Harga emas semasa 24-8-2015

hargaemas 24-8-15

Harga emas Belian 24.08.15 Jam 11 pagi
ULASAN: harga emas mencecah harga tertinggi sejak 2 tahun lalu…hari ini indeks emas mencecah 6000 buat pertama kali sejak Mac 2013, ringgit pula sedang di paras kritikal jatuh lagi kepada RM4.24/1USD.

Pada ketika ini indeks emas dunia adalah USD1153/onz, tidaklah begitu tinggi berbanding indeks emas ketika Mac 2013 iaitu USD1600/onz. Untuk rekod, harga emas paling tinggi pernah mencecah USD1900/onz pada Nov 2011 ataupun harga lebur 999.9 ketika itu RM190/g

Harga ringgit jatuh setiap hari, hanya mereka yang menyimpan emas sahaja untung ketika pasaran ekonomi negara semakin teruk. keep calm n buy gold -admin

Harga jualan emas scrap 916 : RM144.22/g
Harga emas baru 916 : 148.41/g belum termasuk upah
Harga emas bar 999.9 : RM159.23/g belum termasuk premium
kami membeli emas terpakai, rosak, patah. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, emas lama, emas patah, bengkok, tebus surat pajak dan lain-lain lagi
.
whatsapp/sms/call : 012-2864232 hargaemas
atau hubungi Ofis Hargaemas : 03-92264232
Layari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian berita-berita emas terkini.
www.hargaemas.com.my/terkini/
www.hargaemas.com.my
www.hargaemas.my
*harga emas belian yang dipaparkan adalah harga kami membeli emas tuan/puan dengan tunai segera

Harga emas semasa 19-8-2015

hargaemas 19-8-15

Harga emas Belian 19.08.15 Jam 10 pagi
ULASAN: harga emas rendah hari ini berbanding semalam selepas tukaran matawang ringgit naik dari 4.14 kepada MYR4.09/1USD.

Harga jualan emas scrap 916 : RM133.93/g
Harga emas baru 916 : 137.77/g belum termasuk upah
Harga emas bar 999.9 : RM147.85/g belum termasuk premium

kami membeli emas terpakai, rosak, patah. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, emas lama, emas patah, bengkok, tebus surat pajak dan lain-lain lagi
.
whatsapp/sms/call : 012-2864232 hargaemas
atau hubungi Ofis Hargaemas : 03-92264232
Layari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian berita-berita emas terkini.
www.hargaemas.com.my/terkini/
www.hargaemas.com.my
www.hargaemas.my
*harga emas belian yang dipaparkan adalah harga kami membeli emas tuan/puan dengan tunai segera

Harga emas semasa 12-8-2015 Update Tengahari

hargaemas-12-8-15-2Harga emas Belian 12.08.15 Jam 3 petang
ULASAN: Harga emas naik mengejut hari ini selepas pelabur china melepaskan pegangan saham dan meningkatkan simpanan emas mereka akibat kejatuhan pasaran saham di China, tukaran ringgit kini menghampiri RM4.10/1USD menyebabkan harga emas di Malaysia semakin mahal. Harga emas pasaran semasa baru melepasi USD1120/onz dan RM5500/tael

Harga jualan emas scrap 916 : RM132.38/g
Harga emas baru 916 : 136.42/g belum termasuk upah
Harga emas bar 999.9 : RM145.91/g belum termasuk premium

kami membeli emas terpakai, rosak, patah. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, emas lama, emas patah, bengkok, tebus surat pajak dan lain-lain lagi
.
whatsapp/sms/call : 012-2864232 hargaemas
atau hubungi Ofis Hargaemas : 03-92264232
Layari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian berita-berita emas terkini.
www.hargaemas.com.my/terkini/
www.hargaemas.com.my
www.hargaemas.my
*harga emas belian yang dipaparkan adalah harga kami membeli emas tuan/puan dengan tunai segera

Harga emas semasa 12.8.2015

hargaemas 12-8-15

Harga emas Belian 12.08.15 Jam 10 pagi
ULASAN: Harga emas naik tinggi semalam, hampir RM3.73/gram selepas ringgit jatuh dibawah paras RM4.00/1USD. Biasanya harga emas cuma naik dan turun dalam linkungan RM0.50/gram sahaja setiap hari, tetapi akhir2 ini volatility naik turun harga emas sangat besar, jauh lebih volatile berbanding stock exchange,pasaran saham semalam menyaksikan saham2 utama klse jatuh.

Kejatuhan ringgit RM4.00/1USD ini bukanlah kali pertama pernah terjadi di Malaysia, sebelum ini pada 1998, ringgit pernah jatuh sehingga RM4.71/1USD (sekejap sahaja) sebelum ditambat pada RM3.8/1USD oleh perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad, pada edisi kejatuhan kali ini, kerajaan tidak merancang untuk menambat ringgit dan membiarkan ringgit terus terapung di pasaran.

Jika kuasa besar ekonomi seperti china sedang bergelut dengan kejatuhan matawang dan pasaran saham mereka, buat masa ini matawang ringgit tidak akan pulih dalam jangka masa pendek.

Harga jualan emas scrap 916 : RM130.97/g
Harga emas baru 916 : 134.35/g belum termasuk upah
Harga emas bar 999.9 : RM143.62/g belum termasuk premium
kami membeli emas terpakai, rosak, patah. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, emas lama, emas patah, bengkok, tebus surat pajak dan lain-lain lagi
.
whatsapp/sms/call : 012-2864232 hargaemas
atau hubungi Ofis Hargaemas : 03-92264232
Layari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian berita-berita emas terkini.
www.hargaemas.com.my/terkini/
www.hargaemas.com.my
www.hargaemas.my
*harga emas belian yang dipaparkan adalah harga kami membeli emas tuan/puan dengan tunai segera

Harga emas semasa 11-8-2015

hargaemas 11-8-2015

Harga emas Belian 11.08.15 Jam 10 pagi
ULASAN: Kejatuhan harga ringgit semalam sehingga 3.95-3.96 menyebabkan harga emas meningkat tinggi mencecah indeks 5305, bagaimanapun harga emas turun apabila pasaran tempatan dibuka pagi ini kepada 5280 (masih lagi tinggi), harga emas telah naik hampir +RM7.14/g selepas raya walaupun harga emas di pasaran antarabangsa sedang jatuh terburuk sejak 15 tahun,. Ketika ini value ringgit sangat lemah dan terus jatuh, manakala value emas semakin mahal ini membuktikan emas adalah komoditi yang mampu menampung kejatuhan matawang dan menjaga nilai harta anda dari terus merosot.

Harga jualan emas scrap 916 : RM128.31/g
Harga emas baru 916 : 131.64/g belum termasuk upah
Harga emas bar 999.9 : RM140.80/g belum termasuk premium
kami membeli emas terpakai, rosak, patah. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, emas lama, emas patah, bengkok, tebus surat pajak dan lain-lain lagi
.
whatsapp/sms/call : 012-2864232 hargaemas
atau hubungi Ofis Hargaemas : 03-92264232
Layari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian berita-berita emas terkini.
www.hargaemas.com.my/terkini/
www.hargaemas.com.my
www.hargaemas.my
*harga emas belian yang dipaparkan adalah harga kami membeli emas tuan/puan dengan tunai segera

Harga emas semasa 7-8-2015

hargaemas-7-8-2015

Harga emas Belian 07.08.15 Jam 10 pagi
ULASAN: Harga emas Malaysia naik tinggi hari ini kepada indeks emas 5210 selepas nilai ringgit jatuh teruk dipasaran kepada RM3.93/1USD, disebabkan kejatuhan harga minyak dunia ($50/barrel), kejatuhan pasaran ekonomi china dan juga kenaikan nilai dollar. Harga emas Malaysia naik apabila tukaran ringgit kepada emas meningkat, pelabur emas dalam negara akan mendapat keuntungan dalam jangka masa singkat jika kejatuhan ringgit berterusan.

Harga jualan emas scrap 916 : RM124.90/g
Harga emas baru 916 : 129.35/g belum termasuk upah
Harga emas bar 999.9 : RM138.35/g belum termasuk premium

kami membeli emas terpakai, rosak, patah. sedia membeli segala jenis emas 999.9, 999, 916, 875, 835, paun, 750, emas lama, emas patah, bengkok, tebus surat pajak dan lain-lain lagi
.
whatsapp/sms/call : 012-2864232 hargaemas
atau hubungi Ofis Hargaemas : 03-92264232
Layari laman web kami untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkongsian berita-berita emas terkini.
https://www.facebook.com/hargaemas
*harga emas belian yang dipaparkan adalah harga kami membeli emas tuan/puan dengan tunai segera

Jualan Emas Merosot Lebih 50% Selepas GST

kedai-emas-trg

KUALA TERENGGANU – Walaupun harga emas kini jatuh sehingga RM136 satu gram bagi emas 916 dan RM153 satu gram bagi emas 999.9, prestasi jualan emas merudum kerana kuasa beli kebanyakan pengguna semakin lemah selepas pelaksanaan GST.

Pemilik Kedai Emas Roslan @ Azizah, Azizah Mohd Nor, 54, berkata, selepas empat bulan pelaksanaan GST, beliau boleh simpulkan, jualan merudum sehingga 50 peratus berbanding tahun lalu.

Menurutnya, sebelum Hari Raya Aidilfitri, harga emas semasa mengikut Persatuan Peniaga Emas Melayu Terengganu ialah RM145/g bagi emas 916 dan kini nilainya semakin murah.

“Sekarang, walaupun emas murah, pelanggan ramai yang datang ke kedai, tetapi yang membeli kurang. Seminggu sebelum Aidilfitri dulu ramai yang datang untuk beli emas, sekarang agak kurang sikit dan jualan juga sudah tidak begitu rancak.

“Begitu juga sebelum pelaksanaan GST sebelum ini, ramai datang cari emas terutama pelanggan dari luar Terengganu. Sehari selepas pelaksanaan GST, boleh kira dengan jari pelanggan yang masuk, malah tiada langsung yang membeli emas,” katanya.

Azizah yang mempunyai dua cawangan kedai iaitu di Mydin Mall dan di Batu Enam, berkata, kini, walaupun harga emas jatuh, pelanggan kebanyakannya berfikir panjang sebelum membeli emas kerana perlu membayar kos GST serta harga upah.

“Disebabkan GST, kalau mereka yang beli emas RM10,000, kena bayar GST RM600. Itu memang tidak boleh lari. Sebab itulah di kedai ini, saya terpaksa juga bertawar harga emas semasa dengan pelanggan dan saya meletakkan tawaran harga emas semasa dan harga upah pada kadar yang paling rendah.

“Sekarang, mereka yang beli emas pun yang memang benar-benar ada duit lebih dan mempunyai kepentingan seperti untuk tujuan perkahwinan, untuk hantaran ataupun majlis pertunangan. Kalau setakat suka-suka mahu kumpul koleksi emas, itu memang jarang sangat yang beli,” katanya.

Menurutnya, disebabkan harga emas kini tidak stabil, tidak ramai yang berminat dalam pelaburan itu, malah yang mencari emas 999.9 juga kurang berbanding dua tahun lalu.

“Kalau dua tahun lalu, harga emas 999.9 memang tinggi kira-kira RM180 lebih bagi satu gram. Kini harganya jatuh dan bagi mereka yang mahu menjual emas itu perlu tunggu harga emas naik supaya tidak rugi.

“Harga emas sekarang turun naik bergantung pada ekonomi negara dan dunia. Kita tidak boleh jangka bila ia akan naik dan bila akan turun. Yang kita boleh simpulkan buat masa ini harga emas tidak stabil,” katanya.

Sementara itu, Pemilik Kedai Emas dan Permata Nazri Sri Gelugor, Nazri Ismail, 49, berkata, prestasi jualan emas kini amat membimbangkan dan boleh dikatakan 50 hingga 70 peratus keuntungan jualan telah merosot.

“Selepas pelaksanaan GST empat bulan lalu, lebih kurang 50 peratus jualan merosot. Harga emas turun sekarang tetapi kuasa beli tiada.

“Kalau tahun lalu, dua minggu sebelum Aidilfitri orang berpusu-pusu cari emas, tahun ini, dua hari nak raya baru ada orang beli emas,” katanya yang menjual emas 916 pada harga RM136/g dan 999.9 pada harga RM153/g.

Sementara itu, pemilik Azura Jewel’s Sdn Bhd, Khairuazura Abd Rahman berkata, sebulan selepas pelaksanaan GST, sambutan pelanggan amat kurang dan jualan hanya satu per tiga daripada kebiasaan, iaitu jualan merosot lebih 50 peratus.

“Selepas masuk April, Mei dan Jun, masyarakat sudah boleh menerima kehadiran GST dalam belian emas mereka. Kini walaupun harga emas murah sekitar RM137/g bagi 916 dan RM155/g bagi 999.9, sambutan pelanggan agak hambar.

“Musim perayaan sambutan ada, tetapi kurang berbanding sebelum GST. Ada yang beli, itu pun kerana ia begitu penting. Selepas Aidilfitri ini sambutan terhadap emas masih ada dalam tempoh seminggu selepas musim raya, sekarang, orang dari luar Terengganu telah pulang ke ibu kota dan jualan kini kembali hambar,” katanya.

 

link: http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/jualan-emas-tidak-rancak-lepas-raya-1.415368