BANK RAKYAT merancang untuk menambah kedai pajak gadai Islam Ar Rahnu Exchange di seluruh negara, menurut Pengarah Urusannya, Datuk Mustafha Abd Razak.
“Sepanjang tahun ini, 11 kedai Ar Rahnu telah dibuka di seluruh negara dan jumlah itu dijangka akan bertambah dengan pembukaan tujuh lagi cawangan pada masa akan datang.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini“Tujuh yang dimaksudkan adalah di Semenyih (Selangor), Sungai Udang (Melaka), Masai (Johor), Sitiawan (Perak), Bandar Tasik Titiwangsa (Kuala Lumpur), Satok (Sarawak) dan Jeli (Kelantan),” katanya.
Selain itu, beliau memberitahu Bank Rakyat menyasarkan seramai 1,500 pelanggan akan mendapatkan khidmat di kedai Ar Rahnu yang baru dibuka di Benut, Pontian.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda“Pembukaan cawangan baru di Benut ini memberi kemudahan kepada penduduknya kerana tidak perlu lagi bergerak sejauh 23 kilometer ke Bandar Pontian.
“Premis ini juga turut menempatkan mesin deposit dan pengeluaran wang untuk kegunaan orang ramai bagi melaksanakan urusan perbankan seperti pembayaran bil, pemindahan wang, dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata, selain dapat menawarkan skim pajak yang selaras dengan kehendak agama, kaunter-kaunter Ar Rahnu juga dapat dijadikan sebagai satu mekanisme untuk program mikro kredit disediakan kerajaan.
“Sebagai sebuah entiti di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), kami komited untuk mengukuhkan sektor koperasi.
“Ini kerana Bank Rakyat yang ditubuhkan pada tahun 1954 merupakan koperasi Islam terbesar di negara ini dengan aset berjumlah RM82.7 bilion sehingga Mac 2013,” katanya.