Emas dalam elektronik (computer)
Seperti yang diketahui umum, emas adalah konduktor elektrik dan haba yang baik, ia masih digunakan secara meluas didalam peralatan elektronik di rumah anda. Emas paling mudah diperolehi pada bahagian “finger” iaitu yang jarum halus yang menyambungkan diod, perintang,transformer atau apa sahaja yang (saya dah lupa nama alat elektronik) saya main tulis je ok. Tetapi lapisan emas disini sangat nipis. Untuk mengoresnya dengan kertas pasir mungkin susah, cara paling mudah adalah larutkan processor tersebut dengan campuran Aqua Regia (seperti dibawah). Tapis (filter) buang residue, ambil result dan keringkan.
Pekakas yang paling mudah untuk mendapatkan ekstrak emas adalah processor computer dan motherboard. Lagi lama alat itu, lagi banyak emas yang terkandung didalamnya.
Iklan emas dan harga emas newsletter
Salam bahagia kepada semua pengunjung Portal Harga Emas, sediit update dari harga emas, kami telah menyediakan platform untuk anda menjual emas, jongkong atau apa sahaja yang berkaitan dengan emas di… […]
Lombong emas di Malaysia
Mengikut pengetahuan hari ini taburan penemuan emas utama di Semenanjung Tanah Melayu terdapat di Jalur Tengah, iaitu dari Batu Melintang di Kelantan, menuju ke selatan melalui Sokor, Pulai, Selinsing, Raub,… […]
20 Sejarah emas di Malaysia
Dalam kitab purba hindu dan Budha seperti Ramayana, Purana dan Raguwamsa, pendeta-pendeta hindu memanggil Semenanjung Malaysia sebagai semenanjung emas (suvarnabhumi) iaitu merujuk satu kawasan di Nusantara bagi mendapatkan bekalan emas ketika Tamadun Aryan memerintah di India.
Di dalam naskah Buddha yang paling tertua juga iaitu Jataka ada menceritakan perjalanan pelaut-pelaut India Kuno berlayar hingga ke Suvarnabhumi.
Satu kitab kuno India ada menyebutkan Nusantara ini ‘the fabulous Land of Gold’-iaitu Tanah Emas Yang Menakjubkan, sama seperti yang diutarakan oleh Kitab Buddha Jataka.Apakah maksud ‘menakjubkan’ itu?Adakah mereka bertemu dengan orang Melayu yang bercawat dan tinggal di atas pokok sambil bermain dengan tupai dan melukis gambar awan di batang pokok lalu para dewa-dewi atau bangsawan India ini mengatakan “Wow!Menakjubkan!”? Tentunya kerana terdapat banyak emas disitu.
Dalam sejarah Yunani, Claudios Ptolemy, ahli Geografi Yunani yang belayar ke Nusantara pada abad kedua masihi (165) memanggil tanah melayu sebagai Golden Chersone, yang juga bermaksud semenanjung emas yang berada berhampiran Taprobana (sumatera) didalam teksnya berjudul Geographike Hyphegesis
Pelayar China, I-Tsing (634-713) yang belayar ke Sumatera pada abad ke-7 memanggil kawasan-kawasan sekitar Sumatera sebagai Chin-Chou bermaksud negeri-negeri emas merujuk kepada Kerajaan-kerajaan melayu tua didalam teks pelayarannya.