Barang kemas Istana Melayu I

ACCESSORIES 916 UNTUK SAMBUNG PUTUS ROSAK
View Catalog

Hargaemas meminta pembaca untuk lupakan sekejap berkenaan harga emas yang tidak menentu ketika ini, (cuma naik turun yang static dalam tempoh 2-3 hari) jadi untuk luangkan masa, mari kita silau2 disebalik tembok besar istana, limpahan barang kemas yang dimiliki kerabat2 yang paling berkuasa di nusantara. 1.DYMM Tuanku Nur Zahirah (Permaisuri Agung, Permaisuri Negeri Terengganu) (Rozita binti Adil Bakeri). Anak kelahiran kedah ini mengahwini Tengku Mizan Zainal Abidin (Agung), pada 1996 di Istana Negeri Terengganu yang memberi gelaran kepada baginda, Cik Puan Sri Rozita Adil Bakeri dan kemudiannya Permaisuri Tuanku Nur Zahirah setelah Tengku Mizan dimasyurkan sebagai Sultan Terengganu pada tahun 2006. 2. HRH Raja Zarith Sofia (Permaisuri Johor) adalah anak bongsu kepada Almarhum Raja Perak (Sultan Idris Shah II), Beliau mengahwini TMJ Johor ketika itu pada tahun 1982, Lepasan Sarjana dari Oxford Universiti ini kini aktif didalam bidang akademik dan dilantik sebagai Pro Chancelor UTM pada tahun 2003. Baginda seorang yang banyak menulis rencana, buku, artikel dan membincangkan tentang sains masyarakat. 3. HRH Sultanah Pahang Hajjah Kalsom Abdullah(Permaisuri Pahang), baginda adalah isteri kedua Sultan Ahmad Shah (1991), Nama sebenar baginda “née Anita”, merupakan penaung kelab Kiwanis Malaysia. 4. Tuanku Zara Salim (Raja Puan Besar, Perak), merupakan cicit kepada Almarhum Sultan Kedah dan Pemegang Ijazah Kelas Pertama Nottingham University didalam bidang Kejuruteraan Kimia. Baginda juga pernah menjawat jawatan Pengurus di Anak Syarikat Petronas di Kerteh, Trg. 5. Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah (Raja Puan Muda Perlis), Pengerusi Alumni La Trobe University, dan aktif dalam bidang kebudayaan dan perlancongan di Malaysia. 6. Tengku Zubaidah Tengku Norudin (Bakal Permaisuri Kelantan), (Kangsadal Pipitpakdee) sepupu kepada Raja Perempuan Kelantan sebelum ini, merupakan keturunan Raja Patani di sebelah Siam, Lulusan Mahidol Universiti, Bangkok, baginda mengahwini Tengku Faris Petra pada Nov 2004. 7. Tunku Hajah Azizah Aminah (Tengku Puan Pahang), isteri kepada Tengku Mahkota Pahang. Snippet: Pewaris Kedah (masih belum jelas), Selangor (tiada permaisuri) Raja Muda Masih Kecil, Negeri Sembilan tiada gmbr yg jelas. Poll undian, sila tick jawapan anda dan klik vote..
[poll id=”2″]

(khas) Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (Permaisuri Brunei). Pengiran Saleha pada awalnya adalah sepupu kepada Sultan Brunei, Baginda dikatakan antara pelopor yang memulakan budaya memakai tudung yang menjadi ikutan wanita melayu ketika era tahun 70-80-an, sewaktu masa dahulu, memakai tudung adalah sangat janggal dalam budaya melayu seperti dapat dilihat didalam cerita-cerita P.Ramlee.

-tamat dan akan bersambung bahagian kedua, berkenaan barang kemas lama di istana.

Emas termahal didunia ada di Malaysia

Selamat Hari Thaipusam kepada semua pelawat hargaemas yang berketurunan India, dan selamat bercuti kepada mereka yang lain, seperti tajuk diatas, memang benar, Malaysia mempunyai emas paling besar didunia, tak percaya? nah tengok
ACCESSORIES 916 UNTUK SAMBUNG PUTUS ROSAK
View Catalog

Patung Dewa Murugan yang berada di kaki bukit Batu Caves, selangor merupakan yang tertinggi didunia, dihasilkan dari 1,550 meter cubic konkrit, 250 tan batang besi dan 300 liter cat berwarna keemasan yang dibeli dari Thailand. Ia diukir oleh 15 pengukir India yang mengambil masa lebih tiga tahun untuk menyiapkan projek itu. Patung bernilai RM2.5 juta itu dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai patung tertinggi dewa Hindu dalam negara. Ketinggiannya mencapai 42.7 atau 140 kaki. Tetapi bagaimanapun ia hanya menggunakan cat emas sahaja :), ketulan emas termahal didunia sebenarnya berada di Taiwan. Jongkong emas yang diberi nama “Taiwangoldbrick” ini adalah seberat 220kg dimiliki oleh Kementerian Kewangan Republik of China dan dipinjamkan kepada muzium emas di Taiwan untuk sementara. Harga semasa jongkong emas ini adalah RM29.3 juta.
3PLY FACEMASK FOR RM0.10 PER PCS LOCAL SELLER
View Item

BELAJAR KIRA EMAS EBOOK ASAS NIAGA EMAS KILANG
View Catalog