Sekarang ni ramai yang suka bagi baby girl dorang pakai barang kemas. Comel.. kecik2 lagi kat leher yang berkilau emas.. kat lengan yang bersinar emas. Tak salah kalau ada rezeki lebih nak laburkan kat anak – anak. Tapi dalam kita menyatakan kasih sayang dari kilauan emas kat badan anak kita tu tanpa sedar kita sedang dedahkan si kecil tu pada bahaya besar. Nak tahu bahaya apa?? Jom kita baca..
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniZaman sekarang zaman jenayah berleluasa.. Rompak, ragut, samun, bunuh, culik & sebagainya hari2 kita boleh dengar, baca & tengok samada kat laman sosial, tv & akhbar. Sasaran penjenayah ni tak hanya pada golongan dewasa jer.. Sekarang ni tak kira sekecil2 anak hinggalah sebesar2 bapak semua berisiko menjadi mangsa jenayah. Jenayah ragut, samun & rompak barang kemas ni bukan isu baru.. Selalu kita dengar mak2.. makcik2.. akak2.. je kena ragut & samun barang kemas.. Jarang kita dengar budak2 kecik & baby2 kena ragut rantai kat leher atau kena samun gelas emas kat lengan kan?? Kes ni kita jarang dengar tapi tak semestinya tak ada berlaku rompakkan/samun/ragut kepada kanak2. Ada.. cuma kita dengar dari mulut ke mulut tak highlight besar2 kat media massa.
Bila kita pakaikan anak2 kecil kita dengan emas yang sekarang menjadi satu benda berharga ni tanpa kita sedar kita dah dedahkan anak2 kita kepada risiko yang besar. Penjenayah ni ada kat mana mana saja.. Adik den pernah cerita anak kawan dia.. kena rompak rantai emas. Nasib baik la penyamun tu tak buat apa2 yang boleh mendatangkan bahaya kat budak tu. Cuma dia guna psykologi je nak ambil rantai emas yang budak tu pakai. Hilang emas boleh kumpul duit beli semula tapi kalau jadi apa2 kat anak.. boleh ke kumpul duit beli anak yang sama kat mana2 supermarket atau kedai runcit??
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Andamanalah tau.. tetiba kita kat tepi jalan dengan anak kecik kita nak lintas jalan.. kat leher anak berkilau2 emas.. si emak bertudung tak nampak la emas. Si peragut mesti target benda yang dia nampak jer kan?? tetiba.. dia datang rentap rantai leher anak kita, jatuh tersungkur budak tu atas jalan.. datang pulak kereta lain. Ya Allah.. minta jauhkanlah dari semua tu berlaku pada kita semua tapi pada masa yang sama kita kena la ambil langkah keselamatan. Jangan mendedahkan anak kita kepada bahaya & risiko jenayah. Biar orang pandang miskin.. Tak miskin kita dengan pandangan orang tu asalkan kita semua berada dalam zon selamat.
Pada mak bapak semua termasuk diri sendiri.. Memang bila tengok anak orang di pakaikan emas kita pun nak anak kita rasa benda yang sama. Macam tu jugak den ni.. tapi den ni kadang2 imaginasi jauh kedepan. Bila terfikir semua bahaya2 tu.. Takpe la.Biarlah anak ku kosong tak ber emas permata asalkan dia sentiasa selamat. Asalkan dia membesar dengan sihat, itulah hiasan paling cantik yang paling berharga dari seorang ibu kepada tubuh badan anaknya.
link: http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2013/08/bahaya-pakaikan-emas-kepada-anak-anak.html