satu malam..

 

Anda dapat masuk kedalam bilik berkeluasan 780 meter persegi menggunakan lift peribadi

You arrive at your 780-square-meter suite via private elevator.

Anda mendapat ruang peribadi untuk menjamu selera di tempat yang disediakan khas, jika anda tidak ingin ke 7 restoran 7 bintang yang disediakan didalam hotel ini

You get your own private dining area—in case you don't want to attend one of seven world class restaurants in the hotel

Ruang rehat bercirikan asia timur menjadi milik anda.

Your own giant Arabic style lounge

 

Anda dapat beristirehat dan menonton movie terkini didalam panggung khas yang disediakan.

Somewhere around here there's also a private cinema

 

Ruang perpustakaan mini percuma untuk yang ingin berehat sambil membaca

And a private library

 

Sekarang, jom naik tangga emas dan marble di tengah ruang bilik untuk ke tingkat atas,

Now let's walk up the gold and marble staircase

 

Bilik tidur utama dan katil dihiasi seakan khemah masyarakat arab di padang pasir

To the master bedroom with a rotating four-poster canopy bed

 

Bilik tidur kedua, masih sangat mewah bukan?

Here's a second bedroom

 

Setiap bilik mempunyai bilik air peribadi yang dihias dengan batu marmar

Each bedroom has an adjoining marble bathroom with spa bath and walk-in shower

 

Ruang berehat dan mandi bersantai dengan sabun mewah disediakan oleh Hermes Co

Fine porcelain fittings and Hermes 24 - Faubourg fragrances and body products

Macam mana? sayangnya 90% dari kita cuma mampu melihat sahaja dan tak mampu merasa, takde masalah,  kenapa perlu membazir, belilah emas untuk simpanan masa depan

10 beg tangan bertaktah emas dan permata termahal

Jika disebut kisah beg tangan perempuan, kami hanya ingat satu cerita je berkenaan beg tangan yang femes di Malaysia, tapi kali ini kita tidak akan bercakap sekadar dalam negara, kami ingin menunjukkan anda senarai beg-beg tangan termahal didunia. Beg tangan merupakan satu lambang kemewahan wanita, jenama seperti LV, Marc jacobs, Channel, Birkins menjadi kegilaan wanita berkerjaya, mereka sanggup berhabis  ribuan ringgit untuk mendapat perhatian , jika ada orang tanya kenapa perlu beli beg mahal2, makcik2 ini semua akan jawab untuk mendapat keyakinan diri…yakin boleh, Malaysia

1. 1001 Night Diamond Purse

 

Beg tangan ini diperbuat dari emas 18 karat dan dihiasi dengan 4,157 berlian bernilai 2.35 juta GBP atau RM11.45 juta ringgit. Berlian yang dihiasi pada beg tangan ini terdiri dari 105 berlian bewarna kuning, 56 bewarna pink dan 4,356 berlian bewarna putih, berat keseluruhan berlian yang diletakkan pada beg ini 38,192 karat, sebab itu jangan pelik jika beg ini dikatakan termahal didunia.

2. The Hermes Birkin

Hermez Birkin Bag 10 Most Expensive Designers Handbags

Beg Hermes Birkin ini dihasilkan menggunakan platinum dan diletakkan lebih 2000 berlian, beg tangan ini dijual pada tahun 2008 dengan harga USD 1.9 juta atau RM3.6 juta ringgit. Kecanggihan beg ini kerana designnya versatile, pemilik boleh menanggalkan berlian pada beg dan memakainya sebagai rantai tangan. Turut diletakkan pada beg ini  berlian 8 karat berbentuk pear yang boleh dicabut dan digunakan secara berasingan.  psst..Beg tangan ini mungkin ada di Malaysia….pssst

Visit – The Hermes Birkin Official Site

3. Chanel ‘Diamond Forever’ Classic Bag

 

 

Beg tangan Channel ini dikeluarkan pada Disember 2006 oleh kedai Mode Chanel, beg tangan klasik ini terdiri dari 334 berlian dengan jumlah berat 356 karat dan dilapisi emas 18 karat. Harga untuk sebuah beg tangan ini adalah USD261 ribu atau RM764 ribu ringgi. Beg tangan ini cuma ada 13 sahaja di seluruh dunia dan lima diantaranya dibeli oleh jutawan Amerika.

4. Urban Satchel Louie Vuitton Bag

Urban Satchel Louie Vuitton Bag 10 Most Expensive Designers Handbags

Price: $150,000

Beg ini sangat pelik, dihasilkan oleh mode LV (Louie Vuitton menggunakan sampah sarap yang biasa ada dalam beg seperti botol air, kotak rokok, uncang teh, pembalut luka dan macam2 lagi, kami sangat tidak faham kenapa sampah seperti ini boleh dijual sehingga usd 150 ribu atau RM450 ribu ringgit.

Visit – Urban Satchel Louie Vuitton Bag Official Site

 

5. Hermes Matte Crocodile Birkin Bag

 

Beg tangan jenama Hermes dengan pelbagai variasi warna dihiasi dengan berlian 10 karat, beg-beg ini berjaya dilelong dengan harga USD120 ribu atau RM360 ribu sebuah.

6. Lana Marks Cleopatra Bag

 

Beberapa tahun lalu, Marks memperkenalkan Beg Clucth Cleopatra bagi edisi terhad yang dihasilkan menggunakan kulit buaya berwarna perak, pada bahagian atas beg ini diletakkan 1500 berlian hitam dan putih serta emas putih 18 karat, beg tangan ini telah dijual dengan harga USD100 ribu atau sekitar RM300 ribu ringgit

7. Leiber Precious Rose

Beg tangan yang diberi bentuk bunga rose  ini dihiasi dengan 1,106 berlian dengan jumlah berat 4,256 karar serta diletakkan 1,169 batuan ruby dan 800 kristal tourmalines, beg tangan ini dijual pada harga USD 92 ribu atau lebih kurang RM276 ribu ringgit.

8. LV Tribute Patchwork Bag

LV Tribute Patchwork Bag 10 Most Expensive Designers Handbags


Beg tangan LV Tribute Pathwork bernilai USD42, 000 atau RM 124 ribu ringgit, ia dihasilkan dengan menggabungkan semua beg LV yang dijual didalam pasaran, menarik bukan, semua design beg anda anda, beli 1 dapat seribu dan pakai sepanjang hayat ok!

Visit – LV Tribute Patchwork Bag Official Site

 

9. Gadino Bag

Gadino Bag by Hilde Palladino 10 Most Expensive Designers Handbags

Beg tangan Gadino dicipta oleh Hilde Palladino, iaitu seorang pereka terkenal Norway, beg ini mempunyai 39 berlian yang diletakkan secara terperinci dan dilapisi dengan emas putih, harga untuk satu beg ini bernilai USD38 ribu atau RM114 ribu ringgit.

Visit – Gadino Bag Official Site

10. Fendi Selleria Bag

Fendi Selleria Bag 10 Most Expensive Designers Handbags

Beg tangan berjenama Fendi Selleria dihasilkan menggunakan kulit binatang yang paling jarang dan mahal. Beg ini berharga RM38 ribu, sekitar RM114 ribu ringgit malaysia