Kenapa perlu miliki Emas ?

etika_emas_3goldbar

1) Emas ialah kekayaan yang sebenar.

Dari 6000 tahun dahulu emas telah menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan dan simbol kekayaan. Bermulalah sejarah emas di mana orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop dengan nama firaun sebagai mata wang mereka. Persoalannya mengapa manusia memilih emas sebagai simbol kekayaan? Ini adalah disebabkan:

1. Warnanya yang cantik, di mana warna kuning keemasan itu memang sangat menarik dan yang penting warnanya tidak akan pudar selamanya.
2. Kita tahu emas tidak boleh dibinasakan walaupun dengan haba yang tinggi, walaupun ia lebur ia tetap emas.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.

2) Harga sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini. Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas sejak 10 tahun yang lepas.

harga-emas-10th

Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.

3) Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.

Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.

Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada 1 Januari 2010 adalah lebih kurang RM 540).

4) Aset yang terunggul.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Orang kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu xde duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes.

5) Tidak boleh dimanipulasikan.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama. Akhir kata penganglah sabda Nabi SAW

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

sumber – lygold.blogspot.com

Skim Emas ETA Tersontot – bahagian 1

emas1

Title macam lucah sikit.. tapi itu kenyataan skim2 cepat kayap emas sekarang ni.. mungkin ramai yang akan cerca aku.. tp wahai pengelola dan org yg taksub kepada skim ni.. tanyalah hati, tanyalah minda.. bagaimana pengelola buat keuntungan.. cuba share secara logic.. tp ayat pengelola akan kata adalah main arrahnu.. puih.. aku dah main arrahnu ni lama.. memang untung.. tp byk factor yang perlu diambil kira and ianya ambil masa..

jom cerita..

bercerita tentang skim2 emas yg kebanyakkannya berkonsepkan ETA (estimate time arrival) ia itu, kita bayar dahulu harga emas yang dibeli, tp kene tunggu (tangguh) penerimaan emas selama 7hari,14 hari, atau 30 hari.. harga emas itu bergantung kepada berapa lama anda sanggup menunggu untuk menerima emas itu selepas pembayaran dibuat..

jom kita pergi lihat secara dekat process so called pelaburan emas ni dilakukan/dijalankan.. senang kata modus operasi la ye:-

pembelian emas pamp 100g

langkah 1:– aku pergi jumpa pengelola yang menawarkan ETA ni.. dan aku plan nak beli ETA 30 hari sebab harga murah (cthh harga ETA 30 hari = RM107.00—- sedangkan harga pasaran RM135.00) *gila kentang untung, tapi kene tunggu 30 hari untuk dapatkan emas 999 PAMP tu , dalam hati berdoa agar tidak tersontot la ye..

Langkah 2:– part ni cara secara theory pengelola akan buat keuntungan, ada beberapa cara sebenarnya pengelola ni buat untuk laksanakan skim2 ni..cuba perhatikan kelogikkan nya macamna..

cara jana untung 1 :- pengelola akan jd agent kepada penganjur/pengelola yang jerung2 ni.. jerung2 ni bagi pengelola kecil ni special rate.. tp permainannya sama iaitu ETA juga.. cth kali ni.. harga jerung2 ni tawarkan kepada pengelola ikan bilis ni untuk ETA 30 hari mungkin rendah sikit.. kita ambil harga ni RM92/gram… pergh.. kali ni pengelola ikan bilis pulak kata pergh.. aku untung ni… pakcik kaya ( tp dalam hati kata jgn la tersontot).

kesimpulan:- untung atas angin dengan harapan pengelola jerung tak tipu..

cara jana untung 2 : pengelola ikan bilis ada yang bermain dengan teknik multiply arrahnu @ teknik2 arrahnu yg lain- apa yg mereka buat adalah dengan membeli emas menggunakan duit para pelabur tadi dan menggadaikan emas diarrahnu dan duit gadaian td akan digunakan untuk membeli emas yg baru dan kemudianya mengadaikan kembali emas itu.. process ini berlalu berulang2 kali… sapa yang otai dgn permainan emas ni akan menyedari teknik ni adalah untuk menggandakan emas dan membayarnya secara ansuran dalam tempoh masa yang tertentu.. dan teknik ini mengambil masa dan akan beruntung jika emas yang dibeli dengan harga yg rendah dan emas naik dengan kadar yang tinggi.. tp semua maklum harga emas sekarang sgt2 stabil..

kesimpulan:- entah macamana pengelola akan untung dan mampu untuk byr duit pelabur ni..

cara jana untung 3 : pengelola akan menggunakan duit pelabur td untuk bermain dengan property.. walaupun property ni sgt2 menguntungkan.. tp ianya mengambil masa yang lama.. bukannya ambil masa 30 hari untuk jual dan beli rumah kan..

kesimpulan:- tak logic untuk short term

cara jana untung 4 : back to basic – ayat popular pengelola selepas tersontot… teknik ni adalah dengan berbalik kepada perniagaan sebenar emas ia itu jual beli emas dimana penjual akan mendapat untung atas perbezaan harga beli dan jual..

kesimpulan:- tak logic juga.. berapa sen sgt la boleh untung sebab harga emas sgt2 stabil sekarang..

cara jana untung 5 :lain2 cara seperti forex, kereta sewa, saham dan lain2..

kesimpulan:- yg ni sgt2 besar risikonya.. tp mungkin ada yang buat.. tp insyallah memang akan kelaut..

Langkah 3:– setelah 30 hari berlalu, maka pelabur macam aku akan mendapat emas dengan harga yang sgt2 murah..

Kesimpulan dari cerita diaatas bukan aku nak simpulkan keuntungan yang korang akan dapat.. tp dari ketidak logickan pengelola ni membuat keuntungan.. aku boleh simpulkan ianya adalah skim labu labi atau skim cepat kayap..
cerita yang seterusnya akan aku ceritakan dibahagian dua iaitu apa aku nak buat dengan emas ni..

oleh : m.ruzaini.h
sumber : perjalananku.com

ilmu Rahsia Kejayaan EMAS

0

Emas adalah satu logam yang amat berharga, dari dahulu, sekarang dan selamanya. Itulah sebabnya digalakkan kita melabur di dalam emas. Tapi sebelum melabur, pastikan anda ada ilmunya dahulu.

Saya rasa, pasti ramai yang telah dengar tentang pelaburan emas yang sedang hangat di sembang di media sosial. Mungkin ada rakan anda, atau saudara mara anda yang sedang mempromosi, dan mahu menjual emas kepada anda. Anda boleh membeli, tetapi harus diingat, anda perlu ada sedikit ilmu untuk menceburi pelaburan emas ini. Pasti ada diantara anda yang telah membeli emas tetapi tidak tahu bagaimana mahu menguruskannya.

Saya berbesar hati untuk berkongsikan dengan anda mengenai Buku Rahsia Emas dimana Azizi Ali telahpun berjaya menghasilkan ebook ( Buku ) yang bertajuk ” Rahsia Emas

rahsia-emas-6

Saudara Azizi Ali sendiri telah habiskan pembacaan lebih daripada 50 buah buku tentang pelaburan emas. Barulah beliau kemudiannya melabur di dalam emas.Itulah betapa tingginya ilmu diletakkan oleh beliau sebelum melakukan sesuatu.

Buku Rahsia Emas ini adalah hasil pengalaman dan ilmu saudara Azizi Ali sendiri. Jadi, pastinya ilmu yang anda dapat ini pun merangkumi daripada lebih 50 buah buku.

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Pelaburan Emas Yang WAJIB Anda Tahu Dan Praktikkan!

JANGAN KUATIR Dan BIMBANG
Saudara Azizi Ali bukan lah dari agen pelabur emas atau syarikat pelabur emas yang menjual emas. Beliau hanya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman beliau kepada yang memerlukan sahaja. Jadi, anda dapat ilmu yang TIDAK BERAT SEBELAH – ini adalah penting kerana anda tidak mahu dipengaruhi oleh orang lain

Oleh itu, Tak kira anda yang membaca ini seorang yang sudah lama atau baru hendak berkecimpung di dalam pelaburan emas, mungkin ini lah buku yang patut baca untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang ilmu pelaburan emas.

Jika anda berminat untuk mendapatkan buku ini, Sila klik link / Banner dibawah untuk membeli :

Kedai Emas dirompak , rugi RM400,000

ROMPAKAN KEDAI EMASAnggota Unit Forensik menjalankan siasatan susulan kejadian rompakan di kedai emas Jalan Tunku Hassan, Seremban awal pagi tadi.

Seremban: Sebuah kedai emas di Jalan Tunku Hassan di sini, kerugian hampir RM400,000 selepas empat dulang emas dilarikan dua lelaki bersenjatakan besi, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi, kedua-dua suspek yang memakai baju lengan panjang, bersarung tangan dan topi keledar berpenutup penuh menyerbu masuk kedai berkenaan.

Pemilik kedai yang hanya mahu dikenali Teng, 30-an berkata, ketika kejadian, dia dan dua pekerjanya serta seorang pelanggan lelaki berada di dalam premis berkenaan.

“Suspek yang bersenjatakan besi panjang dibaluti tali berwarna merah putih mengarahkan kami diam. Mereka memecahkan kaca rak pameran emas menggunakan besi terbabit.

“Mereka kemudian melarikan empat dulang emas dengan membonceng sebuah motosikal yang diletak di lorong bersebelahan kedai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Teng, kejadian hanya mengambil masa kira-kira dua minit. Dia yang tergamam hanya menekan penggera sebaik suspek melarikan diri sebelum menghubungi polis.

Teng berkata, ia kali ketiga kedainya itu dirompak sejak beroperasi sembilan tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan di lokasi termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan.

“Kami sudah melancarkan Ops Tutup bagi mengesan kedua-dua suspek. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jaafar turut menasihatkan pemilik kedai emas supaya mempertingkatkan aspek keselamatan di premis masing-masing dan pihaknya pula akan meningkatkan rondaan terutama menjelang tahun baru.

sumber : www.hmetro.com.my

Pelaburan Emas : Tips Dari Amatur

goldbars--621x414

Masa zaman universiti, pelaburan emas sangat popular hingga lah ke tahun-tahun pertama saya bekerja.

Beberapa rakan menjadi ejen syarikat emas.

Saya sendiri telah melabur dengan beberapa ketul emas yang mampu milik.

Berdasarkan sedikit pengetahuan saya yang bukan ejen dan inginkan yang terbaik dalam pelaburan, maksudnya inginkan pulangan maksima, saya suka nak berkongsi beberapa tips berguna.

4 TIPS SEBELUM MENGUMPUL EMAS UNTUK PELABURAN:

Tips ini sebagai panduan supaya anda tidak tersalah beli atau beli secara bijak 😀

1) PASTIKAN JENAMA EMAS ANDA.

Banyak kedai barang kemas menjual emas. Syarikat emas pun tumbuh bagai cendawan.

Persoalannya, emas yang mana yang terbaik?

Pastikan emas yang anda pilih diterima baik di dalam Malaysia, mahu pun di luar Malaysia.

Maksudnya, kalau kita pergi ke persada antarabangsa sekalipun, emas itu diterima untuk di tunaikan.

Bayangkan, satu hari nanti Malaysia akan bergolak dan kita semua terpaksa berhijrah ke luar negara. (mohon dijauhkan, ini hanya sebagai contoh sebagai memudah faham)

Bayangkan di luar negara, RM sudah tiada nilai, hanya emas ada nilai.

Kalau kita bawa bersama emas yang diterima di peringkat antarabangsa iaitu ‘internationally recognized’, maka lebih banyak tunai kita akan dapat sekiranya kita jual emas tersebut di luar negara berbanding emas yang hanya ‘local recognized’.

pelaburan-emas-pamp-suisseSalah satu emas yang ‘internationally recognized’

Contohnya

Sebagai contoh, jika kita beli emas dari Habib Jewel, kita akan dapat pulangan maksima hanya jika kita jual semula kepada Habib Jewel.

Tapi bila kita nak jual emas yang kita beli dari Habib Jewel kepada ejen Public Gold, kemungkinan besar harga jual kepada Public Gold adalah lebih rendah.

Begitu juga dengan emas dari Public Gold.

Jadi pastikan emas anda emas yang jual dimana-mana atau kepada mana-mana kedai atau ejen atau negara sekalipun, anda tetap akan dapat pulangan yang maksima.

2) BELI EMAS YANG BUKAN UNTUK DIPAKAI

Emas yang kita beli sebagai rantai, gelang, cincin- pendek kata sebagai perhiasan dan dipakai, nilainya akan susut.

Bila kita nak tunaikan, ia akan menyusut lebih banyak berbanding emas jongkong.

3) BELI EMAS DALAM KADAR SEDIKIT SEDIKIT

Ia lebih menguntungkan bila kita untuk tunaikan kelak.

Emas yang besar, kalau sekali kita tunaikan, dah tak dapat nak simpan lagi sebagai emas melainkan beli jongkong baru pada harga yang lebih tinggi berbanding harga yang kita beli 10 tahun lepas.

Sebagai contoh

Sebagai contoh, tahun 2010 kita beli emas 20 kg dengan harga RM 10 (contoh sahaja ya)

Tahun 2014, emas 20 kg naik harga RM 100

Bayangkan kalau kita beli 20 kg segedebuk, kemudian nak tunaikan hanya nilai 1 kg.

Tapi oleh kerana emas tak boleh dipotong-potong, kita terpaksa tunaikan semua satu jongkong 20 kg dan beli semula emas 19 kg dengan harga baru.

Dah satu kerugian di situ.

4) PASTIKAN EMAS FIZIKAL

Fizikal bermaksud benda yang ada dan kita boleh pegang.

Elakkan beli emas dan hanya simpan sijil. Sebaiknya beli, tengok dan simpan di peti simpanan.

Ini penting untuk persediaan, sekiranya darurat, kita nak keluarkan emas dari pihak bank, kemungkinan besar pihak bank sedang jatuh dan menggunakan emas kita untuk melabur di mana-mana tempat untuk atasi kejatuhan, dan kita tak dapat nak keluarkan emas kita.

pelaburan-emas-pamp-suisse-e-e1408903120115Pastikan anda simpan sijil belian emas. Pamp Suisse siap pakej bersama sijil.

 

oleh Khadeejah Hasmad
sumber – diaryofmuhammad.com

Harga Emas Diramal Jatuh

Ilustrasi+Harga+emas+Turun

MO,NEW YORK Disember 2014 – Emas yang pernah dianggap sebagai ‘penyelamat’ bagi negara yang mengalami kegawatan ekonomi dijangka berhadapan kejatuhan teruk ekoran penurunan harga minyak selain kenaikan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

Harga emas pernah meningkat 70 peratus antara Disember 2008 hingga Jun 2011 berikutan tindakan bank pusat AS membeli hutang dan memegang kos pinjaman yang direkodkan pada kadar yang rendah.

Menurut laporan Bloomberg, harga emas bagaimanapun merosot sehingga 28 peratus pada tahun lalu, dalam tempoh hampir tiga dekad selepas terdapat kalangan pelabur yang mula hilang keyakinan terhadap nilai komoditi tersebut. AS pula meletakkan kadar faedah akan berada pada paras 1.125 peratus menjelang hujung tahun ini.

Pakar ekonomi dan Pengerusi Lembaga Gabenor Sistem Rizab Persekutuan negara itu, Janey Yellen berkata, kadar inflasi akan mencapai sasaran rizab persekutuan dan membolehkan bank pusat negara itu meningkatkan kos pinjaman.

Berdasarkan data terkumpul Bloomberg, pegangan pelabur dalam dana dagangan bursa disokong oleh harga emas pada minggu lalu dicatatkan paling rendah sejak 2009, manakala AS$7.68 bilion (RM26.88 bilion) telah dihapuskan daripada nilai dana pada tahun ini.

Menurutnya, masa depan New York dan pilihan dalam kepentingan terbuka jatuh 5.3 peratus tahun ini, sekali gus mencatat kerugian tahunan buat kali kedua dan kemerosotan paling lama sejak 2005.

Selepas melonjak kepada 4.4 peratus pada awal November lalu setelah empat tahun berada dalam kadar rendah, purata harga emas dijangka berlegar sekitar AS$1,175 (RM4,112.50) pada suku depan, le­bih rendah berbanding AS$1,179.80 (RM4,129.30) yang ditutup semalam.

Sachs Group Inc. mengunjurkan harga emas jatuh sehingga AS$1,050 (RM3,675) pada Disember manakala Societe Generale SA menjangkakan komoditi itu berada di paras AS$950 (RM3,325) suku keempat 2015.

Berikutan itu, Ketua Pegawai Pelaburan Deltec International Group, Atul Lele melihat emas sebagai perlindungan nilai inflasi yang tidak perlu.

“Kami berpendapat, inflasi di AS mungkin akan meningkat tetapi tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pelaburan Bersama OakBrook Investments LLC, Peter Jankovskis berkata, kadar minyak yang dijangka naik tahun depan secara tidak langsung akan memperlihatkan emas mengalami tekanan memandangkan dolar terus bergerak lebih tinggi.

“Ketika ini, lupakan tentang inflasi sebaliknya kita bercakap tentang deflasi yang mana kejatuhan harga minyak akan menambah tekanan kepada deflasi,” ujarnya. ?– AGENSI

Kedai Emas Rugi RM300,000 Disamun Enam Lelaki Bersenjatakan Parang

parang

JOHOR BAHARU: Sebuah kedai emas di Jalan Sagu 3, Taman Daya, di sini, kerugian kira-kira RM300,000 selepas disamun enam lelaki bersenjatakan parang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kejadian itu berlaku 8.57 pagi ketika kedai terbabit baru memulakan operasi perniagaan setengah jam sebelum itu.

“Tiba-tiba, enam lelaki berjaket hitam, bersenjatakan tiga parang serta memakai topi keledar berpenutup muka dikatakan menyerbu masuk ke kedai terbabit lalu memecahkan cermin rak pameran barangan kemas dengan menggunakan dua tukul,” katanya ketika dihubungi.

Sulaiman berkata kejadian berlaku dalam tempoh kurang tiga minit dan kesemua suspek kemudian dipercayai melarikan diri bersama barangan kemas terbabit dengan menaiki beberapa buah motosikal.

Beliau berkata terdapat lima pekerja di dalam kedai terbabit, namun, kesemua mereka sempat menyembunyikan diri di dalam bilik keselamatan di bahagian belakang kedai dan membunyikan alat penggera.

Katanya anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang bertugas di kawasan berhampiran bergegas ke lokasi terbabit sebaik sahaja mendengar bunyi penggera tetapi gagal mengesan suspek.

Sulaiman berkata tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan bagi mengesan suspek.

sumber – www.mstar.com.my

Tauke emas tipu tauke emas RM6juta

ne_05.1

AMPANG JAYA – Keghairahan seorang tauke kedai emas mendapatkan emas jenis PAMP Suisse seberat 47.5 kilogram (kg) pada harga yang lebih rendah daripada sebuah kedai emas lain lebur apabila dia ditipu tauke kedai emas terbabit melibatkan kerugian hampir RM6 juta.

Difahamkan, mangsa seorang wanita berusia 30-an yang memiliki sebuah kedai emas di Jalan Selaman 1, Dataran Palma di sini menjalankan urus niaga di premis terbabit pada 5 Disember lalu dengan seorang pemuda yang juga tauke sebuah kedai emas di Jalan Kajang Perdana 3A, Perdana Avenue, Kajang.

Ketika berurus niaga, mangsa dipercayai menyerahkan wang tunai sebanyak RM5.89 juta bagi membeli 47.5kg emas pada harga RM124 segram kepada lelaki berusia 29 tahun.

Harga emas di pasaran semasa ialah RM132.70 segram.

Menurut sumber polis, selepas mangsa menyerahkan wang tunai kepada suspek, lelaki berkenaan berjanji akan menyerahkan emas yang dibeli itu pada 9 Disember lalu namun selepas tiga hari, mangsa belum menerima emas yang dijanjikan suspek.

sumber – www.kosmo.com.my

30 Fakta yang Perlu Tahu Tentang Emas

big4

1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu. Emas pada asalnya adalah matawang iaitu matawang sunnah

2. Nilai 1DINAR hari ni masih sama nilai 1DINAR zaman Rasulullah S.A.W

3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik

4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang

5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang

6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga

7. Halal dengan akad jual beli mengikut Islam

8. Habuk emas lebih bernilai dari habuk kayu

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga

10. Sifat semulajadi manusia menyukai emas

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai

13. Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya.secara tidak langsung anda menunaikan Rukun Islam yang ke-5.

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalam negeri berbanding membeli barangan import

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil

21. Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang, Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga.

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrupt

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.

25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank

26. Kegagalan wang kertas yang terjadi di Zimbabwe adalah kerana mencetak wang melebihi rizab/simpanan emas Negara..Buktinya 100 billion Zimbabwe hanya mampu beli 3biji telur. Indonesia bakal menjadi Negara seperti Zimbabwe jika inflasi yang melampau terus belaku

27. Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta/dicetak dan dikawal oleh kerajaan

28. Pelarian Vietnam bertindak bijak dengan menukarkan harta kekayaan mereka kepada emas dan melarikan diri ke Malaysia ketika Negara mereka sedang bergolak dgn peperangan “PERANG VIETNAM 1955-1975”

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.Tahap kesedaran rakyat china terhadap penyimpanan emas begitu tinggi sehinggakan di Negara mereka terdapat satu vendor mesin yang menjual emas sedangkan di Malaysia vendor mesin hanya menjual Nescafe/air tin

30. Kerajaan Korea mmbeli 1billion emas/ 3tan emas daripada siapa?? Jawapannya dari U.S.. U.S terkenal dgn Negara yang paling banyak “hutang” tetapi kenapa dia boleh jual emas sebanyak 3tan kepada korea dengan mudah?? Ini kerana U.S ialah Negara yang paling banyak emas/rizab emas/simpanan emas. Ini bermksd berlaku satu perancangan hebat di mana mereka akan menggunakan emas sebgai transaksi..bagi yang beragama islam, terdapat hadis dari rasulullah :

“Akan tiba suatu zaman…di mana tiada apa yang bernilai…dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan” [Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal]

sumber – www.emasedar.com

Riba Dalam Urusniaga Jual Beli dan Hutang

jual-beli-emas-periuk-nasi-emas

oleh SABREE HUSSIN

Sebelum kita bincangkan dengan lebih mendalam tentang riba, kita akan telusuri terlebih dahulu serba sedikit secara ringkas maksud bagi istilah riba ini.

Semoga selepas ini, para pembaca, dan pelawat sekalian akan memperoleh penjelasan yang lebih baik berhubung isu riba. In Shaa Allah, saya tak ada gunakan istilah arab atau hal-hal yang terlalu teknikal sehingga pembaca rasa susah nak faham.

Sila teruskan pembacaan ya. Anda mungkin dapat menyelamatkan diri anda daripada mendapat azab yang pedih diakhirat nanti. Wallahua’lam

Maksud Riba
Lebihan dari segi kuantiti, pertambahan, peningkatan melebihi daripada jumlah asal.

Kategori Riba
Riba boleh dibahagikan kepada empat (4) jenis, dua (2) daripadanya terhasil daripada urusniaga melibatkan hutang dan dua lagi daripada urusniaga berkaitan jual beli.

Riba daripada urusniaga Hutang:

1. Riba Qardh: Apa-apa faedah yang telah ditentukan oleh pemberi hutang kepada peminjam seperti yang telah dinyatakan dalam perjanjian pinjaman atau kontrak pinjaman yang mana peminjam perlu menjelaskannya.

Contoh – Interest yang perlu dibayar dalam mana-mana perjanjian pinjaman

2. Riba Jahilliyah: Sebarang lebihan dari segi pembayaran keatas hutang asal sebagai penalti yang dikenakan keatas peminjam disebabkan oleh kegagalan untuk melakukan pembayaran balik dalam tempoh yang ditetapkan.

Contoh: Interest yang dikenakan keatas pemegang kad kredit yang melakukan kelewatan dari segi pembayaran

Riba daripada urusniaga jual beli:

1. Riba Al-Fadl: Apa-apa kuantiti tambahan atau lebihan hasil dari penambahan yang tak seimbang dari timbangan dan ukuran yang melibatkan pertukaran barangan ribawi dari jenis yang sama. (Faktor kuantiti)

2. Riba An-Nasiah: Sebarang penangguhan yang berlaku terhadap pertukaran yang melibatkan barangan ribawi dari jenis dan kategori yang sama. (Faktor masa)

Barangan Ribawi dapat dikelaskan kepada dua kategori berdasarkan hadis nabi:

“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” – (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)

Kategori Pertama: Matawang

1. Emas

2. Perak

3. Matawang (RM, USD dll…)

Kategori Kedua: Makanan Asas

1. Gandum

2. Barli

3. Tamar (kurma)

4. Garam

Dari situ juga kita dapat mengetahui ada peraturan khas yang perlu kita FAHAMI dan IKUTI apabila melakukan transaksi yang melibatkan barangan Ribawi.

Peraturan dalam transaksi melibatkan barangan Ribawi

1. Jika transaksi melibatkan pertukaran antara barangan ribawi dari KATEGORI YANG SAMA dan JENIS YANG SAMA

Contohnya emas dengan emas, gandum dengan gandum atau tamar dengan tamar

Pertukaran mesti dilakukan pada masa yang sama (on the spot) dan kuantiti mesti sama tanpa mengambil kira soal kualiti.

2. Jika transaksi melibatkan pertukaran antara barangan ribawi dari KATEGORI YANG SAMA tetapi JENIS YANG BERBEZA

Contohnya antara emas dengan perak, beras dengan gandum, garam dengan kurma

Pertukaran mesti dilakukan pada masa yang sama (on the spot) tetapi kuantiti tidak perlu sama banyak.

3. Jika transaksi melibatkan pertukaran antara barangan ribawi dari KATEGORi YANG BERBEZA dan JENIS YANG BERBEZA

Contohnya antara emas dengan gandum, RM dengan kurma, perak dengan barli

Pertukaran boleh dilakukan sama ada pada masa yang sama atau ditangguhkan dari segi pembayaran.

Kuantiti juga boleh SAMA atau berbeza

4. Jika transaksi melibatkan pertukaran antara barangan ribawi dengan bukan ribawi atau, antara barangan bukan ribawi dengan barangan bukan ribawi

Pertukaran seperti ini tak perlu mengikuti peraturan masa dan kuantiti

Boleh berurusniaga sesuka hati tanpa perlu risau bakal terlibat dengan dosa riba

Persoalan tentang kualiti

Boleh ke kita buat pertukaran secara suka sama suka antara 10 gram emas 999 dengan 15 gram emas 916? Seperti yang kita sedia maklum, harga emas 916 ini lebih rendah berbanding emas 999.

Bagi menjawab persoalan ini, kita akan melihat hadis Nabi SAW tentang pertukaran barangan ribawi dari kategori dan jenis yang sama ini

Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengupah seseorang semasa di Khaybar, maka dia datang sambil membawa Tamar Janib, lalu Nabi bertanya: “Adakah semua tamar dari Khaybar sebegini?”, jawab lelaki itu: “Tidak, sesungguhnya kami mengambil (menukar) satu sa’ (3 kg) dari tamar kami dengan mengambil 2 sa’ (6 kg) tamar yang elok, dan kami juga menukar 2 sa’ (6 kg) tamar ini dengan 3 sa’ (12 kg).

Nabi bersabda: “Jangan kamu lakukan itu (kerana ia riba al fadhl), dan juallah terlebih dahulu (tamar yang kamu miliki itu dan dapatkan dirham) dan kemudian (dengan dirham itu), belilah tamar janib itu.” (Riwayat Al-Bukhari, No 4001, 4/1550)

Atau dalam hadis yang lain ada juga menyentuh isu dan perihal ini,

Dari Abu Sa’id al-Khudri, satu hari Bilal r.a. membawakan Nabi saw 1 sa’ (timbangan kurma) kurma yang berkualiti dan baginda pun bertanya sumber kurma tersebut. Bilal pun menjawab, “Saya ada 2 sa’ kurma yang berkualiti rendah dan saya tukar dengan 1 sa’ kurma berkualiti ini.”

Lantas baginda pun berkata, “Tidak! Ini adalah riba, jangan buat begitu. Kamu sepatutnya menjual dulu 2 sa’ kurma berkualiti rendah dan hasil jualannya barulah digunakan untuk membeli kurma yang berkualiti tinggi.” – (Muslim & Ahmad)

Transaksi tersebut adalah riba dan sesiapa yang terlibat dalam transaksi tersebut adalah berdosa besar walaupun ia berlaku atas dasar suka sama suka.

Hadis yang diriwayatkan dari Jabir : Rasulullah SAW melaknat seorang yang mengambil riba, seorang yang memberikan (membayar) riba , seorang yang mencatatkan (merekodkan) transaksi tersebut dan dua orang saksi yang terlibat. Baginda bersabda : Mereka semuanya sama bersalah”.(Hadis Riwayat Muslim).

Tak boleh buat pertukaran sedemikian.

Walaubagaimanapun, Nabi Muhammad SAW ada mengajar bagaimana untuk melakukan pertukaran tanpa perlu risau terjebak dengan dosa riba, iaitu

1. Jual terlebih dahulu salah satu barangan ribawi untuk dapatkan dirham atau RM dalam konteks kita di Malaysia

2. Apabila telah terima duit, barulah digunakan duit tersebut untuk membeli emas lain yang lebih tinggi harganya

3. Sebarang perbezaan harga boleh ditambah kemudian

Baiklah, saya kira penerangan tentang riba ini sebenarnya mudah sahaja.

Semoga anda semua beroleh manfaat daripada artikel ini.

sumber – www.sabreehussin.com

Sumber rujukan:

1. Principles of Fiqh Muamalat – Islamic Business Transaction, Faculty of Business Management UiTM

2. Wang, Anda dan Islam – Dr Zaharuddin Abd Rahman

3. Zaharuddin.net

4. e-fatwa

5. Majalah Niaga