Pedagangan emas yang haram antara yang paling banyak di dunia.

Perdagangan haram masih berleluasa di dunia, Cuba bayangkan jumlah keuntungan besar yang diperolehi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Berikut adalah 10 perdagangan haram yang masih berjalan dan memberikan keuntungan berlipat ganda kepada Pihak yang tidak bertanggung.

10. PERDAGANGAN ORGAN MANUSIA

[imagetag]

 

Perdagangan organ tubuh manusia ini memiliki keuntungan mencapai $ 1,2 milion setiap tahun, negara negara miskin seperti China, Peru, India, Turki dan Brasil adalah korban dari perdagangan ini biasa nya mereka menjual organ tubuh manusia ini kepada negara negara yang menawar dengan harga tingi seperti negara Amerika Serikat, Kanada “neo-kanibalisme.”, Itali dan Jepun.

 

9. PERDAGANGAN EMAS

[imagetag]

 

Keuntungan perdagangan haram emas ini mencapai sekitar $ 2.300.000.000 setiap tahun. Negara negara yang paling banyak terlibat dalam perdagangan emas ini adalah Peru (hampir 40% dari perdagangan emas di negara ini adalah haram) Rusia, Uzbekistan, Mali, Brasil, Argentina dan Papua Nugini. Emas haram ini biasa di jual di negara negara kaya di dunia. Emas haram adalah emas yang dilombong dan dikeluarkan tanpa permit dari pihak kerajaan.

 

8. PERDAGANGAN KAYU BALAK

[imagetag]

Perdagangan kayu balak haram ini memiliki keuntungan sekitar $ 4,9 million, Perdagangan kayu haram ini biasanya sering terjadi di negara negara Afrika Tengah, Asia Tenggara, dan Amerika Selatan kayu balak haram ini biasa di jual ke negara Amerika dan benua Eropah.

 

7.PENCURIAN DAN PERDAGANGAN SENI 

[imagetag]

Aktiviti haram ini memiliki keuntungan sekitar $ 6,3 million setiap tahun, Negara yang biasa yang menjadi korban dari perdagangan pencurian karya seni adalah negara-negara seperti Cina, Thailand, Turki, Afghanistan dan Iraq, dan barang berakhir di tangan pelanggan kaya di Eropa dan Amerika Serikat.

 

6. PERDAGANGAN HAIWAN LIAR

[imagetag]

Perdagangan ini memiliki keuntungan mencapai US $ 10 miliON setiap tahun, meskipun beberapa orang memperkatakan perdagangan ini sebenarnya mencapai sehingga $ 25 milion. Haiwan- haiwan yang di perdagangkan kebanyakannya dari negara Afrika dan Asia Tenggara dan dijual kepada pembeli di China (untuk ubat tradisional), Eropa, dan AS. Dalam 8 tahun terakhir, populasi harimau di India telah hilang 50% sebagai akibat dari perburuan secara liar untuk perdagangan haram.

 

5. PERDAGANGAN MINYAK

[imagetag]

Perdagangan minyak secara haram memiliki keuntungan sebanyak $ 10,8 million setiap tahun. Penjualan minyak haram ini biasanya dari negara penghasil minyak termasuk Rusia, Arab Saudi, Irak, Venezuela, Mexiko dan Bulgaria.

 

4. PERDAGANGAN IKAN

[imagetag]

Perdagangan ini memiliki keuntungan mencapai $ 11,3 million setiap tahun . Perdagangan ikan secara haram sering terjadi di Asia Tenggara dan Afrika, dan di jual kepada negara pelanggan termasuk Jepun, Eropa, Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Cina. Indonesia juga bertanggungjawab ke atas 1,6 juta ton ikan haram yang dijual di pasaran antarabangsa.

 

3. PERDAGANGAN MANUSIA

[imagetag]

Perdagangan ini biasa mendapatkan keuntungan mencapai $ 31,6 million. Kebanyakan mereka yang dijual adalah budak yang dibawa dari negara-negara berkembang seperti pecahan Uni Soviet, Brasil, Kolombia, negara-negara Afrika Utara dan sudah tentunya India, Pakistan dan Cina. Sekitar 2,5 juta orang menjadi korban perdagangan manusia.

 

2. PEMALSUAN

[imagetag]

Pemalusan memiliki keuntungan mencapai $ 250 millon setiap tahun. Negara negara yang paling banyak melakukan tindakan pemalsuan antara lain ialah Cina, Rusia, Taiwan, India, Malaysia dan Filipina dan sebagian besar barang yang dikelurkan dijual semula ke China sendiri serta AS dan Eropa. Selain barang yang paling banyak di palsukan adalah wang kertas, dolar amerika adalah wang kertas yang paling banyak di palsukan di dunia.

 

1. PERDAGANGAN NARKOTIK

[imagetag]

Perdagangan narkoba memiliki lebih dari $ 300 million setiap tahun. Narkotik adalah singkatan dari narkotika dan ubat/bahan berbahaya. Hingga kini penyebaran penyalahgunaan narkotik sudah hampir tak dapat dicegah.[rujukan?] Mengingat hampir seluruh penduduk dunia dapat dengan mudah bahan ini dari pihak  yang tidak bertanggung jawab.[rujukan?] Tentu saja hal ini menyebabkan membuat orang tua, organisasi masyarakat, dan pemerintah bimbang.

 

Perkara yang mempengaruhi harga emas

penyebab harga emas naik atau turun

Harga emas dipengaruhi oleh beberapa faktor. Berikut ini adalah faktor – faktor yang mempengaruhi harga emas dan menjadi penyebab harga emas naik atau turun:

1. Situasi Ekonomi Dunia
Saat terjadi krisis ekonomi di Amerika tahun 2008, orang lebih memilih menyimpan emas karena merasa nilai wang kertas jatuh. Hasilnya, harga emas melonjak.

2. Situasi Politik Dunia                                                                                          Panasnya situasi politik dunia seperti saat Amerika melakukan perebutan kuasa ke Iraq juga memberi kesan terhadap harga emas. Pada saat itu banyak orang yang khuatir akan kesan perang, Hasilnya banyak yang beralih ke emas sehingga mengakibatkan harga emas naik.

3. Naiknya Permintaan Emas
Permintaan emas akan mengalami kenaikan apabila berlakunya permintaan daripada orang ramai dengan mempromosikan produk tersebut  seperti Cina dan India. Cina dan India adalah pembeli emas terbesar di Dunia. Konon katanya Cina mewajibkan setiap warga negaranya untuk menabung 2 gram emas setiap bulan. Jika permintaan kedua negara ini naik, hal ini akan melonjakkan lagi harga emas. Di India sendiri permintaan emas naik ketika terjadi musim kawin yang terjadi pada bulan September-Oktober.

4. Inflasi
Ketika inflasi meleset , emas biasanya diburu. Inflasi yang meleset dan apabila  pasaran ekonomi negara tidak menentu  membuatkan emas diburu sehingga menyebabkan harga emas naik karena naiknya permintaan.

5. Nilai bunga
Ketika nilai bunga naik, banyak yang meyimpan wang dalam bentuk deposit. Ketika nilai bunga turun, emas menjadi pilihan. Hal ini menyebabkan harga naik.

6. Harga Dollar AS
Ketika harga dollar AS turun, harga emas biasanya naik.

7. Harga minyak
Kenaikan harga minyak biasanya diikuti kenaikan harga emas. Namun biasanya kesannya tidak terjadi secara langsung. Misal, Ketika harga minyak naik, boleh menyebabkan  terjadinya inflasi yang berlebihan sehingga menyebabkan harga emas ikut naik.

Harga emas, selain dipengaruhi oleh situasi ekonomi dan politik dunia, juga dipengaruhi oleh banyak permintaan atau yang membeli emas dimana dalam situasi ini berlaku dalam hukum ekonomi. Permintaan untuk pembelian emas naik, harga naik. Hal itulah yang menyebabkan harga emas terjaga sehingga sangat sulit untuk diramalkan apa yang membuatkan harga emas jatuh hingga ribuan dollar.

Video debat PTPTN Khairy vs Rafizi

Rangkaman Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berlansung pada 22 Mei 2012 di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di Shah Alam, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24

Perhiasan emas kuno ditemui di Israel

Headline

Inilah.com , Tel aviv, anting emas ini merupakan daripada koleksi perhiasan kuno yang ditemui oleh ahli Arkeologi di utara Israel. Ada juga yang memberi pendapat bahawa koleksi ini sebernarnya berasal daripada Mesir.

Koleksi perhiasan emas dan perak ini tersembunyi di dalah sebuah lubang di Jezreel Valley. Perhiasan ini dikatakan berasal dari 1,100 sebelum masihi. Setelah diteliti,ahli arkeologi mengesahkan bahawa sebahagian dari koleksi perhiasan tersebut sememangnya berasal dari Mesir.

Eran Arie daripada Tel Aviv University mengatakan, bahawa beberapa bahan dan cara penyembunyian koleksi perhiasan tersebut sama seperti yang dilakukan di Mesir.

Para penyelidik berpendapat,tempat penyembunyian perhiasan itu bukanlah tempat penyimpanan perhiasan yang biasa. “Jelas sekali, mereka yang menyembunyikan koleksi perhiasan tersebut kerana beberapa alasan, salah satunya seperti mereka menyembunyikannya bukan untuk dijumpai oleh sesiapa.Seperti sebuah tempat yang sangat rahsia,” kata David Ussishkin,juga daripada Tel Aviv University.

 

Kemewahan perkahwinan Mark zuckerberg dihiasi dengan emas dan belian

rubyringengagementengagedmarry Facebook CEO Mark Zuckerberg married girlfriend Priscilla Chan

 

Kos persalinan perkahwinan bilionair Facebook, Mark Zuckerberg, 28 tahun, dilaporkan bernilai RM7.2 juta!!
Ia belum lagi kos sewaan dewan bagi majlis persandingan Mark Zuckerberg dengan gadis pilihannya, Priscilla Chan yang dikatakan berjumlah ratusan ribu ringgit!!
Priscilla Chan dikatakan mengenakan set persalinan yang ditaja selepas Mark Zuckerberg meletakkan status di facebook – “Mencari Sponsor” dan berpusu-pusulah penaja mahu menumpang kasih akan kegemilangan meminjamkan produk mereka dengan syarat ia dipulangkan selepas majlis mereka.
Gaun yang dipinjamkan bertatah mutiara lengkap dengan set barang kemas dan kasut yang kesemuanya bernilai RM7.2 juta!
Mark Zuckerberg ketika datang ke pejabat sebuah akhbar tempatan bagi menghantar kad jemputan berkata:
“Saya harap semua wartawan dapat sama-sama meraikan hari bahagia saya ini kerana taknak ada kolum penulis hiburan cerca saya sebab lupa nak jemput dia,” katanya dalam nada riang.
Ketika majlis pertunangan Zuckerberg yang dikatakan bernilai RM5juta sebelum ini, dia terlupa untuk menjemput wartawan hiburan lantas ia menjadi bahan cercaan mengatakan Mark Zuckerberg lupa daratan, tak sekolah, budak tak sunat, muka tak mandi pagi dan pelbagai lagi walaupun dia mendakwa – dia bukan tak mahu jemput, tetapi majlis pertunangannya dibuat masa cuti Raya.
“Saya tak mahu ganggu cuti raya wartawan hiburan, takut kalau saya jemput, saya kena cerca jugak,” katanya dalam nada sedikit sayu.
Apabila tidak dijemput, wartawan hiburan turut membalas dendam dengan menulis dalam kolum mereka, majlis pertunangan Mark Zuckerberg hambar, takde class, solekan teruk, cincin murah, walhal lelaki bilionair itu melantik juruperunding perkahwinan paling vass dan terkenal bagi mengendalikan majlis pertunangan itu agar tampak hebat dan menakjubkan mengalahkan majlis perkahwinan.
Zuckerberg sememangnya mahu sentiasa setanding dengan artis-artis lain dengan membelanjakan wang begitu banyak untuk majlis pertunangan dan ia dikatakan turut diserikan dengan pertunjukan bunga api, sculptured balloons dan persembahan magis.
Berbalik kepada majlis perkahwinan Mark Zuckerberg, ia bukan lagi majlis perkahwinan sebenarnya tetapi bagai satu acara kerana pihak media terpaksa memetik statement dari ‘penganjur’ dan bukan mak pengantin yang lazimnya dilakukan sebelum ini.
Menurut penganjur, cita-cita mereka adalah untuk mengadakan Wedding of The Year maka rumah Mark Zuckerberg di Palo Alto, California dibalut sampai bumbung dengan hiasan bunga hidup, manakala Priscilla mengenakan pakaian berikut:

Dua persalinan iaitu setiap satu bernilai RM500,000 tajaan satu kedai emas di Pontian, ketika majlis persandingan.
  1. Dua set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu merangkumi anting-anting, gelang tangan, cincin dan tiara.
  2. Dua pasang kasut rekaan khas kedai kasut Pertama Complex bertatah berlian yang dianggarkan bernilai RM300,000 sepasang.

 

 Mark Zuckerberg ketika ditanya bagaimanapun enggan menyatakan sama ada dia turut menjemput chef terkenal kerana menurut sumber, dia khuatir Chef terbabit akan menghantar twitter “majlis menelan belanja RM12 juta tapi pengantin sebagai peragawan dan peragawati jek.”

Tetapi sumber-sumber penganjur mendakwa Mark Zuckerberg sudahpun mengatur untuk menghantar berkat kepada Chef berkenaan sebagaimana budaya orang kahwin. Dalca lebih dikatakan turut diberi.

Dengar khabarnya juga, sebuah Muzium turut berminat untuk mempamerkan pakaian isteri Zuckerberg bagi menarik perhatian pengunjung yang semakin kurang datang ke muzium kerana pengaruh Facebook.
Sumber turut menambah, Priscilla dikatakan menerima hantaran mewah berupa sebuah banglo bernilai RM5 juta.
Bagaimanapun, media agak kecewa kerana Priscilla tidak mengenakan gaun perkahwinan yang menampakkan belahan buah dada dan bergambar tunduk untuk dikongsi bersama peminat.
Oh, Priscilla turut dikatakan menerima sebuah kereta rekaan British, iaitu Mini Cooper biarpun mengharapkan Zuckerberg membelikan dia sebuah kereta Audi TT.
Sebaik foto perkahwinan Priscilla dan Mark Zuckerberg disiarkan di internet, ramai mendakwa itu bukan Mark Zuckerberg tetapi Aidid Marcello yang bertugas di TV3.
Syella, eh Priscilla menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.
Priscilla Chan mengadakan majlis perkahwinan tanpa pengetahuan media kerana menghormati permintaan suaminya. Lagipun dia masih kecil hati kerana ada media menuduh Mark Zuckerberg tak sunat.
Namun, dengar khabar, sebuah televisyen satelit sedang memujuk kedua mereka untuk membenarkan siaran live diadakan termasuk melakonkan semula saat melamar di atas pentas di mana ribuan penonton akan diwajibkan menepuk gemuruh biarpun dah tahu, mereka sudah berkahwin.
Skrip sudah disiapkan awal lagi termasuk adegan Priscilla Chan menangis teresak esak di mana ia pastu menyentuh hati penonton dan menerima komen ‘alololo suwitnyaaaaaaa’ dan ia mampu meningkatkan rating televisyen satelit itu.
Selepas bercinta 9 tahun, mereka berkahwin dan ia dikatakan akan disiarkan secara langsung dalam rancangan khas Kahwin Sudah.. Klik Like Zuckerberg dan Chan.
Oh, kad jemputan mereka juga unik, menggunakan interface Friendster dan bukannya Facebook.
Dengar khabar, mereka juga akan dijemput sebagai peserta Mania.
Malangnya, kami tak dapat datang untuk buat liputan kerana Mark Zuckerberg bukan di Malaysia.

 

 

Apabila emas sedang naik, Dolar tertekan.

Harga emas melonjak hari ini (21/05) di perdagangan Asia yang mulai tampak bersemangat. Namun kenaikan harga emas masih terhad oleh laporan yang menyatakan bahawa The Fed tidak akan melakukan pengenduran dalam polisi.

Di bahagian Comex New York Mercantile Exchange, emas yang dijangka untuk penghantaran Jun naik 0,16 peratus menjadi1.594,45 dolar per ounce. sepanjang sesi ini, pasaran terendahnya berada di 1.590,25 dolar per ounce dan kitaran tertingginya di 1.597,35 dolar per ounce.Minggu lalu, The Fed mengeluarkan kenyataan bahawa The Fed memutuskan hanya akan memberikan dana rangsangan jika perkembangan ekonomi AS menunjukkan tanda-tanda lemah.

Dengan adanya pengenduran dalam polisi tersebut membuat harga emas naik dan dolar lemah. Komen dari The Fed tersebut membuat emas kembali melonjak setelah lemah beberapa minggu terakhir diAsia.

Masih di bahagian Comex, perak yang dijangka untuk penghantaranJulai turun 0,45 peratus menjadi 28,587 dolar per ounce. Mnakala Tembaga yang dijangka untuk penghantaran Julai naik 1,21 peratus menjadi3,485 dolar per pon.

Harga emas naik 3 hari berturut

 

(Vibiznews – Commodity) – Pada perdagangan elektronik hari ini (21/05) harga emas masih dalam lanjutan proses kenaikannya . Harga emas kembali menguat untuk tiga hari berturut-turut mengikuti pergerakan saham Euro yang juga menguat dengan cukup stabil terhadap dolar AS.

Pada pertemuan kelompok G8 akhir minggu lalu para pemerintah negara-negara kelompok G8 telah berkomitmen untuk memerangi krisis kewanngan global saat ini. Kelompok G8 juga berkomitmen untuk menolong Greece supaya tetap menjadi anggota Euro kerana dengan keluarnya Greece,ianya akan memberikan kesan yang teruk kepada pasaran benua eropah.

Hari ini harga emas spot nampak masih bertahan . Harga emas spot menguat di posisi 1596.85 poin, naik sebesar 4.40 dolar dibandingkan posisi penutupan perdagangan akhir minggu lalu. Harga emas hari ini sekaligus menjadi yang paling tinggi sejak 10 Mei lalu.

Syarikat emas dan belian Habib Jewel melabur 3 juta untuk cawangan di Ipoh

 

HABIB Jewel Sdn Bhd membuka cawangan pertamanya di Perak, di Pasar Raya Besar MYDIN Meru Raya di Ipoh.

Syarikat berkenaan melabur kira-kira RM3 juta bagi membuka cawangan kedai emas dan berliannya yang ke-25 itu. Pengarah Urusan Habib Holdings Sdn Bhd, Datuk Meer Sadik Habib, berkata pihaknya sudah lama merancang membuka cawangan di Perak dan mengenal pasti kompleks beli-belah berkenaan dilihat sebagai lokasi paling strategik. “Kami menerima permintaan tinggi dari penduduk Perak terutama daripada 65,000 peminat dalam laman sosial facebook kerana sebelum ini mereka terpaksa ke Pulau Pinang atau Kuala Lumpur untuk membeli produk atau mendapatkan perkhidmatan kami.

“Dengan pembukaan cawangan pertama di Perak, kami boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kami di sini,” katanya ketika ditemui Berita Harian di Ipoh, semalam.

Hadir sama, Pengurus Besar Operasi Cawangan HABIB JEWEL, Mohd Zaruddin Mahmud.

Meer Sadik berkata, serentak dengan pembukaan cawangan itu, Habib Jewel mengadakan promosi potongan harga sehingga 70 peratus untuk barangan berlian dan permata terpilih, diskaun antara RM7 hingga RM20 untuk emas 916 terpilih serta kadar tukar beli emas dan berlian pada kadar harga terbaik. Promosi itu akan berlangsung sehingga akhir bulan ini.

Beliau juga berkata, berbanding tahun lalu yang menyaksikan peningkatan harga emas sehingga 30 peratus, tahun ini menyaksikan penurunan harga bahan itu berkemungkinan kerana masalah ekonomi di Eropah terutama di Greece yang masih belum pulih.

Justeru, katanya, sekarang adalah antara masa terbaik untuk membeli emas atau barangan kemas lain seperti berlian kerana dalam jangka panjang, harganya akan meningkat.

Meer Sadik berkata, pihaknya turut menjual jongkong emas 999 bermula dari berat lima gram, 10, 50 dan 100 gram sehingga satu kilogram untuk mereka yang berminat menjadikan emas sebagai satu bentuk pelaburan.

Barangan berlian dan rekaan yang dijual pula, katanya memenuhi kehendak muslimah terutama untuk wanita yang memakai tudung seperti rantai panjang dan kerongsang manakala butang baju Melayu pula untuk lelaki.

Beliau berkata, jika sambutan baik terhadap cawangan di Meru Raya itu berterusan, pihaknya tidak menolak membuka cawangan lain di Perak memandangkan kedudukan negeri itu yang besar dan kuasa beli penduduknya yang semakin meningkat.

Polis dan wartawan peras ugut pengusaha emas

 

Medan: Dua anggota polis yang bertugas di Polsek Kutalimbaru,Deliserdang, dan empat wartawan ditangkap Unit Jatanras Polda Sumatera Utara. Mereka didakwa telah melakukan pemerasan terhadap pengusaha emas di Medan, Purnamurti.
Pada ketika ini keenam pesalah itu masih menjalani pemeriksaan penyiasatan di Ditreskrimun Polda Sumatera Utara. Pihak polis mengatakan keenam-enam suspek itu ditangkap ketika melakukan peras ugut terhadap seorang pengusaha emas di Pasar sentral.
Polis telah merampas enam beg yang mangandungi barang kemas dan wang tunai berjumlah RP 9juta. Menurut testimoni suspek, sebahagian daripada barang-barang kemas itu telah pun dijual oleh mereka.
Enam suspek iaitu Briptu Ezak Qoiman, Brigadier Syahrizal ahli polis dari Kutalimbaru, sedangkan suspek dari kalangan wartawan ialah Zulmi Aldi, Kiki Budi,Wasis, dan Agam Darmawi. “Semuanya dikenakan hukuman bagi kanun keseksaan 368KUHP akta peras ugut,” kata Murdani.
Daripada keseluruhan hasil siasatan, dinyatakan bahawa, sebenarnya suspek- suspek tersebut telah mengertak pengusaha tersebut dengan menyatakan bahawa barang-barang yang dijualnya semuanya hanyalah palsu,lalu mereka meminta wang sebanyak RP 150 juta dengan itu mereka tidak akan mengkhabarkan hal itu kepada umum. Namun pengusaha itu berasa begitu takut terhadap suspek-suspek itu dan beliau mengatakan bahawa dia hanya mempunyai RP 8juta.
“Kerana tidk berpuas hati dengan jawapannya itu,suspek-suspek itu telah merampas sebahagian besar barang-barang kemas daripada pengusaha tersebut.” jelas Murdani

Boleh ke buat pembiayaan peribadi utk beli emas?

 

hanya ada DUA sebab sahaja anda boleh buat pembiayaan peribadi (terma syariah utk personal loan).
1. Untuk membeli emas
Apabila anda gunakan sepenuhnya duit tersebut untuk membeli emas dan menjalankan teknik trading/jualbeli yg betul anda boleh menjana pulangan sehingga 30% atau lebih setahun. Sebagai contoh sekiranya anda membuat pembiayaan peribadi BSN, dgn rate sekarang anda hanya perlu membayar 11% sahaja dari jumlah pinjaman untuk setahun. Jadi baki yg anda dapat ialah sebanyak 19%! Apa yg lebih menarik harga emas sentiasa meningkat dari setahun ke setahun. Jadi susahlah untuk anda rugi.
2. Untuk menyelesaikan ‘bad debt’ seperti hutang kad kredit
Antara kelemahan orang kita ialah apabila memiliki kad kredit dia menganggap had kredit atau ‘credit limit’ itu ialah wangnya sendiri dan dia boleh berbelanja sesuka hati, hujung bulan hanya perlu bayar minimum. Kalau anda nak tahu inilah antara sebab utama ramai yg muflis akibat hutang kad kredit. Anda akan dikenakan caj harian hinggalah kesemua bayaran tertunggak itu selesai. Kalau ini yg anda amalkan saya berani jamin anda bukan sahaja akan hutang keliling pinggang malah anda boleh tenggelam terus dalam hutang tersebut (muflis)! Di sinilah gunanya pembiayaan peribadi, ia akan membantu membebaskan diri anda dari along hutang kad kredit.
Cuma yg agak menyedihkan, buat masa ini hanya yg bekerja kerajaan sahaja dapat menikmati kelebihan pembiayaan peribadi ini. Kalau anda nak tahu saya pernah jumpa seorang pekerja swasta yg sanggup berhenti dan kerja kerajaan dgn gaji lebih rendah hanya semata-mata mahu membuat personal loan utk beli emas dan berniaga emas! Sekarang dia telah jadi jutawan emas 🙂