KUALA LUMPUR – Sekumpulan perompak memasuki sebuah kedai emas dengan menebuk dinding belakang premis itu sebelum melarikan barang kemas bernilai kira-kira RM1 juta dalam satu kejadian di Jalan Genting Klang di sini Sabtu lepas.
Kejadian dipercayai berlaku pada 9 malam dan hanya disedari seorang pekerja kedai emas itu pada 8 malam keesokan harinya.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniTimbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Othman Abu Bakar berkata kumpulan suspek itu dipercayai mempunyai kepakaran menggunakan peralatan memecah dinding serta peti kebal, selain telah lama memerhatikan premis berkenaan.
“Dipercayai mereka menggunakan gas acetylene untuk melembutkan peti kebal sebelum memecahkannya,” katanya ketika dihubungi Bernama.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas AndaDifahamkan kejadian di premis yang beroperasi dari 8.30 pagi hingga 8.30 malam itu menyaksikan tiga peti besi berisi barang kemas ditebuk suspek.
Othman berkata kumpulan penjenayah itu turut memotong wayar sistem penggera dan kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan bagi mengelak wajah mereka dikenal pasti.
Seorang pekerja sebuah kedai berhampiran yang enggan dikenali berkata kumpulan perompak itu juga bertindak mengalihkan pandangan CCTV di belakang premis tempat dia bekerja ketika kejadian.
Tinjauan Bernama mendapati lubang berukuran badan manusia ditebuk di dinding belakang kedai emas itu manakala gril di dalamnya dipatahkan dan terdapat kesan tebuk pada dinding nipis untuk masuk ke tempat barang kemas disimpan. – Bernama