Kesan kepada Malaysia jika Greece kehabisan wang

 

Wang kertas tiada nilai, wang kertas makin banyak dicetak tetapi hakikatnya simpanan emas tiada. Kelompok yang memperkenalkan wang fiat mempunyai agenda tersendiri untuk menindas dunia dengan ada hutang/interest melalui pinjaman tetapi akhirnya sudah kelihatan “senjata sudah makan tuan”. Banyak negara-negara di sekitar Afrika telah menjadi mangsa kegagalan/bangkrap daripada kesan penggunaan wang kertas dan juga inflasi melampau-lampau.

Ekonomi jatuh sekitar tahun 1929 – 1930 antara sebab lainnya kerana disebabkan wang kertas ini dan diakhirnya perang dunia kedua dari tahun 1939 – 1945.

Sebelum ini Kesatuan Eropah telah pun meluluskan pinjaman bernilai US$50 bilion kepada Greece. Sekarang ini sudah habis?

Greece Bankrap Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya?

 

Selain daripada masalah salah urus tadbir negara, tipu angka ekonomi, kronisma dan nepostime yang berleluasa, kegagalan negara Greece juga didapati mempunyai bilangan kakitangan awam yang sangat tinggi, ratio antara yang tertinggi di dalam Kesatuan Eropah. Ini yang menyebabkan kos perbelanjaan kerajaan mereka. Dengan ditambah dengan sistem yang tidak efisien telah turut menyumbang kepada kejatuhan cepat ekonomi Greece.

  1. kehabisan tunai yang bakal dialami Greece antara lainnya adalah untuk menampung operasi negara yang besar termasuklah membayar gaji kakitangan awamnya & pencen
  2. disebabkan Greece menggunakan matawang Euro, oleh itu Greece tidak boleh mencetak duitnya sesuka hati. Ini kerana semuanya mesti melalui Bank Pusat Eropah (ECB) mereka

Begitu juga penipuan yang berleluasa di Greece dalam industri farmasi contohnya menambah lagi beban teruk kepada kerajaan Greece bagi membendung kemunduran ekonomi mereka ketika ini.

  • Sudah menjadi adat doktor akan menetapkan ubat yang mahal serta dose yang lebih kepada psakit dan “pelanggannya”
  • Jikalau di negara seperti di greece contohnya, doktor di klinik swasta tidak menjual ubat. Doktor hanya mentapkan ubat yang mana satu yang sesuai untuk pesakitnya dan psakit akan pergi ke farmasi yang disarankan bagi mengambil ubat yang telah ditetapkan
  • Jadi firma farmaseutikal akan memberi komisen kepada doktor yang mengesyorkan ubat keluaran syarikatnya.
  • Lama kelamaan, ia menjadi suatu budaya yang biasa di sana. Implikasinya? Implikasi…..ia kan meninggikan kos ubat di Greece.
  • Siasatan Kesatuan Eropah telah mendapati ia sudah mencapai ke tahap yang cukup kritikal.
  • Akhirnya, walaupun dibersihkan penipuan secara keseluruhan ribuan orang akan kehilangan kerja akibat penurunan mendadak jualan ubat mereka
  • Selama ini di sana, pemintaan ubat tinggi hanyalah penipuan semata

Jika negara Greece keluar daripada Kesatuan Eropah akan memberikan risiko yang cukup besar kepada negara Eropah lainyang akan terdesak untuk turut keluar sama.

“Tiada Keyakinan = Malapetaka”

Kegawatan Ekonomi Greece Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya?

Ditambah pula isu sekarang ini Itali, sebuah negara yang memilki hutang bertrilion dollar dan Sepanyol yang merupakan pemegang ekonomi terbesar selepas Jerman dan Perancis di mana Sepanyol yang kaar pengangurannya sudah mencapai ke paras 22% (kadar pengangguran golongan muda melebihi 50%) dan juga malapetaka terhadap ekonomi Sepanyol antara lainnya disebabkan dalam tempoh 10 tahun nilai hartanah naik melambung tinggi.

  • Sebagaimana diungkapkan kapitalis seperti REDHA (Persatuan Pemaju Hartanah Dan Perumahan Malaysia) mengatakan  kenaikan nilai hartanah itu bagus dan bawa kemakmuran ekonomi di sesebuah negara.
  • Jika itulah penanda ukur yang diimpakan kapitalis seperti REDHA ini, alamatnya nasib Malaysia untuk menuju cepat seperti apa yang dialami oleh negara seperti Sepanyol ketika ini bukan asing lagi

Sekarang ini Eurozone teruk sebab masalah Euro di mana semasa pengasasan matawang Euro tu sendiri. Bayangkan kami berikan contoh mudah sebegini rupa di mana katakanlah kita juga berkongsi matawang dengan negara Asean yang lain :

  1. Katakan hari esok Malaysia, Thailand, Brunei & Singapore setuju kongsi matawang, kita panggilnya sebagai Aseandollar. Katakan RM1 = A$1. Singapore pulak, SGD1 = A$2.40.
  2. Gaji sorang kerani di Malaysia RM800 contohnya. Jadi gaji baru A$800. Di Singapore pula, gaji SGD800, sekarang A$1,920.
  3. Oleh sebab di bawah rejim matawang yang sama, maka kuasa membeli kat Singapore lebih tinggi. Harga barang pula hampir pasti meningkat sebab kos bahan mentah meningkat. Subsidi yang dahulunya boleh digunakan untuk mengawal harga sekarang menjadi susah hendak dilaksanakan.
  4. Apa yang Dr. Mahathir lakukan semasa tahun 1997 tidak dapat buat sudah di mana Dr Mahathir  laksanakan tambatan matawang. Tetapi jikalau Malaysia contohnya berkongsi matawang, kita tidak boleh menambat matawang.
  5. Bank Negara nak buat kawalan fiskal pun tak boleh menjadi sebab dah kuasa sudah kat Bank Pusat Asean
  6. Ini semua antara dilema yang dialami oleh negara seperti Greece ketika ini kerana sudah tiada banyak pilihan dan alternatif untuk menyelematkan negara mereka daripada “hancur”

Jadi, apa risikonya?

  1. Di pentas ekonomi dunia,  kedudukan Sepanyol dan Itali dari segi GDP
  2. Hilangnya keyakinan atas matawang Euro = Implikasi yang belum boleh digapai

Persoalannya sekarang ini, adakah Malaysia akan menerima tempias jika Greece keluar daripada Kesatuan Eropah?

  • Jawapannya setakat ini bagi kami sebab kalau Greece keluar dari Euro, Euro akan hancur.
  • Greece akan selamat untuk sementara. Tetapi……implikasinya jika Euro jatuh, ‘kekuatan’ ekonomi Eropah akan tumbang, dan Eropah secara kolektif adalah zon ekonomi kedua terbesar di dunia, selepas Amerika Syarikat
  • Akibat tumbangnya ekonomi Eropah, perdagangan sedunia akan menerima kesan dengan pesanan barangan pengguna dijangka merosot dengan teruk. Zon ekonomi ketiga terbesar sedunia, Latin Amerika, dan zon-zon lain seperti Russia, Asia Tengah dan Asia Timur masih belum berupaya menggantikan Eropah, sebab pembahagian kekayaan di zon-zon ini teramat tidak seimbang, dari 5 – 20% penduduk di situ menguasai 70 – 90% kekayaan.
  • Keadaan ini diburukkan dengan matawang Euro merupakan matawang kedua terbesar di seluruh dunia, dan digunakan di hampir seluruh Eropah.
  • Sekiranya Greece bertindak keluar dari Euro, negara-negara seperti Ireland, Sepanyol, Portugal dan Itali mungkin teruja membuat tindakan yang sama. Sekiranya langkah ini diambil, nilai matawang Euro hari ini akan menyusut secara mendadak sebab akan menjadi tidak bernilai.
  • Pendukung utama Euro seperti Perancis, Jerman dan Belgium akan menghadapi masalah memegang matawang yang dinilaikan begitu tinggi, tetapi semakin hari semakin menjadi seperti matawang pokok pisang masa Jepun dahulu, dan kalau diikutkan dalam bahasa ekonomi, duit fiat.
  • Duit fiat membawa makna sesuatu matawang yang diberi nilai oleh kerajaan, tetapi jika nilai ini ditarik balik oleh kerajaan hanyalah berupa sekeping kertas tidak berharga.

Greece Keluar Euro Jika Greece Keluar Daripada Kesatuan Eropah. Ekonomi Malaysia Akan Menerima Kesannnya?

 

Walaubagaimanapun, bagi kami apa yang patut dibuat bukannya menghalang Greece keluar dari Euro, tetapi menghalang spekulator sedunia daripada terus menerus bermain matawang dan komoditi utama sedunia. Tetapi, tahukah anda bahawa semasa krisis 1997, kita telah menuduh spekulator matawang sebagai parasit sedunia? Dan pada hari ini, ramai rakyat Malaysia turut bermain jual beli matawang asing tanpa teringatkan beban kepada negara semasa 1997?

Di Eurozone, pembahagian kekayaan agak seimbang, disebabkan kerajaan mereka yang kebanyakannya mengamalkan sistem kebajikan sosial. Oleh itu, sekiranya Eurozone menghadapi masalah matawang maka kesannya hampir semua merasa kejatuhan dalam keupayaan membeli mereka. Manakala di zon ekonomi lain, pembahagiannya lebih tidak setara. Dari serendah 20% rakyat mengawal hampir 80% sehingga seteruk-teruknya 5% rakyat menguasai 95% kekayaan.

Bagi sebuah zon ekonomi menggantikan Eurozone secara efektif, setiap produk yang sepatutnya dibeli oleh Eurozone perlu dibeli oleh penduduk dalam zon ekonomi lain.

  • Bayangkan kilang A menghasilkan 100 buah TV untuk dijual kepada Eurozone.
  • Sekarang Eurozone tak boleh beli. Jadi 100 buah TV ni kena jual kat, katakan Zon BRIC (Brazil, Rusia, India dan China). Pembahagian kekayaan di situ sudah mencapai tahap ekstrim, iaitu 5% kuasai 95% kekayaan.
  • Katakan kilang A jual kat Brazil. Sekiranya bilangan penduduk Eurozone sama dengan Brazil, maka saiz pasaran kini merosot daripada hampir 100 orang kepada 5 orang sahaja. 5 orang yang kuasai 95% kekayaan ini takkan bertindak membeli 100 buah TV semata-mata kerana mereka mempunyai wang.
  • Senario yang sama, tetapi sekarang kilang A yang sama kena buat 100 buah TV untuk Eurozone dan 100 lagi untuk BRIC.
  • Keadaan menjadi semakin serius kerana daripada tidak dapat menjual 100 buah TV, sekarang kilang A tidak boleh menjual 195 buah TV.
  • Apabila kilang A menghadapi keadaan ini, maka dia akan kurangkan pembelian bahan mentah dan mungkin sehingga tahap memecat pekerjanya.
  • Masalah yang Malaysia bakal hadapi bukan kilang A, tetapi pembekal kepada kilang A dan pekerja kilang A.

Nampak kesan rantaiannya di situ? Dan, jika sebuah negara seperti ……

  1. Greece dengan sikap “pemalasnya”
  2. Itali dengan rasuah dan kronismenya
  3. Sepanyol terkenal dengan nilai hartanah yang melambung tinggi sehingga pada kadar yang membabankan dan tidak munasabah

Oleh itu, sesebuah negara yang mempunyai ketiga-tiga ciri seperti di atas jika masih tidak mahu mengambil sikap untuk berubah daripada sekarang secara total, alamatnya beban dan riskonya akan dipulangkan kepada rakyatnya untuk menganggungnya.

source: beritasemasa.com

Mencari Emas Dalam Sungai Sampah

Walaupun bau busuk, bahaya sampah runtuh dan hujan lebat tiba-tiba menaikkan paras air boleh membahayakan nyawa, tetapi berdozen-dozen orang sibuk mencari barang-barang kemas dan sisa logam dari satu timbunan sampah setinggi 300m di Guatemala..


Setiap hari, kira-kira 300 orang yang menggelar diri mereka “pelombong” turun ke bawah jurang dan mengharungi air sampah busuk untuk mencari cincin dan gelang yang diperbuat daripada perak atau emas yang mungkin terdapat di situ.

“Saya mendapat lebih banyak wang datang ke sini daripada pergi ke syarikat di mana mereka terus-menerus akan memarahi saya,” kata Eddie Miranda yang berusia 41 tahun.

Dia bernasib baik baru-baru ini apabila mendapat gelang dengan 9 gram emas dan mendapat 2000 quetzals ($ 256) untuk itu. Ia mungkin tidak kelihatan seperti banyak, tetapi ia hampir sama seperti gaji bulanan $ 270 minimum di negara Amerika Tengah.

Walaupun nyawa jadi taruhan akibat air sampah yang berasid, ramai pekerja dan penganggur memilih cara hidup seperti tu apabila mampu mendapat $20 dollar sehari iaitu dua kali ganda gaji sehari jika bekerja.

Iran menemui lombong emas baru dalam anggaran 90tan

Dengan penyiasatan terbaru badan Geologi,Timbalan Pengarahnya, Behrouz Borna menyatakan bahawa terdapat hampir 90 tan emas baru yang telah ditemui di negara itu, katanya di dalam berita Tehran Times
Borna menjelaskan bahawa lombong emas terbaru itu dijumpai di wilayah Kordestan, barat Iran, dan di wilayah Sistan-Baluchestan, di bahagian timur negara tersebut.
Beliau menambah lagi bahawa pada masa sekarang,jumlah pengeluaran emas di Iran yang pada asalnya hanya dalam anggaran 3% daripada hasil mineral dunia telah meningkat kepada 320 tan metrik.

Mercedes-benz pamer “emas” di Cannes

 

Cannes, Automotive Blog- Kehadiran para pelakon
dan artis pada festival filem antarabangsa Cannes,
di Perancis (16 Mei- 27 Mei 2012) dimanfaatkan oleh
Syarikat kereta mewah Mercedes-Benz dari Jerman
untuk mempamerkan keluaran istimewa Mercedes-
Benz yang disadur dengan emas.

4 Jenis kereta pilihan kereta Mercedes-Benz
telah dikeluarkan syarikat terkemuka itu bersama
anak syarikatnya Mercedes-AMG. Antara jenis model
kereta emas yang dipamerkan itu adalah jenis Limo
dan SUV yang sengaja dibuat dengan penuh kemewahan
untuk memperingati hari jadi ke 65 festival filem
dalam merebut anugerah yang berprestig dalam
festival filem tersebut. Pasangan 2 sejoli Brad pitt dan
Angelina Jolie dijangkakan akan menaiki kereta
emas yang mewah dan sangat bernilai itu

Selain menjadi pihak penganjur, Syarikat Mercedes
Benz tidak mahu melepaskan kesempatan dalam
memperomosikan kereta emas itu kepada para
selebriti dunia yang akan hadir pada festival filem itu.
Syarikat itu mengadakan pameran dan sesi “test drive”
kepada mana-mana artis yang ingin merasai sendiri
kemewahan dalam kereta emas keluaran syarikat
tersebut. Bahkan, Mercedes-benz turut turut
menyiapkan model istimewa SL 63 AMG edisi 45
kerana tahun ini Mercedes-AMG iaitu anak syarikat
Mercedes-Benz akan meraikan hari ulang tahunnya
yang ke 45 bagi AMG.

 

 

Gambar pelombongan emas haram di Indonesia

Penambang Emas Ilegal Diangkat Jadi Karyawan

 

Selamat datang ke Poyoba Sulawesei Tengah. Di sini terdapat
sebuah lombong emas yang dijalankan secara haram oleh
penduduk stempat.Kenapa haram? Kerana kerja-kerja
perlombongan ini tidak mepunyai permit yang sah.
Disinilah penduduk setempat mencari rezeki untuk menanggung
perbelanjaan keluarga. Kerana poboya ialah sebuah lombong
emas yang haram,maka teknik yang digunakan bagi melombong
sangat LOW TECH. Ianya juga merbahaya kepada para pelombong.
Kerana pelombong mengorek lubang sesuka hati.
Keadaan ini adalah seperti di Rusila Terengganu pada awal
90-an dahulu dimana para penduduk tempatan melombong
emas secara haram sehingga berlaku kematian apabila terowong yang
di gali runtuh.

*Tahukah anda di Indonesia seramai 1.1 juta warganya bekerja di industri perlombongan*

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Polis dan wartawan peras ugut pengusaha emas

 

Medan: Dua anggota polis yang bertugas di Polsek Kutalimbaru,Deliserdang, dan empat wartawan ditangkap Unit Jatanras Polda Sumatera Utara. Mereka didakwa telah melakukan pemerasan terhadap pengusaha emas di Medan, Purnamurti.
Pada ketika ini keenam pesalah itu masih menjalani pemeriksaan penyiasatan di Ditreskrimun Polda Sumatera Utara. Pihak polis mengatakan keenam-enam suspek itu ditangkap ketika melakukan peras ugut terhadap seorang pengusaha emas di Pasar sentral.
Polis telah merampas enam beg yang mangandungi barang kemas dan wang tunai berjumlah RP 9juta. Menurut testimoni suspek, sebahagian daripada barang-barang kemas itu telah pun dijual oleh mereka.
Enam suspek iaitu Briptu Ezak Qoiman, Brigadier Syahrizal ahli polis dari Kutalimbaru, sedangkan suspek dari kalangan wartawan ialah Zulmi Aldi, Kiki Budi,Wasis, dan Agam Darmawi. “Semuanya dikenakan hukuman bagi kanun keseksaan 368KUHP akta peras ugut,” kata Murdani.
Daripada keseluruhan hasil siasatan, dinyatakan bahawa, sebenarnya suspek- suspek tersebut telah mengertak pengusaha tersebut dengan menyatakan bahawa barang-barang yang dijualnya semuanya hanyalah palsu,lalu mereka meminta wang sebanyak RP 150 juta dengan itu mereka tidak akan mengkhabarkan hal itu kepada umum. Namun pengusaha itu berasa begitu takut terhadap suspek-suspek itu dan beliau mengatakan bahawa dia hanya mempunyai RP 8juta.
“Kerana tidk berpuas hati dengan jawapannya itu,suspek-suspek itu telah merampas sebahagian besar barang-barang kemas daripada pengusaha tersebut.” jelas Murdani

China mendahului India sebagai pengguna emas No.1: WGC

 

 

LONDON – (MarketWatch) – China mendahului India sebagai pengguna emas tertinggi di dunia pada suku pertama tahun ini, mengeratkan lagi harapan bahawa China akan menjadi kuasa belian dominan dalam pasaran emas pada tahun 2012, Majlis Emas Dunia mengumumkannya hari ini.

Permintaan emas India turun 19% dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kepada 207.6 tan metrik. Sektor emas domestik bingung oleh mogok berikutan pengumuman cukai baru ke atas perdagangan emas dan kelemahan dalam Rupee India yang dibuat emas denominasi dolar lebih mahal untuk pembeli India.

Sebaliknya permintaan emas Cina meningkat 7% dalam tempoh yang sama, untuk 255,2 tan, mengikut  WGC.

Di antara mereka, China dan India telah menyumbang 54% daripada permintaan emas global pada suku pertama.

Walaupun pertumbuhan permintaan China ini bermula dengan permintaan emas yang sederhana dan India dijangka untuk memilih sehingga suku tahun ini sebagai pasaran menyesuaikan kepada undang-undang yang baru dan struktur cukai, China harus kekal pengguna emas tertinggi di dunia bagi baki tahun ini, kata WGC.

“Kami masih mengharapkan China melebihi India tahun ini dalampermintaan emas secara keseluruhan,” Marcus Grubb, WGCpengarah urusan pelaburan, kepada Dow Jones Newswires dalam satu temu bual.

 

Permintaan Emas di Bandar Aceh Meningkat

 

Bandar Aceh – Permintaan emas di kalangan peniaga di Banda Aceh dalam tiga minggu terakhir ini meningkat, kerana harga logam tersebut mengalami penurunan yang drastik.

Ida, salah seorang peniaga Toko Emas Asia di Banda Aceh, Rabu 16 Mei 2012 menyatakan, masyarakat sekarang ini lebih banyak membeli emas, kerana harganya yang masih rendah.

Akibat banyaknya permintaan, persediaan emas batangan lokal (kadar 99,5 persen) sudah tidak ada lagi , hanya tinggal emas “LM” (logam mulia) berharga 99,99 persen.

Dikatakan, harga emas LM saat ini adalah Rp465.750/gram, sedangkan sebelumnya pernah mencapai antara Rp480.000 hingga Rp490.000/gram.

“Penurunan harga emas kali ini cukup rendah, karena hampir tiga minggu terus mengalami penurunan. Ini jarang terjadi,” katanya.

Dikatakan, emas  jenis batang lokal sejak Selasa (15/5) penjualannya sudah habis, karena dibeli masyarakat untuk pelaburan.

Harga emas batangan pernah mencapai sehingga Rp514.000/gram, kerana penurunan harga, maka pengguna berebut-rebut membeli emas karena dikatakan harganya bakal naik lagi, katanya.

Ida menyatakan, turunnya harga emas tersebut karena pengaruh krisis ekonomi di Yunani yang berpengaruh pada turunnya nilai mata uang Euro.

Sementara harga emas perhiasan dengan kadar 99 persen juga mengalami penurunan dari Rp1.620.000/mayam (3,3 gram) menjadi Rp1.570.000/mayam.

Dikatakan, meskipun harga turun, namun ada juga pengguna yang menjual emas, kerana situasi yang mendesak, tapi jumlah penjualannya tidak begitu banyak.

Salah seorang pembeli, Rina menyatakan, keinginan dirinya mahu membeli emas batangan lokal, tapi kerana stoknya sudah berkurangan, maka membeli emas LM, meskipun harganya sedikit lebih mahal.

Ia menyatakan, dirinya lebih tertarik untuk membeli emas batangan, sebagai pelaburan, karena apabila harganya naik, maka bisa dijual lagi dalam nilai yang kecil yang kecil.

Ia memperkatakan harga emas akan naik kembali, apalagi mendekati hari raya Aidil-fitri.

Warga Bandar Aceh semakin meminati pelaburan dalam bentuk emas, setelah sejumlah bank menyedediakan khidmat untuk menyimpan dan menggadaikan emas batangan.

Selain Perum Pegadaian, sejumlah bank, seperti BRI Syariah, Bank Syariah Mandiri, BNI Syariah, dan Bank Aceh Syariah juga membuka unit usaha jasa gadai emas.

Keuntungan dalam bidang pelaburan melalui logam emas sangat banyak, di antaranya keinginan niat mulia menunaikan ibadah haji, mempersiapkan pembiayaan pendidikan anak pada masa mendatang, memiliki tempat tinggal dan kenderaan.

 

 

Perompak bersenjata rompak kedai emas

 

Jakarta:  Sekumpulan perompak bersenjata api merompak dua kedai emas di Pasar Fajar Jaya, Jalan Haji Basar, Jati Cempaka,Pondok Gede, Kota Bekasi, Semalam 15/5. Dari dua kedai emas itu, perompak berjaya merompak emas yang bernilai ratusan juta Rupiah.
Ketua polis Polda Metro Jaya, AKBP HelmySantika, mendedahkan dua kedai yang dirempuh perompak tersebut adalah Kedai Emas Kings milik Tjong Dji Khoi, 48 tahun, dan Kedai Emas Kuala Lumpur milik Lim She Lit, 29 tahun. Hanya Dari Kedai EMas Kings, perompak menggasak emas 1.5 kg bernilai 200 jutarupiah.

Sedangkan dari Kedai Mas Kuala Lumpur, perompak menggasak 400gram emas bernilai 60 juta ringgit, “ungkap Helmy di Jakarta, Selasa(15/5).

Menurut Helmy, rompakan terjadi pada petang hari semalam. Perompak-perompak yang dimaksudkan adalah seramai 10 orang. Mereka memandu enam buah motosikal dan memasuki kawasan kedai-kedai emas dengan mengeluarkan senjata api.

“Dua daripada perompak-perompak tersebut  mengawasi di tepi jalan, sementara lapan pelaku lain masuk mengambil emas perhiasan,” tutur Helmy. Helmy menambah salah seorng perompak sempat memukul Sutarman, 49 tahun, dan seorang peniaga ayam, Sutarno, 33 tahun, sehingga keduanya mengalami luka koyak di bahagian kepala.

 

 

Lombong-lombong emas di dunia

 

Plasadana.com – Sejak lima tahun ini yang lepas, harga pasaran emas telah melonjak lebih dua kali ganda. Bukan sekadar keperluan, walaupun kini emas mengalami kejatuhan di pasaran,namun harganya diperkatakan masih akan terus naik.

Di bursa pasaran London, setiap hari nilai transaksi emas mencapai $75 mill atau sekitar R676 Trill. Sebagai gambaran, transaksi di Bursa Efek Indonnesia sehari hanya Rp5 Trill,bermaksud sebanyak 135 hari transaksi di pasaran Jakarta diperlukan untuk menyamakan dengan wang yang berada di Bursa komoditas London.
Besarnya beza dalam transaksi ini adalah disebabkan dengan kekurangan stok emas. Dalam gambaran yang dibuat oleh CNBC, seandainya seluruh emas di dunia digabungkan, jumlahnya melebihi dua kolam renang Olimpik.

Ahli masyarakat Geologi Amerika Syarikat memperkatakan, jumlah emas yang masih ada dalam tanah adalah seitar 51 ribu toan, atau 1.76 Mill troi auns. Jumlah terbesar berada di Indonesia. Di manakah yang lainnya?

 

 

9. Kalgoorlie Super Pit

Lokasi: Kalgoorlie, Australia
Produksi 2011: 750,000 troi ons
Pengelola: Barrick Gold

8. Lagunas Norte

Lokasi: Santiago de Chuco, Peru
Produksi 2011: 770,000 troi ons

Active Miners: Barrick Gold
Mining Operations: Open pit

7. West Wits

Lokasi: Carletonville, South Africa
Produksi 2011: 792,000 troi ons
Pengelola: AngloGold Ashanti

6. Vaal River

Lokasi: Klerksdorp, South Africa
Produksi 2011: 831,000 troi ons
Pengelola: AngloGold Ashanti

5. Veladero

Lokasi: San Juan, Argentina
Produksi 2011: 957,000 troi ons
Pengelola: Barrick Gold

4. Goldstrike

Lokasi: Eureka and Elko Counties, Nev.
Produksi 2011: 1,088,000 troi ons
Pengelola: Barrick Gold

3. Yanacocha

Lokasi: Cajamarca, Peru
Produksi 2011: 1,293,000 troi ons
Pengelola: ewmont Mining; Buenaventura; World Bank

2. Cortez

Lokasi: Elko, Nev.
Produksi 2011: 1,421,000 troi ons
Pengelola: Barrick Gold

1. Grasberg

Lokasi: Papua, Indonesia
Produksi 2011: 1,444,000 troi ons
Pengelola: Freeport-McMoRan Copper & Gold