Perniagaan emas secara online

ACCESSORIES 916 UNTUK SAMBUNG PUTUS ROSAK
View Catalog

Perniagaan jual beli emas ini adalah antara perniagaan yang telah bertapak dalam peradaban manusia, sejak sebelum masihi lagi Manusia mula menggunakan emas sebagai matawang, sebagai penunjuk kekayaan dan penanda aras kekuasaan. Ketamadunan manusia tidak pernah lari dari terlibat didalam jual beli emas, contoh seperti  Tamadun Rom, Parsi, Aryan, China, Islam semuanya mempunyai sejarah sendiri berkenaan emas, samada wang syiling dengan gambar raja mereka, bangunan yang dibina dari emas atau arca emas tuhan-tuhan mereka, semuanya dicipta dari emas bagi melambangkan kemulian, kebesaran dan kekuasaan mereka. Perniagaan emas bukannya suatu yang baru, ia sangat lama, malah sebelum roda dicipta lagi emas telah pun digunakan. barang perhiasan dari emas dikatakan tidak banyak berubah dari dahulu sampai sekarang, cincin masih mempunyai bentuk yang bulat, begitu juga subang, gelang , rantai emas, sama sahaja dari generasi nenek moyang kita hingga ke zaman siber ini. Cuma apa yang terbaru berkenaan emas, jika bukan dari bentuknya, bukan dari valuenya, mungkin adalah dari segi bagaimana pemasaran jual beli emas itu sendiri.
*tahukah anda, salah satu cara mudah untuk menjual emas di internet adalah dengan membina blog, contohnya di  Station916 dimana anda boleh melihat item-item barangan kemas dijual.
Saya ingin berkongsi bagaimana, “emas” boleh menjadi  perniagaan yang menguntungkan secara online? “ye secara online”. Jika sebelum ini sudah menjadi rahsia terbuka bahawa tauke emas kaya, jadi disini saya ingin berkongsi bagaimana mereka boleh menjadi kaya? ia bukannya rahsia yang besar, cuma ia suatu yang nampak biasa tetapi ada ceritanya. Continue reading

Jongkong emas di Utara

Saya ada 5 ketul jongkong emas dengan berat 50gms setiap satu, saya nak jual pada harga rm129/gms jika ada sesiapa nak beli boleh hubungi saya. Hanya wang tunai diterima. Untuk mereka yang ingin melabur didalam emas, boleh beli pada harga tersebut. harga semasa 999 gold bar ialah RM152/gms, jimat RM23/gms

Faktor turun naik harga emas

Kenaikan harga emas pada pasaran tempatan dan luar negara lazimnya dikaitkan dengan 3 faktor utama seperti di bawah, bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan emas, anda bolehlah lihat bagaimana berikut boleh mengubah harga pasaran emas semasa. Faktor Pertama ialah penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia. Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun. Continue reading

Cara menguji ketulenan emas

Beberapa hari lepas, saya ada menerima comment dari visitor berkenaan cara paling mudah menguji ketulenan emas kerana beliau risau jika membeli item bukan emas di kedai emas tertentu, saya telah meletakkan soalan beliau dan jawapan didalam forum hargaemas, bagaimanapun ada baiknya jika saya meletakkan didalam laman page ini sendiri. berikut adalah beberapa pembincangan saya goldanddiamonds_03
ACCESSORIES 916 UNTUK SAMBUNG PUTUS ROSAK
View Catalog

Link forum : https://www.hargaemas.com.my/discuss/index.php/topic,4.0.html (jika anda mempunyai maklumat lain sila kongsi ye, no registration untuk berforum)
claudia October 21st, 2009 at 8:49 am Nak tanya saya bminat nk tapi saya kadang-kadang ragu dgn sesetengah kdai kcl yg menyatakan menjual cincin @ barangan emas putih…boleh bagi saya tunjuk ajar mengetahui rupa emas putih sebenar Link: http://www.hafizjewel.com/koleksi/emas-putih/set-barang-kemas-ep49/#comment-1483
Pertamanya claudia, jika anda membeli emas putih pada mana2 kedai emas, pastikan anda mendapat resit dan surat emas, jika anda khuatir dan perlukan pengesahan, cuba anda ke kedai2 emas lain dan suruh mereka uji, jika item yang anda beli bukan emas seperti dinyatakan didalam surat emas, laporkan kepada polis dengan segera. berkenaan emas putih ada beberapa cara untuk anda memastikan ketulenan emas putih. (berikut hanyalah beberapa langkah untuk menilai ketulenan emas, tetapi ia tidak semestinya tepat, cara terbaik, bawa sendiri item tersebut ke mana-mana kedai emas untuk pengesahan) 1. emas putih kebiasaannya mempunyai dua kualiti yang dicop pada setiap item iaitu 750 atau 375, paling penting untuk customer memastikan cop2 tersebut terukit samada pada belah dalam, kancing atau daun. 2. toreh sedikit bucu item emas putih pada batu hitam (contoh batu asah), emas putih sepatutnya keluar warna kuning keemasan, bukan putih. Sekali lagi diingatkan supaya bawa item tersebut ke kedai emas, untuk pengesahan. Berikut cara standard didalam ujian penulenan emas. (bergantung kepada pengalaman) 3. lalukan (HCL) hydrochloric acid, pada torehan emas putih (pada batu hitam) tersebut, jika hilang ia bukan emas. 4. Lalukan (NaOH) pada torehan emas putih (pada batu hitam), untuk mengetahui kualitinya.
ajampeace : Salam..setahu saya untuk uji emas tu, kita gigit emas tu..hehehe..betulka tu aaa???
cara gigit emas? heee, emas itu mcm mana pun dalam keadaan suhu bilik ia tetap dalam keadaan pejal (logam) susah untuk agak, kecuali anda betul2 biasa dengan emas. Itupun jika ia emas 999 dimana hampir 100% kandungannya adalah emas (betul emas mmg dianggap logam yang lembut) tetapi apabila emas itu dikeraskan untuk dibentuk (dicorakkan) ia perlu diubah kualiti seperti 916, 835 ataupun 750, maka sifat lembut emas 999 hampir hilang. maka susah nak agak kalau gigit. selain gigit, antara cara yang boleh dikatakan agak mitos sedikit adalah seperti 1. asahkan emas pada seluar anda (cth seluar jean) beberapa kali dan cuba hidu, sifat emas, ia tidak mempunyai bau, jika bukan emas, akan berbau seperti besi 2. ketukkan emas pada lantai simen, emas mempunyai bunyi yang lebih padat berbanding logam2 lain, untuk bezakan bunyi logam emas dengan logam lain, bandingkan dengan wang syiling atau apa saja logam yang mudah diketuk (tukul?? heee) 3. Emas mudah dilenturkan, jika anda tidak sayang item tersebut dan betul ingin mengujinya, guna kekuatan anda dengan kekuatan beberapa kPA dan pintal item tersebut, jika mudah ia mungkin emas, jika bukan.. besi la itu agaknya.. diatas adalah beberapa mitos atau cara, tetapi ia tidak semestinya tepat, cara terbaik ialah pergi ke kedai emas yang dipercayai, dan biarkan mereka mengujinya menggunakan asid ataupun timbangan air.. saya ada melihat beberapa gold tester di ebay, mungkin anda berminat untuk membelinya, mudah sahaja, semudah menggunakan kertas litmus.. apa pendapat anda? adakah info ini membantu
3PLY FACEMASK FOR RM0.10 PER PCS LOCAL SELLER
View Item

BELAJAR KIRA EMAS EBOOK ASAS NIAGA EMAS KILANG
View Catalog