Suri Rumah Rugi RM20,000 Akibat Pukau

Suri rumah rugi RM20,000 akibat pukauBatu yang diberi suspek kepada mangsa yang dikatakan boleh mengubati gigitan serangga.

 

BANDAR TUN RAZAK – Seorang suri rumah di Felda Keratong 3, dekat sini kerugian hampir RM20,000 dan mendakwa dirinya seperti dipukau selepas bertemu seorang lelaki yang bertanyakan lokasi sebuah rumah ketika pulang dari pasar malam, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superitendan Johari Jahaya berkata, mangsa berusia 45 tahun itu disapa suspek yang bertanyakan lokasi rumah dalam loghat Sabah namun mangsa memaklumkan dia tidak tahu lokasi rumah berkenaan.

“Kemudian, datang pula seorang lelaki dari arah belakang mangsa yang dipercayai rakan suspek mencelah dan mengatakan dia tahu lokasi rumah tersebut.

“Suspek mengucapkan terima kasih kepada mangsa dan seterusnya memberi batu merah kepada mangsa dan juga lelaki yang membantunya itu sebagai tanda penghargaan,” katanya.

Menurutnya, suspek terus beredar dengan berjalan kaki manakala lelaki dipercayai rakan suspek itu bertanya kepada mangsa mengenai kegunaan batu tersebut namun mangsa menjawab tidak tahu.

“Mereka berdua mengejar suspek untuk mendapatkan maklumat mengenai batu tersebut dan suspek memaklumkan batu itu boleh dibuat ubat seperti penawar gigitan serangga.

“Suspek turut memaklumkan batu itu perlu dibungkus dengan kain putih dan jika tiada, gantikan dengan wang kertas seringgit,” katanya.

Johari berkata, lebih mengejutkan, mangsa turut menanggalkan barang kemas yang dipakainya seperti rantai leher, gelang tangan dan cincin dengan sendiri selepas diberitahu suspek bahawa pemegang batu tersebut tidak boleh memakai barang kemas.

“Selepas mangsa menanggalkan semua barang kemas yang dipakainya, suspek meminta mangsa memasukkannya ke dalam sampul surat putih milik suspek.

“Suspek menutup sampul surat putih tersebut dan terus memasukkannya ke dalam beg duit milik mangsa tetapi apabila sampai di rumah dan selesai solat, mangsa membuka sampul tersebut namun yang ada hanyalah batu,” katanya.

Dalam pada itu, Johari turut menasihati kaum wanita berhati-hati ketika didatangi individu tidak dikenali yang bertanyakan arah atau sesuatu kerana sindiket penipuan begini memang menyasarkan golongan wanita.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan Kes Penipuan.

Harga Emas Dijangka Naik $1600 Dolar Satu AUNS Pada Januari 2014

Harga emas dijangka naik $1400 minggu depan dan mencecah $1600 dolar pada Januari 2014 dari trend analisa harga emas yang kian mengukuh.

Sifat harga emas adalah naik turun dalam jangkamasa pendek, tapi dalam jangkamasa panjang apabila emas mulai naik setelah berada pada paras harga terendah, bottom line adalah akan terus meningkat naik.

Harga emas semasa adalah $1375 satu auns. Tinjauan harga emas mendapati harga emas akan naik $1400 dolar satu auns minggu hadapan, menokok naik $1475 dolar satu auns pada pertengahan september dan mencecah $1600 us/oz pada Januari 2014.

Tinjauan ramalan emas ini adalah daripada berita pada 16 ogos 2013 yang bertajuk METALS OUTLOOK: Gold Prices May Add To Gains Next Week. Harga emas bertambah naik minggu hadapan.Ringkasan daripada berita tersebut :

A strong rally in gold, particularly toward the end of the week, could have enough momentum to keep going next week and could set the stage for an eventual target of the $1,400-an-ounce area.

Erik Swarts, pengasas penyelidikan pasaran tapak Antropologi berkata forecast spot silver to rise to $24 by mid-September and $27 by Jan. 1, while he forecast spot gold to rise to $1,475 by mid-September and $1,600 by Jan. 1.

Harga emas naik adalah kerana kekukuhan harga emas di pasaran dunia.Kekukuhan harga emas pada penghujung minggu ini, memberi momentum yang mencukupi untuk harga terus meningkat minggu depan dan boleh menetapkan paras harga sasaran akhirnya kepada $ 1,400 satu auns. Dalam Kitco News Gold Survey, daripada 36 peserta, 25 memberi maklum balas minggu ini. Daripada mereka 25 orang peserta, 21 melihat harga emas naik, manakala dua melihat harga akan turun dan dua melihat harga emas stabil atau neutral. Peserta pasaran termasuk peniaga bulion, bank pelaburan, peniaga niaga hadapan, pengurus wang dan penganalisis teknikal carta. Faktor kenaikkan harga emas minggu hadapan dan bulan berikutnya adalah kerana permintaan di Asia yang kuat, pembubaran ETF(pertukaran dana dagangan) telah reda, berita galakkan membeli emas oleh pengurus dana John Paulson, yang mempunyai kedudukan yang terbesar dalam ETF, ketegangan perang saudara di Mesir dan analisa teknikal harga emas.

Berita penuh boleh klikhttp://www.nasdaq.com/article/metals-outlook-gold-prices-may-add-to-gains-next-week-cm268313

Berita analisa harga emas lain yang bertajuk Gold bulls are back again, US gold futures could target $1450 pada 16 Ogos 2013  juga meramalkan harga emas akan naik antara $1400 per auns hingga $1450 per auns dalam masa empat hingga lima minggu akan datang.

Petikan berita emas tersebut .“John Bridges and Anant Inani has said that “We encourage shorter-term investors to consider getting long in the gold space with a four to five week timehorizon.” According to MacNeil Curry of Bank of America, Gold is expected to go to $1400 to 1450 per ounce levels and gives three reasons to be bullish on gold.”

Petikan penuh berita sila klik http://www.bullionstreet.com/news/gold-bulls-are-back-again-us-gold-futures-could-target-1450/5384

Kenapa Perlu Simpan Emas ?

1.Nilai wang semakin jatuh
Wang mengalami susut nilai,amat rugi jika simpan wang kertas ditambah pula dengan inflasi.Semakin lama semakin banyak wang kertas diperlukan utk mmbeli sesuatu brg(jika wang kertas dikoyak koyak..adakah anda kutip?sudah tentulah tidak.Tetapi jika emas walaupun dh jd serbuk sekalipun,pasti ramai yg nak.inilah contoh paling mudah nak lihat wang kertas tidak ada nilainya melainkan atas kertas sahaja)
2.Pelaburan dalam emas adalah pelaburan yang amat selamat..simpan di ASB  dpt 8% dividen.Dan kenaikan hrga emas adalah sebanyak 20%-36% setahun..
3.Emas adalah aset yg mudah cair
Emas boleh ditukarkan kepada duit bila-bila masa apabila anda hendak memakai duit kerana anda boleh menjualnya.Jika anda jual,anda telah hilang aset berharga.Oleh itu anda digalakkan memajak di ar rahnu untuk mendapatkan duit ketika memerlukan dan tebuslah secara ansuran jika tak mampun tebus sekaligus-harta tak luak,duit dapat
4.Emas tidak boleh dicipta/dimanipulasi
Tidak ada seorang saintis pun yg berjaya mencipta emas.Emas adalah anugerah Allah yang tidak boleh dimanipulasi.
5.Pelindung kekayaan
Emas bernilai untuk selama-lamanya dan ia merupakan penyimpan nilai yang baik untuk jangkamasa panjang.Ramai billionaire dan jutawan di dunia menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan mereka kerana mereka tidak yakin dengan ekonomi yang tidak menentu.
6.Portfolio Simpanan dan Pendapatan
Emas boleh dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan yang sangat menguntungkan berbanding menyimpan wang di bank atau membeli saham.Ia juga boleh dijadikan sumber pendapatan dengan menjalankan perniagaan emas iaitu jual dan beli emas.

Rantai Emas Dalam Perut

Miami:  Seorang pencuri terjerat selepas mesin pengimbas di penjara menunjukkan terdapat dua rantai emas di dalam perutnya.

Joseph Bravo Ramos, 21, ditahan pada 11 Disember lalu sehari selepas sebuah kediaman di Safety Harbor dilaporkan dipecah masuk.

Ketika di penjara, dia diarahkan berjalan melalui mesin Imbasan SecurPass yang kemudian menunjukkan “imej gelap” di dalam perutnya, menurut Tampabay.com.

Foto
IMEJ rantai emas (dalam bulatan merah) yang kelihatan di dalam perut Ramos (gambar kecil) selepas diimbas mesin SecurPass.

Imej itu ialah dua rantai emas yang ditelan Ramos sebelum dia dihantar ke penjara.
Ramos kemudian diarah menjalani pembedahan untuk mengeluarkan rantai berkenaan di sebuah hospital sebelum barang kemas terbabit dikenal pasti milik mangsa yang dirompaknya.

Ramos yang didakwa dengan tuduhan merompak turut dituduh menyembunyikan bukti fizikal barang rompakannya.

Dia kini ditahan di penjara Pinellas dengan ikat jamin AS$15,000 (RM48,767).

Mesin imbasan SecurPass yang mengimbas tubuh manusia dipasang di penjara itu Jun lalu.

Menurut jabatan polis, mesin itu boleh mengesan logam, pil, plastik, dadah dan “bahan luar biasa lain yang mungkin disembunyikan tahanan”. – AFP

Emas Itu Untuk Wanita

Emas Itu Untuk Wanita

Dari merisik, bertunang kemudian ke saat perkahwinan memerlukan penggunaan emas sebagai medium perantara hubungan lelaki dan wanita.  Ianya juga merupakan tanda sayang dari pihak lelaki ke pihak wanita, bagi semua masyarakat emas digunakan sebagai tanda bahawa wanita itu sudah dimiliki oleh si lelaki.  Bukan mudah untuk memilih barangan kemas kerana ianya bukan saja berbeza mengikut bentuk, berat malahan setiap negeri mempunyai harga tertentu untuk satu gram emas yang dijual.

Tahukah anda harga emas dipantau oleh satu persatuan yang memastikan setiap kedai yang menjual emas tidak meletakkan harga untuk satu gram emas dengan sewenang-wenangnya.  Mereka dikenali sebagai Persatuan Tukang Emas dan Permata Malaysia (Federal of Goldsmiths and Jewellers Associations of Malaysia) dan semua ahli berdaftar dengan persatuan ini perlu mematuhi harga asas yang ditetapkan oleh persatuan.

Di Malaysia, harga emas bagi sesuatu produk itu ditentukan oleh beberapa faktor seperti kadar upah, kos pengangkutan serta kandungan emas itu sendiri.  Anda mesti pernah tertanya-tanya mengapa perbezaan ini berlaku walaupun pada dasarnya mereka menggunakan harga asas emas yang sama bukan.  Disebabkan oleh faktor-faktor yang disebutkan, harga untuk setiap produk emas berbeza-beza mengikut kedai dan tempat atau negeri yang ingin dibeli.

Sebelum membeli barangan kemas terutama nya untuk pihak lelaki, untuk memastikan anda mendapat harga yang berpatutan untuk barangan kemas yang dibeli sebelum sesuatu upacara seperti merisik atau bertunang contohnya kerana  kadangkala ini merupakan kali pertama anda menjejakkan kaki ke kedai untuk membeli emas.  Ajaklah ibu atau saudara perempuan anda untuk menemani anda ke sana kerana mereka lebih mahir dengan rekabentuk atau harga emas terkini dan yang paling penting untuk sesi penawaran harga.

Terdapat beberapa tips mudah untuk anda ikuti sebelum membeli barangan kemas, bak kata pepatah alah membeli menang memakai.

  1. Emas Padat atau Tumpat

Pastikan sebelum membeli anda memilih barangan kemas yang padat dan tumpat atau dalam erti kata lain padu sebagai pilihan, ini penting kerana ia memudahkan proses penilaian ketulenan dilakukan jika anda mahu melakukan jualan balik atau pajakan. Untuk mengukur tahap ketumpatan sesuatu emas, Densimeter akan digunakan sebagai alat bacaan.  Alatan ini tidak boleh membuat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang tidak padat atau kosong ditengahnya ataupun yang mempunyai batu permata. Barang kemas yang padat atau tumpat juga lebih kukuh dari segi strukturnya serta tahan lasak dan tidak mudah patah atau putus untuk barang kemas seperti rantai leher dan gelang tangan.

  1. Emas 999 (24k) atau 916 (22k)

Barangan kemas yang dibuat daripada kedua-dua jenis emas ini mempunyai nilai yang tinggi untuk jangka masa panjang kerana kandungan emasnya.  Emas 999 yang mempunyai kandungan emas 99.9% ini jarang dibuat kerana ianya terlalu lembut untuk direkabentuk serta mudah melekuk.  Untuk mengenali jenis emas manakah yang anda berminat untuk beli hanya periksa di bahagian belakang barang kemas tersebut kerana emas tulen akan ditempa dengan cop “999” atau “916”.  Petua : Untuk memastikan barang kemas itu tulen atau tidak, jika dibakar ia tidak meninggalkan kesan kehitaman pada permukaannya.

  1. Elakkan membeli Emas Putih

Emas putih dijual pada harga platinum, platinum merupakan logam yang paling mahal dan harganya boleh menjadi lebih mahal daripada harga emas 999 itu sendiri.  Kandungan emas dalam barangan emas putih ini adalah sebanyak 37.5% ke 75% sahaja dan selebihnya adalah campuran logam lain.  Untuk mengenalpasti emas putih ini, anda boleh melihat dibelakang barangan kemas itu akan terdapat cop samaada “750” atau “375”. Emas putih memang cantik dipandang, apatah lagi dipakai di hari bahagia anda nanti.  Cuma dari segi pelaburan atau jangka masa panjang harga emas putih akan jatuh sehingga 50% dari harga asal dan juga kualitinya.

  1. Emas bertahtakan batu permata

Setiap wanita atau bakal pengantin mengidamkan barangan kemas yang bertahtakan batu permata sebagai barangan kemas mereka.  Ini kerana rekabentuknya yang menarik dan setiap satu nya mempunyai keistimewaan sendiri. Tapi tahukah anda barangan kemas yang bertahtakan batu permata ini mempunyai nilai yang rendah untuk jualan balik.  Jarang sekali barangan kemas dari emas 916 mempunyai batu permata ini kerana emas jenis ini tidak cukup kuat untuk memegang permata.

  1. Resit belian

Untuk memastikan setiap barangan mempunyai nilai, adalah penting untuk anda menyimpan segala resit pembelian bukan hanya untuk barangan kemas ini sahaja malah barangan kegunaan lain.  Resit bukan sahaja sebagai bukti pembelian malah untuk sesuatu barangan kadangkala, ianya merupakan kad waranti.

  1. Kos upah

Sebelum membeli anda perlulah membuat perbandingan harga untuk kos upah kerana harga asas emas adalah sama dan yang membezakannya harga dari sebuah kedai ke kedai yang lain adalah kos upahnya.  Jika tiada kos upah adalah lebih baik untuk sesuatu barangan kemas itu.

Ar-Rahnu Bank Rakyat Terima Gadaian Jongkong Dan Dinar Emas Public Gold Bermula 1 Oktober 2013

Berkuatkuasa dari 1 Oktober 2013,  Ar-rahnu Bank Rakyat (termasuk Arrahnu Exchange)  dengan rasminya MENERIMA gadaian Jongkong Emas, Dinar Emas dan Barang Kemas keluaran Public Gold.
Cuma bawa fizikal emas tu dan sijil ketulenan ke mana-mana cawangan Ar-rahnu Bank Rakyat (termasuk Arrahnu Exchange) untuk buat pajakan.
 
Info tentang Ar-Rahnu Bank Rakyat dan Ar-Rahnu Exchange.
Terdapat 2 jenis pinjaman yang ditawarkan iaitu Ar-Rahnu dan Az-zahab
1. PAJAK GADAI-i AR-RAHNU
Skim ini memberi pilihan/alternatif kepada masyarakat untuk mendapatkan tunai secara segera berdasarkan prinsip gadaian syariah dan mengelakkan aktiviti pinjaman wang secara haram/peminjam tanpa lesen/pinjaman ceti, along dan sebagainya.
Konsep
Al-Wadiah and Qardhul Hassan
Kelayakan

Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan pemastautin tetap
Bukan Warganegara
Tidak muflis
Jumlah Pinjaman
Margin pinjaman sehingga 70% sahaja dari nilai barangan gadaian (Nilai Marhun)
Setiap gadaian tidak melebihi RM10,000.00 sehari dan tidak melebihi RM50,000 secara terkumpul
Tempoh Bayaran Balik

Tempoh pembiayaan:6 bulan sahaja
Tempoh lanjutan:Dengan syarat upah simpan bagi tempoh 6 bulan yang telah berlalu dijelaskan dan tempoh lanjutan diberi dalam gadaian 6 bulan

Gadaian Diterima
Memiliki barang kemas (emas) 18K – 24K
Upah simpan
Upah simpan minimum dikenakan untuk simpanan barang kemas.

Jenis SkimJumlah PinjamanKadar upah simpan bagi setiap RM100.00 atas nilai marhun sebulan
Ar-RahnuRM100.00 – RM1,000.00
RM1,001.00 – RM10,000,00
RM0.65
RM0.75
  •  2. PAJAK GADAI-i AZ ZAHAB

Skim lanjutan kepada Ar-Rahnu, Az-Zahab juga menawarkan kewangan segera. Kemudahan ini menawarkan pembiayaan lebih tinggi dan tempoh bayaran balik lebih lama daripada Skim Pajak Gadai-i Ar-Rahnu.
Konsep
Al-Wadiah and Qardhul Hassan
Kelayakan
Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas dan pemastautin tetap
Bukan warganegara
Tidak muflis
Jumlah Pinjaman
Margin pinjaman sehingga 70% sahaja dari nilai barangan gadaian (Nilai Marhun)
Setiap gadaian melebihi RM10,001.00 dan tidak melebihi RM100,000.00 secara terkumpul
Tempoh Bayaran Balik
Ansuran bulanan untuk maksimum 36 bulan atau
Secara sekaligus untuk tempoh 6 bulan
Gadaian Diterima
Memiliki barangan kemas (emas) 18K – 24K
Upah Simpan
                                                                                                                                                                  Upah simpan minimum dikenakan untuk simpanan barang kemas                                                                                                                                                                                                             

Jenis SkimJumlah PinjamanKadar upah simpan bagi setiap RM100.00 atas nilai marhum sebulan
Az-ZahabRM10,001.00 – RM100,000.00RM0.75

Habib Capai 90 Peratus Sasaran Jualan

Habib capai 90 peratus sasaran jualanMeer Sadik dan pelakon Rozita Che Wan di bilik pameran terbaharu Habib di The Curve selepas pelancarannya, semalam.

SYARIKAT barangan kemas Habib Jewels Sdn Bhd (Habib) mencapai 90 peratus daripada jumlah sasaran jualan tahun ini di sebalik perkembangan industri barang kemas yang dilihat agak mencabar dan kompetitif tahun ini.

Pengarah Urusan Habib Datuk Meer Sadik Habib juga berkata, Malaysia kini menjadi antara lokasi pilihan untuk membeli barangan kemas.

“Selain jualan dalam negara, kami juga banyak mengeksport barang kemas ke luar negara,” katanya ketika ditemui di Majlis Pembukaan Bilik Pameran Habib di pusat membeli-belah The Curve di Damansara, semalam.

Meer Sadik berkata, ianya adalah bilik pameran Habib yang ke-31 dan satu-satunya bilik pameran premium yang menawarkan kesemua produk Habib.

“Sebelum ini kami memang ada bilik pameran di The Curve tetapi kami memutuskan untuk menukar ke lokasi baru ini supaya lebih strategik.

“Kami juga akan membuka beberapa bilik pameran Habib tahun hadapan di lokasi yang masih belum ada rangkaian Habib seperti Negeri Sembilan dan Pahang,” katanya.

Isu Pelaburan Emas: Penjelasan Bank Negara

Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berhati-hati terhadap skim pelaburan menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang kelihatan rendah selain memberikan jaminan bahawa jumlah pokok dilaburkan akan dipulangkan.

Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berhati-hati terhadap skim pelaburan menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang kelihatan rendah selain memberikan jaminan bahawa jumlah pokok dilaburkan akan dipulangkan.

 

susulan pertanyaan mengenai serbuan ke atas syarikat terbabit
Bank Negara Malaysia (BNM) semalam membuat penjelasan berhubung serbuan pihak berkuasa terhadap beberapa syarikat disyaki menjalankan skim kewangan haram menggunakan emas.

Penjelasan itu dibuat berikutan banyak pertanyaan diterima mengenai tindakan yang diambil terhadap syarikat terbabit.

Skim kewangan haram

Susulan serbuan pihak berkuasa ke atas syarikat menjalankan skim kewangan haram menggunakan emas, baru-baru ini, banyak pertanyaan dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia.
Berikut adalah soalan lazim diterima dan jawapan agensi terbabit.

S: Mengapakah pihak berkuasa membuat serbuan ke atas syarikat itu?

J: Serbuan dibuat bagi melindungi kepentingan pelabur daripada melaburkan lebih banyak wang dalam skim berisiko selain melindungi kepentingan orang ramai.
Syarikat terbabit sedang disiasat kerana disyaki melakukan kesalahan termasuk mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelak cukai, memberikan maklumat palsu termasuk pernyataan yang salah, melantik ejen tanpa lesen dan gagal mengemukakan dokumen berkanun.

S: Mengapakah timbul kebimbangan terhadap model perniagaan syarikat terbabit?

J: Kebimbangan timbul berikutan syarikat terbabit dipercayai menjalankan skim yang tidak dapat bertahan lama. Mereka menjanjikan pelabur pulangan bulanan lumayan dan jaminan belian balik emas. Skim itu bukan dibiayai oleh jual beli emas yang sebenar, sebaliknya dibiayai dengan menggunakan wang baru dilaburkan dalam skim berkenaan.

Jumlah aset dan wang yang ada pada syarikat itu biasanya tidak sepadan dengan jumlah dikumpulkan daripada pelabur.

S: Mengapakah pihak berkuasa hanya mengambil tindakan sekarang?

J: Sebarang tindakan penguatkuasaan hanya diambil selepas ada sebab yang boleh dipercayai bahawa sesuatu kesalahan sudah dibuat. Ini bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan terburu-buru atau melulu yang mungkin boleh menjejaskan perniagaan sah.

S: Apakah status tindakan diambil pihak berkuasa?

J: Siasatan masih berjalan. Orang ramai akan dimaklumkan mengenai status terkini siasatan dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihatkan merujuk kepada kenyaataan rasmi dikeluarkan agensi penguat kuasa undang-undang saja untuk sebarang maklumat terkini.

S: Berapa lamakah tempoh siasatan?

J: Tempoh siasatan bergantung pada tahap kompleksiti dan keseriusan kes. Tahap kompleksiti meningkat disebabkan dimensi antarabangsa kes itu.

Siasatan ini diberi keutamaan yang tinggi dan semua sumber perlu digembleng oleh agensi penguat kuasa untuk mempercepat siasatan.

S: Mengapakah aset dibekukan dan dirampas?

J: Bagi skim kewangan haram disyaki, pihak berkuasa boleh menjalankan operasi mencari dan merampas bagi mendapatkan bukti dan untuk mengelakkan syarikat daripada menyembunyikan atau memusnahkan bahan bukti. Ini juga menghalang aset daripada lesap kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada pelabur.

Agensi penguatkuasaan diberikan kuasa mengikut Seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA), untuk membekukan aset apabila disyaki bahawa suatu kesalahan pengubahan wang haram dilakukan.

S: Apakah akan terjadi kepada aset dan emas yang dirampas?

J: Aset yang dirampas akan didokumenkan dengan teliti dan diambilkira serta disimpan di tempat selamat. Sekiranya ada prosiding jenayah, aset itu hanya boleh diuruskan atas perintah mahkamah.

S: Bolehkah pelabur menuntut kembali wang atau emas mereka daripada aset yang dirampas?

J: Aset yang dirampas ketika siasatan hanya boleh diuruskan atas perintah mahkamah. Pelabur boleh memfailkan kepada mahkamah tuntutan pihak ketiga bagi pemulangan wang atau emas mereka. Maklumat mengenai sama ada dan bagaimana untuk memfailkan sesuatu tuntutan akan diberitahu apabila prosiding mahkamah selesai.

S: Apakah nasihat kepada orang ramai yang ingin melabur?

J: Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berhati-hati terhadap skim pelaburan menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang kelihatan rendah selain memberikan jaminan bahawa jumlah pokok dilaburkan akan dipulangkan. Orang ramai juga dinasihatkan merujuk kepada agensi berkenaan apabila berurusan dengan syarikat atau individu menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang kelihatan menarik tetapi tidak diberikan lesen oleh pihak berkuasa.

Sebagai panduan, orang ramai digalakkan mengambil perhatian perkara berikut apabila menilai sesuatu skim pelaburan:

  • Sekiranya skim itu indah khabar dari rupa, berkemungkinan besar ia skim palsu.
  • Berwaspada dengan skim Ponzi, ia adalah skim pelaburan berunsur penipuan apabila pengendalinya mengambil wang daripada pelabur baru untuk membayar kepada pelabur awal. Akhirnya, akan sampai satu peringkat apabila jumlah pelabur baru tidak mencukupi untuk menyokong skim ini dan seterusnya keseluruhan skim mengalami kegagalan.
  • Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga yang sah
  • Rujuk kepada pihak berkuasa sebelum melabur/mendeposit wang
  • Jangan terpengaruh atau terburu-buru untuk melabur
  • Berhati-hati dengan pelaburan melalui Internet
  • Berwaspada dengan peluang pelaburan yang tidak bertulis
  • Jika pelaburan sudah dibuat, simpan salinan semua dokumen pelaburan
  • Rujuk laman sesawang amaran penipuan kewangan berikut:
    http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

Ibu bapa latih tiga anak mencuri

KUALA LUMPUR: Modus operandi mereka ialah memotong rantai leher atau gelang tangan bayi atau kanak-kanak yang didukung di pesta atau karnival.

Menurut laporan Harian Metro, tiga remaja berusia 13, 16 dan 17 tahun ini dilatih oleh ibu bapa mereka sendiri untuk mencuri di karnival atau pesta ketika cuti sekolah sejak setahun lalu.

Ibu bapa ketiga-tiga remaja terbabit disahkan mempunyai rekod jenayah lampau di mana bapa berusia 52 tahun yang mengetuai kumpulan terbabit memiliki lima rekod dan isterinya berusia 43 tahun memiliki satu rekod jenayah.

Memetik Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh sebagai berkata kepada Harian Metro, maklumat diterima pada 30 November lalu yang aktif meragut di Karnival Jom Heboh di Bukit Jalil pada hari berkenaan.

Ketika ditahan, ketua kumpulan terbabit bertindak menyembunyikan semua barang kemas di dalam kasutnya.

Ekoran penahanan keluarga terbabit, polis antaranya telah merampas enam loket emas, 12 rantai emas, tiga gelang tangan emas, sepasang subang emas serta 10 resit jual beli dan gadai barang kemas.