Baju Emas 2013

MUMBAI : Sepasukan tukang emas mahir menghabiskan masa 15 hari menyiapkan sepasang baju khas untuk seorang ahli perniagaan India bagi membolehkan dia melaram menyambut kedatangan 2013.

Menurut laporan media semalam, sepanjang tempoh 15 hari itu, tukang emas terbabit bekerja 18 jam sehari sebelum dapat menyiapkan baju berkenaan.
Baju itu didakwa berharga RM800,000.

Akhbar melaporkan, ahli perniagaan di Pune, Mumbai itu mahukan baju berkenaan dihiasi enam butang kristal Swarovski – sebuah jenama pengeluar barang kemas elit berpangkalan di Austria.
Selain itu, ahli perniagaan terbabit juga mahu melaram dengan seutas tali pinggang emas.
Ahli perniagaan terbabit berkata, dia menganggap pakaian dan tali pinggang itu sebagai satu bentuk pelaburan.

“Memakai baju emas memang menjadi satu daripada impian saya,” katanya. Ahli perniagaan terbabit berkata, sebelum ini dia memiliki emas seberat 10 kilogram membabitkan 10 rantai emas, enam gelang, 25 cincin dan seutas jam tangan.
“Jika orang lain membeli kereta atau pergi bercuti, bagi saya emas menjadi daya tarikan mutlak.

“Tidak timbul isu keselamatan kerana saya juga mengupah pengawal peribadi,” katanya. – HT

Dividen ASB VS Pelaburan Emas (1990-2012)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ini (3 Januari 2013) merupakan satu berita yang dinanti-nantikan oleh para pelabur ASB. kerana para pelabur boleh mula mengemaskini buku pelaburan mereka.

Jumlah agihan pendapatan ASB yang bakal diperolehi pada tahun 2012 ialah sebanyak 8.90 sen seunit. Dengan 7.75 sen seunit untuk dividen dan 1.15 sen seunit untuk bonus. Jumlah agihan pendapatan pada tahun ini menunjukkan sedikit peningkatan iaitu sebanyak 0.10 sen berbanding agihan pendapatan tahun lepas (2011).

Dalam Jadual di atas menunjukkan dah lebih 10 tahun, agihan pendapatan melalui ASB tidak mampu mencapai 10% setahun. Bila agaknya ekonomi negara dapat kembali pulih, supaya para pelabur ASB dapat menikmati pulangan pelaburan yang lumayan seperti pada tahun 1990 dan 1994?

Mungkin Pengerusi PNB dan para penganalisis ekonomi negara mempunyai jawapannya.

PENGERUSI PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid (kiri) dan Hamad Kama Piah menunjukkan agihan pendapatan ASB bagi tahun 2012.

Disebabkan pulangan pelaburan ASB yang kurang memberangsangkan, semakin ramai rakyat Malaysia telah beralih arah kepada pelaburan emas. Mereka merasakan pelaburan ke atas emas jauh lebih menguntungkan berbanding pelaburan dalam ASB.

Graf Kenaikan Harga Emas dalam tempoh 20 tahun (1993-2012)

 

Dalam graf di atas menunjukkan harga emas semakin meningkat saban tahun. Para pelabur emas tersenyum gembira apabila mendapat pulangan purata sebanyak 25% setahun berbanding para pelabur ASB yang hanya mendapat pulangan pelaburan tak sampai 10% setahun.

Jadi, untuk memaksimumkan keuntungan dalam pelaburan. Saya syorkan anda gunakan sebahagian pendapatan anda untuk membuat pelaburan ke atas emas dan sebahagian lagi untuk ASB. Semoga dengan cara ini anda akan dapat menikmati pulangan pelaburan yang lebih lumayan pada tahun 2013. Selamat Mencuba.

Semoga info yang dikongsikan dapat memberi banyak manfaat kepada anda dalam menjana pulangan yang lumayan melalui pelaburan.

– edit dari www.coretananuar.com