Rezeki Habuk Emas

cara3

SETIAP pagi Mohammad Sallu, 12, bangun awal.

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Dengan berus dan penyodok sampah, dia berjalan ke kawasan tempat terletaknya beberapa bengkel barang kemas, menanti bengkel berkenaan membuang sampah.

Dia akan memungut kotoran dari tepi longkang, dalam longkang dan di sekitar jalan raya berhampiran. Mohammad bukan tukang sapu sampah jalanan. Dia mencari habuk emas dan kemudian menjualnya semula kepada tukang emas bagi mendapatkan wang secukupnya untuk hidup.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

Dia tidak bersendirian. Ramai lagi kanak-kanak seusianya melakukan kerja itu dan ramai lagi yang sudah sekian lama menyapu jalan raya untuk mencari logam halus berharga yang tersembunyi di antara kotoran dan debu.

Mereka dikenali sebagai Newaras, mencari rezeki dengan meniliti kotoran, termasuk di dalam longkang.

“Sudah tiga tahun saya melakukan kerja ini dan kini sudah mahir. Saya mencarinya di celah kotoran, sisa buangan dan batu. Saya jual habuk emas itu semula kepada tukang emas yang membayar dengan harga yang lumayan,” katanya.
Terdapat hampir 200 Newaras di Kolkata. Mereka boleh memperoleh sekurang-kurang 2,000 rupee (RM111) sehari dengan menjual semula debu logam berharga itu.

Kumar Sunny, 23 yang menyara lima adik dan ibunya berkata, mendiang bapa dan datuknya juga melakukan pekerjaan sama.

“Selepas bapa meninggal dunia ketika saya berusia lapan tahun, saya mula melakukan pekerjaan ini untuk menyara keluarga.

Kerja Newaras bermula awal pagi sebelum penduduk di situ mula bekerja. Mereka mengaut kotoran dari longkang dengan penyapu dan kemudian membasuh lumpur dengan asid hingga habuk emas itu boleh diasingkan.

“Asid mencairkan semuanya termasuk logam lain, meninggalkan hanya debu emas yang berkilauan. Kemudian kami mengeluarkannya dan menjual semula kepada tukang emas,” katanya.

Walaupun menghadapi kesulitan dan kesukaran, Newaras berbangga dengan apa yang mereka lakukan. Dibandingkan dengan pemuda seusia mereka yang tidak ke sekolah, mereka percaya kerja itu mendatangkan hasil yang lumayan.

Mohammad Shera, 13, yang berhenti sekolah ketika berusia lapan tahun berkata, dia tidak mungkin memperoleh pendapatan lebih baik sekiranya mempunyai pendidikan atau melakukan pekerjaan kasar.

“Emas tidak pernah mengecewakan kami; dalam setiap baldi kami menjumpai debu kuning.

“Pekerjaan itu memenatkan, tetapi apa yang hebat, wang berada di dalam poket selepas habis bekerja dan tidak perlu risau dengan syif, kami membuat wang segera,” katanya.

Emas amat berharga di India dan ia adalah negara kedua paling banyak membeli emas selepas China.

Pengaruh tradisi menyebabkan kebanyakan keluarga menghabiskan wang simpanan mereka untuk membeli barangan kemas diperbuat daripada emas yang juga melambangkan status tinggi dalam kalangan masyarakat India.

sumber – www.hmetro.com.my

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>